Peristiwa Berdarah di Kampung Memali, Baling.

Siapa yang tidak pernah baca atau mengetahui perihal kejadian@rentetan Memali bolehlah terus membaca artikel ini. . Apa-apa pun korang layan dulu kejadian ini yer.





Di bawah ini diperturunkan perjalanan peristiwa berdarah untuk kajian dan renungan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan,khususnya umat Islam Melayu di bumi Malaysia yang dicintai ini.
Lebih kurang jam 1935 (18.11.85) bertempat di Kem Polis Hutan,Sungai Petani,Kedah. Seramai 3,600 anggota polis terdiri daripada PAsukan Simpanan Khas (FRU),Penang;Pasukan Polis Hutan (PPH),Polis Biasa dan Komando 69 telah bersedia untuk menerima arahan daripada seorang pegawai atasan dari Bukit Aman,KL dengan dibantu oleh beberapa orang pegawai rendah dari Bukit Aman,Kedah/Perlis dan Pulau Pinang.

Jam 1945 pegawai atasan dari Bukit Aman memberikan taklimatnya bahawa mereka dikhendaki membuat serangan mengejut pada sebuah perkhemahan Komunis yang berada di aerah Baling bersempadan dengan Thailand.Jam 2045, dibilik Pemerintah PPH SP,berlaku perbalahan diantara beliau dengan pegawai atasan Bukit Aman yang ditugaskan mengikut gerakan itu.Perbalahan ni berkaitan dengan pembohongan yang ditaklimatkan kepada anggota gerakan dan Pemerintah PPH berkenaan tidak bersetuju gerakan itu dilancarkan serangan ala perang kerana beliau mengenali Ustaz Ibrahim Libya sebagai Ulamak dan ramai anggota2 di bawahnya berguru dan mengunjungi Ustaz Ibrahim.Keadaan menjadi kelam-kabut dan masalah ini tidak dapat diatasi.


Pegawai atasan dari Bukit Aman menghubungi Timbalan Ketua Polis Negara tetapi gagal,lalu menghubungi Dato' Musa Hitam selaku Menteri Dalam Negeri pada masa itu.Pemerintah PPH, SP diminta bercakap dengan Dato' Musa. Pemerintah PPH SP kelihatan tunduk dan pegawaiatasan dari Bukit Aman pula tersenyum sinis.Fahamlah semuanya bahawa Dato' Musa merestui serangan itu walaupun Pemerintah PPH SPmenjelaskan bahawa orang yang hendak diserang itu seorang Ulamak,Guru Agama dan Pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan orang yang telah dikenali umum di dalam bidang keilmuan Islamnya.

Jam 2045 malam itu juga satu jamuan diadakan di kawasan lapang kem PPH SP dan cuma arak sahaja yang dihidangkan pada seluruh anggota gerakan malam itu. Ada juga beberapa orang anggota PPH yang tidak mengambil minuman itu.

DINYATAKAN: Bahawa kebanyakkan mereka yang menganggotai gerakan ini ialah yang bukan Islam.Gerakan rahsia ni dinamakan sendiri oleh Dato'Musa sebagai gerakan 'HAPUS'.

Jam 2128 satu panggilan telah diterima oleh Pegawai Pemerintah Gerakan Hapus melalui "wireless" ari Ibu Pejabat Polis Daerah Baling yang menyatakan bahawwa 10 orang komando PPH yang telah berjaya memasuki Memali pada hari tu dan pulang memberikan laporan lengkap mengenai kedudukan Madrasah,pondok dan taman asuhan (TASKI) seryta rumah Ustaz Ibrahim iaitu kawasan yang hendak diserang itu.

Jam 2247 malam yang sama.Anggota gerakan mulai keluar berperingkat-peringkat dibawah seliaan 8 org pegawai pemerintah unit memasuki Daerah Baling dgn 2 buah kereta perisai.Pemerintah PPH SP kelihatan sugul ketika itu.Sementara itu di Kampung Memali, lebih kurang pada jam 2100 Ustaz Ibrahim sedang memberi kuliahnya kepada anak2 muridnya seramai dalam lengkongan 50 org sehinggalah pada jam 2345 malam.Ada yang tidur di rumah Ustaz Ibrahim dan separuhnya pulang kerumah masing2.
Layan kejadian Memali di Youtube
Pada jam 0001 (19.11.85) pegawai atasan dari Bukit Aman menerima maklumat yang jelas dan memberi taklimat terakhir sebelum melancarkan operasi HAPUS kepada 8 orang pemerintah unit.Sementara itu, Pemerintah PPH SP masih menyatakan bantahanya terhadapserangan yang dirancangkan itu. Beliau memberi pandangan supaya kepungan dibuat sehingga Ustaz Ibrahim menyerah diri.Cadangan ni disokong oleh beberapa orang pegawaii rendah dari Alor Setar,walaupun menurut mereka ianya mungkin memakan masa sehingga 3 bulan.Pegawai atasan dari B.Aman dengan sokongan beberapa org pegawai lain dibawahnya termasuk anggota Ketua Polis Daerah Baling berpendapat sekiranya taktik mengepung diambil dan diketuai oleh anggota2 tentera yang berkawal di sekitar sempadan Malaysia-Thailand serta beberapa tempat di Baling dan Sik,tindakan akan diambil ke atas mereka.Dipercayai bahawa ramai anggota tentera menjadi anak murid Ustaz Ibrahim.

Suasana sekali lagi tegang dan pemerintah gerakan HAPUS terus menelefon ke KL meminta pandangan Dato' Musa .Dato' Musa tidak dapat dihubungi krn berada di sebuah hotel.Sementara itu,Timbalan Menteri Dalam Negeri, Radzi Syeikh Ahmad tlh pun dilaporkan berada di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang untuk mengikuti perkembangan yang berlaku.Apabila mengetahui gerakan HAPUS mengalami kebuntuan ,Dato' Musa tlh mengeluarkan arahan supaya "Menghapuskan petualang2 di Memali biarpun melibatkan seluruh Kedah".

SUASANA di Kmpg. Memali:Seorg penuggang motorsikal memberhentikan motorsikalnya dihadapan pintu gerbang rumah Ustaz Ibrahim.Penuggang motorsikal tersebut meminta izin masuk ke rumah Ustaz Ibrahim.Penunggang motorsikal tersebut meminta izin masuk ke rumah Ustaz Ibrahim dan dia seperti di dalam kecemasan menyatakan bahawa pihak polis yang beribu2 jumlahnya sudah berada di Pekan Baling.Ustaz Ibrahim berserta dgn 39 org anak2 muridnya turun ke perigi berwuduk dan kemudiannya bersembahyang sunat (Hajat) dan membaca Yassin.Ustaz Ibrahim menasihatkan ksemua anak2 muridnya beredar krn beliau sanggup menghadapi kemungkinan secara berseorangan.Sebaliknya,tidak seorg pun beredar dan mereka mahu menghadapikeadaan genting itu bersama2.Laungan takbir "Allahuakbar"kedengaran memecah keheningan malam dari Kampung Memali.

Di Ibu pejabat Polis Daerah Baling, anggota2 polis yang kebanyakkan mabuk telah hilang pertimbangan dan tidak sabar2 lagi utnuk menyerang Kampung Memali.Kampung yang pasti akan kekal namaya didalam tinta sejarah perjuanganUmat Islam hingga ke akhir zaman.Jam 0100 (18.11.85) semua anggota gerak HAPUS yang lengkap bersenjata parang tekah mengepung Kampung Memali. Di dalam masa yang sama laporan menyatakan bahawa Dato' Musa berkemungkinan belum pulang dari hotel yang diinapnya dan beliau hanya menerima laporan dari timbalannya.Secara amnya kebanyakkkan anggota polis tidak mengetahui secara benar dan tepat tujuan operasi pada awal pagi itu dan tidak mengetahui secara tepat siapakahyang hendak diserang.Tanda2 keraguan dan kesangsian terhadap operasi itu jelas kelihatan di wajah mereka.

Jam 0300 Kmpg. Memali sudah begitu kemas dikepung oleh pasukan polis.Polis biasa dikerah mengawal jalan keluar masuk ke kmpg. itu shj. FRU diarah berkawal di kaw. utara,PPh di arah selatan dan Komando 69 menanti dari arah belakang rumah utk menggempur Ustaz Ibrahim dan anak2 muridnya.Jam 0336 pegawai atasan Bukit Aman menggunakan pembesar suara dari atas trak polis di hadapan rumah Ustaz Ibrahim dan melaungkan supaya Ustaz Ibrahim menyerah diri. Pegawai polis itu memberi amaran sekiranya Ustaz Ibrahim enggan menyerah diri,tindakan menyerang akan diambil ke atasnya. Walau bagaimanapun Ustaz Ibrahim tidak menurut arahan berkenaan.Takbir "ALLAHUAKBAR" sekali lagi memecah kesunyian dingin Kampung Memali.
Ustaz Ibrahim Libya
Jam 0400 sekumpulan lelaki,wanita dan kanak2 dianggarkan seramai 30 orang telah muncul dari sudut arah utara sehingga mengejutkan anggota FRU dan Komando 69.Mereka sebenarnya bertujuan utk masuk ke dlm kawasan rumah Ustaz Ibrahim.Komando 69 PPH melepaskan tembakan beberapa kalitetapi tidak kena sasaran dan kumpulan itu berundur ke arah hutan.Tetapi sebentar kemudian apa yang diketahui seorang pegawai atas,seorang pegawai rendah dan seorang konstabel dari pasukan FRU telah terkena sasaran peluru sesat Komando 69 PPH.Suasana kelam-kabut sedikit bagi pihak polis.Pemerintah gerakan menghubungi setiap ketua unit diarahkan berkumpul utk berbincang bagi mengatasi setiap masalah itu.Penyusunan gerakan itu dilakukan semula.Beberapa org pegawai polis dari Alor Setar menyatakan bahawa gerakan itu tidak wajar diteruskan krn akibatnya akan besar dan Allah tlh membalas kejahatan mereka dgn matinya 3 org anggota polis dgn senjata mereka sendiri.Pemerintah gerakan HAPUS tidak mengendahkan pandangan dan nasihat itu.

Jam 0521 kedengaran azan bergema dari dlm rumah .Ketika itu kelihatan anggota polis yang beragama Islam di dalam keresahan dan mereka mula memahami bahawa sasaran mereka bukanlah sebuah perkhemahan komunis seperti yang ditaklimatkan kepada mereka,tetapi sebaliknya sebuah rumah oranh Islam yang sangat taakan arahan Tuhannya.Beberapa orang anggota PPh SP mengesahkan telahan mereka.Perbincangan ketua2 unit gerakan terus berjalan dan keadaan kepungan itu mulai kelam-kabut akibat daripada beberapa org anggota polis muda yang berkeadaan mabuk.Dari rumah Ustaz Ibrahim kedengaran beliau sedang membaca Quran dan sudah pasti beliau bersama pengikutnya sedang bersembahyang Subuh.Ketika itu juga pemerintah gerakan mengisytiharkan supaya serangan dibuat tetapi disanggah oleh ketua2 unit yang meminta tindakan seperti itu dibuat setelah selesai sembahyang Subuh.Apabila sembahyang Subuh selesai pada jam 0559 anggota2 polis memperkemaskan lagi kepungan mereka.Ketika itu dipercayai kumpulan yang berundur ke hutan tadi muncul semula dari rusuk kanan arah selatan dan bertembung dengan anggota PPH.Mereka bertakbir melaungkan "ALLAHUAKBAR" bertalu2 dan tercetuslah peperangan secara berhadapan diantara mereka.PPH yang berhadapan dengan kump. itu yg kebanyakkannya beragama Islam mulai berundur dan bertahan.Melihat keadaan ini pemerintah gerakan menjadi serba salah krn rancangan awalnya ialah menghapuskan Ustaz Ibrahim dan orang2 di dalam rumahnya sebelum hari siang.

Jam 1105 (19.11.85) Komando PPH tlh diarah menyerbu ke dlm rumah Ustaz Ibrahim.Jam 1136 Komando PPH 69 tlh berjaya memasuki rumah Ustaz Ibrahim lalu ditentang oleh orang2 Ustaz Ibrahim dengan senjata tajam.Beberapa org tlh menyerbu utk menyerang anggota polis di luiar rumah.Laungan takbir kedengaran bertalu2 dan ada diantara mereka tidak bersenjata ditembak bertubi2 oleh polis sehingga rtebah beberapa org daripada mereka.Ustaz Ibrahim tlh diserang oleh seorg Komando PPH dan beliau sempat membunuh komando itu,tetapi Ustaz Ibrahim kemudiannya tewas akibat muntahan peluru drpd seorg lagi anggota komando yg berada di tempat itu.Ustaz Ibrahim rebah dan kepalanya diletakkan di atas ribaan isterinya.Beliau bertanya kpd isterinya,"Saya rebah ini kena apa?"Jawab isterinya,"tuan tlh terkena tembakan senjata api drpd polis yang diarah oleh pengikut2 Abu Jahal."Tetapi saya tidak sakit!" Sampuk Ustaz Ibrahim.Beliaukemudiannya menambah, "Alhamdulillah krn Allah menjadikan saya SYAHID".Ustaz Ibrahim terus menyebutkalimah ALLAHUAKBAR berkali2 sambil kedua2 belah genggaman tanganya dienggam erat tanda keazaman utk terus berjuang.Sementara itu sepupu beliau yg luka parah di kaki akibat tembakan tlh diarahkan oleh beliau beredar segera meninggalkan rumahnya.

Jam 1213 serangan pun selesai.Mana yg ditangkap diikat dan dimasukkan ke dlm guni.Begitu juga dgn mayat2 anak murid Ustaz Ibrahim yg berjumlah 13 org dilonggokan sambil menyebut "Pergi jahanam Islam!".Sementara itu wanita dan kanak2 dikurung di dlm trak FRU dgn dikawal oleh anjing2.Jam 1305 pemerintah gerakan melaporkan ke Pulau Pinang dan kemudiannya melaporkan ke KL kpd Dato' Musa.Atas arahan Dato' Musa semua penduk Memali ditangkap atas tujuan utk melindungi apa yg sebenarnya berlaku.Jam 1500 segala usaha menangkap dan mengangkut dgn menggunakan dua buah helikopter tentera selesai dilaksanakan termasuk mayat2 dan mereka yg tercedera ke hospital (Alor Setar dan S.Petani).


Jam 1530 sejumlah hampir 30 org berpakaian tentera (celoreng) dgn senjata lengkap tlh sampai ke kawasan rumah Ustaz Ibrahim. Mereka di dalam keadaan berang dan bersedia utk bertempur.Pemerintah gerakan HAPUS ditemui oleh seorang ketua kumpulan itu dan mereka kelihatan bertengkar.Semua anggota polis bersedia menghadapi kemungkinan yg mungkin timbul.Tetapi ketua kumpulan itu akhirnya berundur ke dalam kumpulannya serta memberi amaran "HAri ini hari awak,awak boleh membuat apa sahaja,hari lain awak ingat,kami akan tentang awak-kita sama-sama bersenjata."

Peristiwa (lebih tepat disebut trajedi) Memali sudah lebih 15 tahun berlalu.Tetapi ia tetap menjadi ingatan segar dan terus akan kekal di dalam lembaran sejarah perjuangan Islam di Malaysia.Istilah SYAHID yg dianugerahkan oleh Allah kpd pejuang2 agamaNya yg gugur di medan perjuangan dipandang sepi dan kosong oleh pemimpin2 Nasionalisma,Sekularisma yang sebenarnya Jahil ttg Islam.Maka timbullah istilah2 spt 'ulamak/lebai celup', ' eksterimis', 'pelampau agama', 'mati katak', 'ulamak berfikiran sempit' dan 'ortodoks' dari lidah2 mereka.Tidak cukup dgn itu,para pejuang Islam dianggap penjenayah dan penderhaka yg tiada ampun maaf lagi buat mereka.

Seorang tahanan memali,Che Ramli bin Che Mid yg tidak tahu menulis dan membaca,memotong (menoreh) getah mencari rezeki sesuap nasi dituduh dan didakwa sebagai pakar bom.Seorang tahanan Memali yg lain memecah rekod tahanan ISA apabila ia ditangkap dan dikurung dalam usia yang masih muda iaitu baru 18 tahun. Seorang petani tua yang ditembak bersarang diperut dan dipinggangnya mati setelah beberapa hari sahaja selepas ia didapati tidak besalah dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar.Namanya dikenali sebagai Haji Abd. Rahman bin Jusuh.Seorang tahanan memali yang lain,setelah ditembak.dikurung,diseksa dan didera telah lumpuh kedua2 belah kakinya dan terpaksa diusung untuk kemana2.

Trajedi Memali juga tercatit di dalam sejarah dunia ini di mana datuk2 yg sudah uzur,nenek2 yang tidak berdaya, kanak2, wanita dan bayi ditangkap dan dikurung berbulan2 di lokap dan di dalam penjara.Habis semua harta benda dirampas, rumah2 ditinggalkan tidak berpenghuni, dinding rumah dicarik oleh peluru, anak ditinggalkan oleh bapa2 mereka dan para isteri dipisahkan dengan suami mereka.

Para anggota polis yg diberi gaji yang kecil dipergunakan dan diperbudak-budakan dgn semahu0mahunya oleh mereka.Gaji mereka yg dibayar dgn duit yg dikutip drpd rakyat digunakan pula utk membunuh rakyat.Malah mereka sanggup mengeringkan hati ahlil keluarga para polis, tentera dan seluruh anggota keselamatan dengan terang2 mengeluarkan fatwa bahawa keempat2 anggota polis yg maut di Memali sebagai "TIDAK MATI SYAHID".Apakah kita mahu nyawa anak2 kita didalm polis, di dalam tentera dan sebagainya mati percuma.Apatah lagi di dalam kes Memali, mereka digunakan dengan sewenag-wenangnya utk meragut nyawa seorg alim dan 13 org lagi anak2 muridnya.

Trajedi Memali belum selesai...

Ia menjadi titik permulaan yang dihadapannya terbentang medan perjuangan yang sangat luas dan terlalu jauh utk ditempoh oelh manusia yang lemah semangat,Iman dan daya juangnya.Mengapa trajedi yg meragut nyawqa umat Islam ini tidak diselesaikan secara adil di Mahkamah Terbuka.Panggil koroner yang melakukan post mortem keatas mayat harum para Syuhada, panggil ahli kimia utk mengesan peluru yang menembusi batang tubuh para Syuhada dan berikanlah peluang utk mereka ini membela diri mereka dan kebenaran sebelum terlambat.

2 comments:

HAMBA ALLAH said...

ALLAHUAKHBAR. . . ALFATIHAH KPD PJUANG ISLAM. . .

SpekMan said...

Kita hanya mencatat kejadian, namun adakah kita punya fakta mengapa tindakan sedemikian diambil pihak Kerajaan? sebagaimana tindakan ke atas al-arqam.

Cuba dapatkan fakta tsb; moga pendapat kita lebih seimbang dan matang.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget