Ketahui Tentang Negara Cina


1. Cina menghukum mati orang tiga kali lebih banyak dibandingkan semua negara lain di dunia.

Ada tiga kali lebih banyak orang dihukum mati di China berbanding di negara-negara lain, demikian anggaran minimum yang terbaru oleh pihak Amnesty Antarabangsa. Badan ini pada tahun 2008 mengesahkan sebanyak 1.718 hukuman mati dari laporan berita dan nota awam, tapi banyak lagi yang tidak dilaporkan. Beberapa penganalisis mengatakan angkanya mungkin di atas 6,000. Jumlah sebenarnya dirahsiakan negara. Eksekusinya banyak yang dilaksanakan di jalanan di dalam kereta gerbong yang digelar van maut hasil rancangan Jinguan Motors. Mereka menyatakan eksekusi dengan van dan suntikan lebih beradab dibandingkan ditembak mati, lagipula si terhukum mati lebih cepat, lebih secara klinik dan lebih selamat. Menurut mereka menggantikan hukuman tembak dengan suntikan mati menandakan China sekarang "mempromosikan" hak asasi manusia.

2. Lebih dari 4.000 bayi di Cina diberi nama ”Pertandingan Olimpic” (Olympic Games) ketika negara itu sedang bersiap-siap menyelenggarakan Beijing 2008.

Lebih dari sekadar satu kebanggaan bagi China, Sukan Olimpik Beijing menjadi bahagian yang begitu penting dari kesedaran nasional hingga lebih dari 4.000 bayi diberi nama menurut perhelatan akbar itu. Sebahagian besar dari 4.104 anak yang bernama "Aoyun", yang bermaksud Olimpik, dilahirkan sekitar tahun 2000 sewaktu Beijing sedang berusaha diterima menjadi tuan rumah perhelatan sukan musim panas 2008 itu. Kebanyakan anak yang diberi nama Aoyun adalah laki-laki.

3. Setiap tahun di China menghabiskan 45 bilion penyepit.

Di Cina, setiap tahun, dianggarkan 45 bilion pasang penyepit digunakan dan dibuang sesudahnya. Itu sama dengan 1,7 juta m3 kayu atau 500 ribu pohon setiap tahun.

4. 200 juta warga Cina hidup dengan kurang dari 1 dollar per hari.

Yang termasuk ke dalam golongan miskin di China adalah warga yang penghasilannya di bawah 1,25 dollar per hari. Pada tahun 1981 angka rata-rata warga yang miskin adalah 64% dari jumlah keseluruhan penduduk China. Angka ini turun jadi 10% pada tahun 2004, bererti dalam rentang waktu 1981 - 2004 ada 500 juta warga yang berjaya keluar dari kemiskinan.

5. Lebih dari 700 juta warga Cina minum air tercemar.

China menyumbang terhadap 20% jumlah penduduk dunia, namun hanya memiliki 7% dari sumber air dunia. Lebih teruk  lagi, menurut World Bank, 90% air tanah bandar dan 75% sungai dan tasik sudah tercemar. Ini bermakna 700 juta warga China minum air tercemar setiap harinya.

6. Es krim dan pasta mungkin pertama kali diciptakan di Cina.

Sekitar tahun 200 sebelum Masihi di China sudah diciptakan semacam campuran beku susu dan beras yang jadi bahan ais krim. Juga di sebuah lokasi penggalian arkeologi di bahagian barat China, diketemukan semangkuk mie berusia 4.000 tahun, yang mungungkapkan China mungkin lebih dulu mencipta pasta daripada Itali.

7. Lebih dari 50% barang palsu yang berada di masyarakat Eropah berasal dari Cina.

Sebanyak 54% barang yang melanggar hak cipta yang beredar di Eropah ternyata pembekal utamanya adalah China. CD / DVD merupakan barang tiruan utama yakni sebanyak 79 juta keping, bererti 44% daripada jumlah seluruh barang tiruan, diikuti oleh merokok (23%) dan pakaian

8. Cina masih belum bebas dari wabak penyakit abad pertengahan Eropah.

Di tahun 2009 China menamatkan kuarantin sebuah bandar di sebelah barat laut yang diserang wabak radang paru-paru-paru (pneumonia). Meledaknya penyakit yang sangat menular itu membunuh 3 penduduk kampung di sekitar bandar Ziketan di daerah Qing-Hai. Wabak penyakit itu secara berperingkat berjangkit di China, khususnya disebarkan oleh haiwan parasit dan kutu, serta mudah menular antara manusia.

9. Menjelang tahun 2025 Cina akan membangun 10 kota metropolitan seperti New York.

Skala dan langkah urbanisasi China akan terus berlanjut dengan kelajuan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Bila kecendrungan seperti sekarang tetap bertahan, penduduk bandar China akan bertambah dari 572 juta pada tahun 2005 menjadi 926 juta pada tahun 2025 dan bakal mencapai angka 1 bilion pada tahun 2030. Jadi dalam jangka masa 20 tahun penduduk bandar-bandar China akan bertambah sebanyak 350 juta lebih banyak dari seluruh penduduk AS hari ini. Menjelang tahun 2025 China akan mempunyai 219 bandar yang berpenghuni diatas 1 juta. Juga akan dibina 40 bilion m3 lantai ruang di 5 juta bangunan. 50.000 dari bangunan tersebut merupakan bangunan pencakar langit - sama dengan 10 bandar sebanyak New York.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget