Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts
CITA-CITA KITA....
Darjah 1 seingat aku mcm nak jadi Ninja Turtle sebab selalu bergaduh ngan kawan2
Darjah 3 aku nak jadi Cikgu.
Darjah 5 Mak aku suruh jadi Doktor. aku rase semua org pun mcm nk jadi doktor kan.
Darjah 6 nak jadi pemain bola bcoz macam cool dan ramai awek
Tingkatan 1 tak dpt bayang lagi nak jadi ape
Ting 3 pikir nak masuk form 4 je dulu, coz after PMR nak further form 4 masuk kelas ALIRAN SAINS
Ting 4 nak jadi saintis pulak coz aku suke mengkaji2
Ting 5 aku tgk macam susah jek nk jadi doktor n saintis tu..coz result exam pon xla gempak sgt
last2 skang keje kat company swasta jek..trasa nk masuk government tapi interview susah sgt nak dpt....hahaaha
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
0
comments
Friday, February 4, 2011
al kisah dulu dulu
SAPE- SAPE YG LAHIR TAHUN 80 AN!!!!!???????
Seingat aku kita membesar dgn tengok cite HE-man, Transformers, Thundercats, Casper, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban dan Suria Perkasa (Baja) Hitam~TENDANGAN PADU MAUUUTTTT~ trademark suria perkasa hitam bile nk kalahkan sang penjahat.
Korang ingat tak,dulu time sekolah rendah hatta sejak tadika lg, mesti ade sesi check dan mencabut gigi. siap ade check book lagi. selalunye kan, misi tu masuk kelas dgn list dentist appointment. Sorang2 kene panggil. sape yg takut cabut gigi sure berdebar2 je tunggu turn.Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. Yg slalu org takut time injection tu. ade yg nk mleleh air mata tp thn jela coz nk tunjuk terer dan tnjuk kuat dpn kawan2 len.
Ade 1 benda ni sure korang igt...program susu skolah dan RMT aka Rancangan Makanan Tambahan. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb.mane yang kurang mampu tu ade yg dapat free jek.seingat aku gak susu coklat je ade kan..
Pastu korang ingat x,cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan.nak lagi sakit terbalikkn tapak tangan,baru cikgu pukul.. kan ? time tu xda pun mak bapak marah atau saman cikgu kalau rotan kite kan. Kite yg buat salah, so kenela tanggung.
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. Time tu kalau bawak duit belanja singgit da kire kaya gile dah.
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.kite dulu pakai walkman jek kalau nak dengar lagu..
Kite pegi kedai runcit, beli Chekedis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. makan free la katekan
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa.tp selalunye buat aktiviti sendiri la.cikgu plak lepak je kat kantin..
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police Sentry', main kejar2, men nyorok2.
Pastu kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen.memang layan kan. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! aiskrim PONG la tu..
pastu ade satu game ni,lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik.pe lagi lastik la kawan2,then berperangla beramai2.
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...Korang ingat tak dulu2 mesti ade dentist dtg sekolah check gigi kan.Penajanya sure lah COLGATE..(PROMOTE SKETTTT) Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi longkang dgn classmates semua kat seblah...
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
lagu-lagu 80 an yg slalu main kat tv..
sape masih ingat lagu2 yang selalu main kat TV awal 90an dulu?
rindu betul nak dengar lagu2 lama main balik kat TV tapi dah tak sesuai lagi sbb peredaran arus masa.
1. AIDS
~'AIDS membawa bencana...
AIDS tak kenal mangsa...
membawa derita sengsara siapa saja yang menghidapnya...
jauhi dari gejala dadah dan perhubungan jenis rambang...
AIDS menjadi punca durjana...
AIDS mengancam manusia...'
2. AIDS & aedes (dikir barat)
~' A.I.D.S merbahaya...
aedes pula mengancam manusia...
sekian dulu nyanyian kami...
terima kasih sekalung budi...'
3. lagu dadah (tak ingat tajuk) - suka lagu ni sebab ada gambar org terima ijazah macam best je... sebab tu study betul2 sampai masuk u semata2 nak genggam ijazah, pakai jubah & hood)
~'marilah kita bersatu...
perangi dadah durjana...
hargailah dirimu selalu...
jangan hidup menderita...
sejak kecil kita dilahirkan...
kita dibelai penuh kasih sayang...
ayah ibu tetap mendoakan...
agar kita mencapai kejayaan...'
4. lagu dera nyanyi ramai2 (sedih tengok video clip ni)
~'merenungi tubuh yang tak bermaya...
dan mengusapi wajah penuh luka...
malang yang menimpanya...
kini menghantui kita...
apalah dosa hingga kau didera...'
5. SENYUM
~'senyum seindah suria yang membawa cahaya...
senyumlah dari hati duniamu berseri...
senyum umpama titian dalam kehidupan...
kau tersenyum ku tersenyum...
kemesraan menguntum...'
6. MEREKA YANG REBAH (kempen anti dadah) - kalau sape perasan, lirik dia ada dalam buku teks bahasa malaysia darjah 3 1991.
~'lihatlah sekeliling kita...
betapa saban hari pasti ada saja...
harapan serta bunga bangsa yang rebah...
untukkan sedikit masa emasmu...
kerana mereka memerlukanmu...'
7. KUALITI TERAS KEJAYAAN
~'apa saja yang susah...
akan menjadi mudah...
sekiranya semua...
bersatu berusaha...'
8. SAYA ANAK MALAYSIA
9. WAWASAN 2020
10. ...DAN BANYAK LAGI LAGU2 PATRIOTIK 80AN & 90AN
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
Budak Dulu... Budak Sekarang...alahai....
Budak dulu kalau org tua sedang bercakap, cuma dengar dan tak menyampuk.Sbb kalau menyampuk sure kene bedil sbijik.
Budak sekarang kalau org tua sedang bercakap, siap boleh sampuk dan ambil alih perbualan dengan selamber jek.
Budak dulu kalau pergi sekolah boleh pergi sendiri. antara jalan kaki atau naik basikal je. Budak sekarang kena hantar dan ambil.paling best sekarang ramai yg da guna motorsikal dan kereta pergi sekolah.fuh dahsyat..
Budak dulu kalau hari raya habis satu kampung dia pergi beraya.sampai kampung sebelah tak kenal pun bedal je masuk beraya. Budak sekarang kat umah sebelah pun tak mau pegi beraya, asyik tgk tv.katanya bukan best pun pegi beraya
Budak dulu kalau kena pukul ngan cikgu takut nak bagitau mak bapak, nanti kena tambah lagi. Budak sekarang Cikgu pulak takut nak pukul.kang kene saman ngan mak bapak..sape salah?
Budak dulu kalau petang2 turun main ramai2. Budak sekarang main game PS2, PS3 dan macam2 lagi
Budak dulu nak makan KFC pun susah.makan ayam goreng masakan ibunda je. Budak sekarang naik muak makan KFC.
Budak dulu kalau sedara mara datang rumah kena pegi kenal tetamu. Budak sekarang lari masuk bilik tak nak kenal tetamu
Budak dulu kalau suruh buat kerja, rajinnn. Budak sekarang kalau bagi upah atau laung 15 kali baru nak wat kerja.
Budak dulu memang terer panjat pokok, berenang, menyelam, main sembunyi2... budak sekarang??
Budak dulu kenal semua budak2 kat kg / taman...... budak sekarang??
jadi mana yang lebih baik???
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
Drama TV Melayu yang diminati era 80-an dan awal 90-an.
Sekarang ni kalau kita tengok dah macam-macam rancangan serta program TV berbahasa melayu di kaca TV. Kalau drama tu dah berlambak-lambak. Ada sesetengah tu aku tengok dah terlalu ke-ala-ala drama latin laa pulak. Baik dari segi gaya hidup yang dipaparkan hingga ke pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon dah macam bukan orang melayu beragama Islam. Walaubagaimanapun ada juga rancangan-rancangan dan juga drama-drama yang berkualiti. Emm.. bagaimana pulak pada zaman dulu-dulu eak.. di era 80-an dan juga awal 90-an. Apa agaknya rancangan berbahasa melayu yang popular masa tu. Aku cuba senaraikan mana-mana yang aku masih ingat.
1. OPAH
Yang hidup era 80-an dan 90-an tentunya akan ingat siri TV ni. Kisah keluarga memang ramai peminat cuma masa ramai pelakon dah bertukar tu yang nampak kurang menyengat sikit. Pergolakkan yang dipaparkan tidakla macam drama-drama sekarang ni sebab ianya masih dalam suasana kekeluargaan. Ini dua rangkap daripada lagu tema cerita nih..
Dia seorang tua
Pengasih dan penyayang
Tak pernah hidup duka
Bersama keluarganya
Ini kisah anaknya
Empat orang semuanya
Seorang tiada punya
Yang tidak pernah berkeluarga
2. Naik Tangga Turun Tangga
Cerita ni ditayangkan kat TV3 jadi aku tak berapa tengok sangat sebab tak dapat TV3 kat umah aku masa tu. Time tuh manalaa ada Astro ke hapa semua. Apapun aku tahu jugak yang cerita ni tak kurang popularnya yang mana dilakonkan oleh Rubiah Suparman dan Abu Bakar Omar. Ikutkan.. aku dah sedikit lupa pasal cerita ni tetapi bila buat survey tanya orang lama-lama baru aku teringat.
3. Rumah Kedai
Aku suka gak ngan citer nih, cerita sebelum buka puasa...!! Tapi tak selalu dapat tengok. Kadang-kadang jee TV3 dapat kat rumah. Itupun setelah aku naikkan ‘areal TV ‘ sama tinggi ngan pokok kelapa. Aku percaya cerita ni masih seronok untuk untuk ditonton kalau ditayangkan balik. Terfikir jugak kenapa drama-drama yang begini kurang dihasilkan sekarang.
4. Seiring Jalan
Tak silap aku cerita ni masa aku sekolah rendah. Kisah 3 remaja yang mengembara naik basikal. Dalam setiap episod ada sahaja misteri dan permasalahan yang dirungkai pada setiap tempat yang mereka singgah. Tapi cerita ni satu musim je ditayangkan.
5. Wajah Sutinah
Cerita ni selalu jadi bualan kat sekolah. Kira seram jugaklah. Bagaimana cerita dia aku memang dah lupa sangat. Pelakon pun aku tak ingat. Ada sesiapa yang ingat boleh bagitaulah. Disebabkan cerita ni ada rasa takut gak nak ke tution.
6. PJ Holding
Ni kira dallas versi Malaysia laa kononnya. Aku tak tengok sangat tapi rata-rata orang lama kata mereka suka tengok cerita ni. Yang aku ingat pelakonnya Azmil Mustafa, Mellisa Saila dan Osman Zailani. Kalau silap betulkan keh.
7. Seorang tua dikaki gunung
Pelakon utamanya Tamam Idris. Cerita ni diadaptasikan dari novel Azizi Abdullah. Mungkin tak sehebat novelnya tetapi tetap menarik untuk ditonton. Sedih ceritanya tak percaya cuba dapatkan novelnya. Aku rasa masih lagi terjual di pasaran kerana ini merupakan satu naskhah hebat tulisan Azizi Abdullah.
8. Hanbali seorang Jeneral
Aku tak miss tengok cerita nih. Kisah jeneral pencen lakonan Eman Manan. Ending dia si Jeneral pencen ni kena masuk hutan jugak. Disiarkan dalm slot drama swasta rasanya.
9. Siapa Bunuh Alice
Lawak betul cerita ni. Sampai pelakon sendiri tak tahu siapa bunuh Alice. Entah betul entah tidak. Kat sekolah sibuk meneka-neka. Last-last.. aku sendiri dah lupa siapa yang bunuh Alice.. ahhahaha..
10. Anjang Aki
Mengisahkan seorang ayah yang menyesal kerana menghalau anaknya yang ditangkap basah. Lakonan Ismail Hutson….
11. Hikayat Hang Setia
Kalau tak silap Param jadi hero. Lagu ini dinyanyikan oleh SM Salim?
"al-kesah,
satu cherita,
kononnya bermula,
di sebuah desa,
rakyatnya,
berbilang bangsa,
hidup aman dan sentosa
hantu jembalangan...
byk berkeliaran....."
dia choba nak menghasut,
perpaduan rakyat,
rupanya macam hantu,
perangai macaaaam setan,
dalam hikayat hang setiaaaaaaaaaaaaa"
12. Pendekar Kundur
Lakonan Eman Manan dan Tiara Jacquelina. Permulaan era pendekar kat TV. Lepas tu muncullah Keris Hitam bersepuh emas, tok janggut, tuah Jebat dan macam-macam lagilaa. Semua macam nak jadi Pendekar datang sekolah. Hampeh tul!
13. Keris Hitam Bersepuh Emas
Mengisahkan 7 pendekar muda yg syahid. 7 pendekar yg menguasai 7 gerak silat dan 7 jenis senjata yg berlainan. Bitara diarahkan mencari anak-anak murid gurunya untuk menentang Portugis di Melaka. Bermulalah pengembaraan..Dibintangi oleh Eman Manan, Ebby Yus.. ditaja oleh rokok Perillys
7 PENDEKAR;
- BITARA (KERIS HITAM BERSEPUH EMAS)
- SANG GUNA (TONGKAT)
- SALI (TEKPI)
- ADI JAYA (GOLOK)
- AGAM (PISAU)
-JEMPOL(PANAH)
- HANG PERKASA (RANTAI)
14. Hati Waja
Drama Hati Waja dibintangi oleh Rusdi Ramli! Faizal Hussein! Fuh best! Mengenai seni bela diri dan pengkhianatan Faizal Hussein yang membunuh gurunya sebaliknya Rusdi Ramli yang dituduh membunuh semasa pertandingan seni bela diri.
Alamak kalau aku kumpulkan semua cerita-cerita ni banyak lagi sebenarnya. Drama-drama Yusuf Haslam macam remang-remang kota raya, Debu-debu kotaraya dan Harimau Rimba. Harimau Rimba tu meletup masa cerita Nam:Tour of Duty ditayangkan kat TV2. Pastu Tok Perak, Slot Spektra, Identiti, Gado-Gado, 2+1, Jangan Ketawa, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Baba dan Nyonya fuh banyaklah.. Drama melayu sekarang banyak nak tonjolkan dunia korporat tapi macam keparat je aku tengok. Tak habis-habis dendam mendendam, bunuh-membunuh dan simpan perempuan. Dah semakin terkeluar dari kehidupan masyarakat melayu beragama Islam.huh.. (Diedit dari Blog Nuaeman)
Tolong bantu ADMIN ingat balik tajuk-tajuk cerita Melayu dulu dan kisah2nya.... hehe
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
NOSTALGIA TOKONANG DEN..

EDEN ingat laie maso den kocik2 dulu...den kono rotan sobab poket sluar skola agama den slalu yo koyak..sobab apo..sobab dlm kocek ponuh ngan guli2 menang tournament guli kat blakang kelas. omak den bising coz slalu je guli den masuk dlm mesen basuh..hahahaha..bile pk2 balik, nostalgia gak..zaman kocik2 memang syok..main je kojonye...1st priority dlm palo otak nak main yo...study no 2 dah...yg bestnye mcm2 permainan ado...bukan stakat guli yo..gasing, lastik, rounders, golek pemadam, bola kotak dan mcm2 lagi permainan klasik kitorg layan..x macam bebudak skang, game yg diorg tau play station, computer games,psp dll. bayangle kalau da hobi memancing pon skang da ade scara virtual..x sihat btl hobi bdk2 skang..(da letih nk wat loghat nogoi sombilan)...

Tapi dlm bnyak2 games aku men dulu,aku tringt lagi kitorang men rounders kat sblah kelas ngan fitri,ebol, jemik n beberapa yg lain.dahle dpn tu lak ade sbijik umah usang gle.main punye main, kayu rounders tu terbang dpn muke aku. ape lg,berdarahla gak muke aku..aku pon xingat da sape yg baling kayu tu.dahle kayu yg bucu tajam tuh (amik kat kaki meja). Huh...ustazah trus anta aku balik..

Tapi ni x ganas lagi, ade plak satu time tuh, kitorg men nyorok2 time rehat..dlm kol 4 pm kot.aku blh lak nyorok kat celah2 meja2 kayu n kerusi2 yg da rosak kat blakang kelas. ntah cemane, aku ngan selambe badaknye pijak paku yang tercacak kat slh satu meja tu. so, tembusla paku tu kat tapak kaki aku. dgn hikmat kuasa mikrofon ke 8, aku pon menjeritla sakit..aku x ingt ustaz mane yg dtg, tlg cabutkn paku tu dari kaki aku..tp best,dpt balik cpt ke rumah.yg xbestnye, smpai umah terus kene sembur ngn bapak gua.
HAHAHAHA...nila noltalgia tekonang yg aku ingat smpai skang..aku memang nakal..walau sebenanya aku sgt comel dan baik hati (angkat bakul sndri..heh heh)..papepn dlm masa sama, aku tringt smua kwn2 skolah rendah aku dulu..manela korg skang ek..jemik,ebol,sepol,dayah,nafisa,fitri,hasanah,huzairi....
adios
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
0
comments
Tuesday, May 18, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)



