MAKANAN PALING BINGAI DI DUNIA



Mungkin bagi masyarakat dunia, makanan Eropah merupakan salah satu makanan yang paling elegan dan dianggap paling halus serta membuat lidah penikmatnya menari-nari. Tapi mungkin sudah tiba saatnya anda mengubah fikiran, orang Asia yang terkenal paling "berani" untuk urusan makan, mungkin perlu mengakui bahawa beberapa makanan Eropah lebih berani, bahkan beberapa bahan makanan di Eropah lebih mengerikan buat kita.

Bahan seperti daging ikan yang digantung begitu saja, atau bahkan beberapa makanan sengaja dibusukkan demi mendapatkan rasa yang lebih kuat. OK, mungkin biar lebih jelas, kita lihat jela

1. Sosej Darah


Sosej yang dikenali dengan nama Black Pudding (kalau diterjemahkan bererti Puding Hitam) di UK, Boudin di Perancis dan Blutwurst di Jerman. Sosej ini biasanya dibuat pada saat si haiwan dicincang, kerana sosej ini terasa lebih enak jika dibuat dengan darah segar .

Hampir tiap daerah atau bandar mempunyai resepi sosis darah tersendiri, tapi pada umumnya, sosej ini terdiri dari darah, lemak, dan  daging cincang. Yang jelas, semua jenis sosej darah adalah makanan khas, dan pada umumnya, para pecinta makanan ini menyukainya kerana rasa darah yang kuat dari sosej ini. Makanan ini dianggap sangat mudah rosak dan sangat halus, oleh kerana itu walaupun dibekukan, selepas beberapa hari, sosej ini sudah dianggap tidak layak lagi digunakan

2. Casu Marzu



Jika diterjemahkan , Casu Marzu bererti keju busuk. tapi orang lebih banyak mengenal makanan ini sebagai keju belatung. Keju yang secara tradisional dibuat dari susu kambing ini dipenuhi dengan larva serangga, dan kerana itu dianggap sebagai makanan paling menjijikkan di dunia.

Keju yang pada awalnya adalah keju Pecorino ini, harus melalui proses fermentasi, dan terus diperam sampai berada dalam proses pembusukan. Biasanya larva lalat di letakkan dalam keju ini, dengan tujuan untuk memecahkan kandungan lemak. Larva yang digunakan dalam proses pembusukan ini kelihatan seperti larva yg kelaparan, dengan panjang hampir 1 cm, dan boleh melompat setinggi 30 cm jika diganggu.

Pada saat pengambilan, larva yang ada dibuang dulu, tapi beberapa orang tidak peduli dan menyantap keju ini bersamaan dengan larva yang ada. Secara undang-undang, sebenarnya keju ini sudah dilarang dijual, tapi kerana rasa yang ditimbulkan, masih ramai orang berusaha membuat dan menjualnya dengan diam-diam.

3. Hakari



Makanan tradisional Iceland yang dibuat dari daging ikan yu ini melaluii proses fermentasi khusus, dan kemudian digantung begitu saja sampai kering dalam masa 4 hingga 5 tahun. Walaupun makanan ini banyak sekali ditemui di berbagai kedai makanan di Iceland, ternyata banyak sekali orang Iceland sendiri tidak mahu makan makanan ini, kerana rasanya yang sangat menusuk.

Hakarl dibuat dengan cara membuang isi perut ikan dan memotong kepalanya, kemudian diletakkan dalam lubang pasir yang cetek dan kemudian ditutupi dengan batu, sehingga cairan tubuh ikan ini akan keluar. Setelah jangka waktu 6-12 minggu, ikan ini kemudian diangkat dari lubang dan digantung sampai kering.

Bau dan rasa Hakarl ini mengandungi ammonia yang sangat kuat, jadi memang boleh dibayangkan bahawa Hakarl bukan makanan yang boleh diterima semua orang.

4. Sup Tikus



Tikus yang dimasak ini tikus khusus yang dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Dormouse, dan pada masyarakat Rom kuno, tikus ini dianggap makanan lazat yang biasa dihidangkan dengan dicelup madu dan biji bunga poppy. Bahkan sampai sekarang makanan ini masih juga digunakan masyarakat Slovenia, Croatia dan Itali.

Di Itali, tikus ini mula dilindungi undang-undang kerana mulai pupus. Tapi kenyataannya, makanan ini ternyata sangat popular sehingga 20.000 ekor tikus diburu tiap tahunnya dan sekarang tikus jenis ini masuk dalam kategori dilindungi dan mula dianggap pupus

Sebelum dimasak, tikus ini disiat kulitnya, kemudian diletakkan di dalam air selama 24 jam, kemudian di rendam dalam campuran cuka dan air, dicuci lagi, dan barulah kemudian dimasukkan ke dalam periuk untuk dimasak.

5. Criadillas



Rasanya apa lagi yang satu ni ye? Criadilla adalah nama dari buah zakar baik yang berasal dari Kambing! Di Amerika, makanan ini dikenali sebagai Prairie Oysters, dan di Kanada sebagai Rocky Mountain Oysters. Di Amerika dan Kanada, resepi yang paling umum adalah dengan melumuri bahan ini dengan tepung atau adunan tepung, dan digoreng dalam minyak panas yang banyak. Jangan salah, banyak orang mengaku makanan ini sangat nikmat, sampai akhirnya setelah diberitahu bahawa makanan yang baru mereka nikmati dengan nikmat tadi adalah buah zakar, baru mereka ini bertindak balas negatif! Jadi berani cuba?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget