Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

PROTEST GUNA MIMIK YG CUN

Skang ni aku rase malaysia pon da tak selamat.Protest sana,protest sini. asik2 perang dingin camni yang aku rase agak menggugat kesejahteraan kat Malaysia ni. Tapi ok lagi la dari perang sana sini.tol x?

Kat bawah aku show korang antara style protest yg aku rase agak cun gak n sgt kreatif..pe korang rase? manela tau pasni ade wujud seni protest lak..layan~


KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

PENDIDIKAN SEKS??? RELEVAN KE?

Kartun, filem dan buku telah diluluskan untuk mengajar pendidikan seks kepada kanak-kanak sekolah pada seawal usia lima tahun. Dokumen yang mempunyai pelbagai grafik yang 'mengganggu' ini disyorkan untuk pelajaran sekolah rendah. Bahan pengajaran yang mengejutkan ini - dipromosikan oleh Majlis Tempatan bahkan BBC - untuk mengajar kanak-kanak tentang bahasa dewasa dan hubungan seksual.

Di antara buku yang dipilih dalam laporan tersebut adalah How Did I Begin? (Bagaimana Saya Bermula?) karya Mick Manning dan Brita Granstrom yang mengandungi gambar kartun pasangan di bilik tidur sedang berpelukan.



Ia turut disertakan dengan penjelasan - menggunakan istilah dewasa dan terus terang – cara-cara persetubuhan.

Satu lagi bahan mengajar The Primary School Sex And Relationships Education Pack oleh HIT Inggeris, mengandungi bahan untuk anak-anak berusia lima hingga 11 tahun mempelajari tentang posisi seksual yang berbeza dan pelacuran.

BBC menjadi perhatian kerana video pendidikan seksnya yang memaparkan gambar bogel penuh untuk belajar,menurut BBC Active gambar yang ditunjukkan hanyalah grafik komputer yang dihasilkan dan menunjukkan alat kelamin laki-laki.

Semua bahan mengajar ini telah diluluskan oleh Majlis untuk kegunaan pada usia 'tujuh tahun ke atas'.

Domuken yang disusun oleh Christian Institute itu menunjukkan sebuah buku yang berjudul Let’s Talk About Sex (Mari Bicara Tentang Seks), oleh Robie H Harris, yang meliputi bab tentang heteroseksual disebut 'Lurus dan Gay'.

Ramai masyarakat yang risau telah menggambarkan bahan mengajar ini sebagai 'terlalu lebih, terlalu muda' dan mengingatkan ia akan menggalakkan seksualisasi.

Mike Judge, dari Christian Institute, berkata: "Pendekatan hari ini untuk pendidikan seks memerlukan lebih banyak pendidikan seks yang lebih jelas pada usia muda.


'Ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka didedahkan kepada bahan pengajaran seks dan ramai di antara mereka yang amat susah hati jika bahan-bahan ini digunakan kepada anak mereka.


'Jika badan awam percaya sumber-sumber ini sesuai untuk anak-anak kecil, sangat jelas ada masalah dengan pertimbangan mereka dan lebih kawalan perlu diberikan kepada ibu bapa.'

Christian Institute telah mendedahkan 16 Majlis yang mengesyorkan buku-buku eksplisit dan video-video mereka ke sekolah-sekolah.

Ini termasuklah Derby City, Devon County, Swindon County, Worcestershire County, Hampshire County, Birmingham City, Brighton dan Hove, dan ramain diantaranya mempunyai pautan bahan itu di laman web mereka.

Ketika ini, pelajar sekolah rendah dan menengah perlu diajar ketika 'sesuai usia' mereka dengan pelajaran sains berkaitan tentang biologi seks.

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

update tsunami:lapangan terbang sendai

Gambar panorama dari dalam terminal penumpang lapangan terbang di Sendai, Jepun

Sekitar 1,200 orang terperangkap di dalam terminal penumpang Lapangan Terbang Sendai ketika gempa bumi dan tsunami yang dihasilkan melanda pada 11 mac. Mereka tetap terputus dari semua kenalan luar dan harus bertahan hidup sendiri selama lebih dari dua hari sampai bantuan tiba. Gambar panorama, dibuat pada tarikh 17 Mac menunjukkan kerosakan di sekitar lapangan terbang. (Masaki Furumaya / Sankei Shimbun / MSN Japan)


Mark Baker / AP

Komputer laptop rosak di lantai sebuah bangunan lapangan terbang di Lapangan Terbang Sendai, 19 Mac. Tentera AS telah diminta untuk membantu membersihkan lumpur dan mendapatkan lapangan terbang beroperasi penuh secepat mungkin.

Jiji Press / AFP - Getty Images
Ruangan radar di menara kawalan di lapangan terbang Sendai.

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

OPERATION LIBYA


Military operation in Libya

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

PENEMUAN..

TAHUKAH anda tentang kebaikan kafein dan pemanis serta bahaya yang tersembunyi di bawah sinki?

Kafein mampu bunuh sel kanser kulit
DALAM Journal of Investigative Dermatology, satu penemuan baru membuktikan bahawa pengambilan kafein mampu membunuh sel kanser kulit.
Dengan pengambilan kopi atau teh, kebarangkalian untuk mendapat kanser ini adalah rendah malah mencapai sehingga lima peratus.



Biarpun krim perlindungan matahari anda tinggi kandungan SPF, ia tidak semestinya mampu menahan panahan matahari daripada membakar kulit anda. Menurut kajian beberapa pakar kulit dari Australia, nilai SPF hanyalah ‘penunjuk’ bagi menentukan berapa lama anda dapat bertahan sebelum ‘terbakar’.
Rupa-rupanya: Kafein yang diambil secara sedikit setiap hari boleh ‘melindungi otak’ daripada kesan penyakit dementia (nyanyuk) untuk jangka masa panjang.
Bawah sinki punca asma
IA merupakan tempat biasa dan strategik bagi suri rumah menyimpan pelbagai produk pembersih seperti peluntur, amonia dan pencuci lantai.
Namun keadaan ini secara tidak langsung memberi implikasi terhadap kanak-kanak yang menghidap asma.



Menurut satu kajian di State University of New York, serapan boleh berlaku malah mampu merosakkan paru-paru kanak-kanak apabila terdedah dalam jangka masa panjang. Malah ia memburukkan keadaan pesakit asma.

Rupa-rupanya: Penggunaan sabun biasa, air dan kekuatan tangan untuk membersihkan rumah mampu memperbaiki sistem pernafasan anda.
Pemanis juga lindungi gigi
RASA manis pada kurma baik untuk kesihatan gigi. Gula-gula semula jadi ini mempunyai enamel dan pelindung bagi menguatkan gigi serta mengelak daripada berlakunya plak gigi.



Mempunyai kandungan florin, gula kurma sihat ini membantu menterbalikkan proses pereputan gigi di samping menyediakan kandungan fiber, vitamin, asid amino dan mineral.

Rupa-rupanya: Aktiviti flos gigi setiap hari akan memudakan umur anda sehingga 6.4 tahun, menurut Persatuan Pergigian Amerika (ADA).

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

MALAYSIA patut guna..



Masalah utama hidup di zaman moden ialah kebanyakkan makanan yang kita beli tidak lagi segar. Masa aku duduk kampung dulu kalau beli daging lembu boleh gerenti daging fresh baru sembelih. Aku honestly dah tak tah bezakan daging fresh dengan tak fresh. Mak aku ada cakap kalau ikan tengok kat mata. Kalau daging lembu tengok pada "marblisation" lemak pada daging. How about you guys? All in all aku rasa ada pelbagai tips yang aku pernah dengar dan tak semuanya tepat dalam mengesahkan kesegaran daging yang dibeli

Oleh sebab itulah To Genkyo, sebuah firma rekaan industri dari Jepun mengemukakan konsep label tandaharga seperti dibawah.




Label berbentuk hourglass ini berubah warna mengikut kandungan ammonia yang dirembeskan oleh daging. Daging yang tidak segar akan mula mereput dan menghasilkan ammonia. Lebih banyak ammonia dilepaskan semakin biru warna label pada produk yang dijual. Bila pelekat menjadi biru sepenuhnya barcode pada label tidak boleh lagi dibaca sekaligus menghalangnya dari dijual.



Ianya konsep yang simple tetapi awesome! Aku rasa kaedah warna label tandaharga ini lebih efektif dari kaedah cucuk daging yang aku gunakan sekarang! LOL


KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

TSUNAMI JEPUN


masih ingatkah tsunami yg melanda indonesia beberapa tahun dahulu..???? mesti korang masih ingat kan...kali ini tsunami melanda jepun pula...sungguh dashat bencana alam ini...ia bermula dgn gempa bumi dan seterusnya tsunami...dan berlaku juga kebakaran yg tidak dpt dikawal....jum lihat video serta gambar kejadian ini..juga laporan kehilangan keretapi penumpang...




 
TOKYO 11 Mac – Tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan.
Amaran tsunami dikeluarkan ke seluruh Pasifik, sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Amerika Syarikat.
Menurut polis Jepun, dianggarkan antara 200 hingga 300 mayat ditemui di kawasan perairan Sendai, bandar paling dekat dengan pusat gempa bumi.

Polis berkata, setakat ini 88 orang disahkan terbunuh dan 359 orang masih dilaporkan hilang.
Angka kematian dijangka terus meningkat berdasarkan skala bencana alam berkenaan. Orang ramai diberi amaran untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
Siaran televisyen turut memaparkan kebakaran dan kepulan asap hitam sekitar bangunan di Odaiba, pinggir bandar Tokyo dan perkhidmatan kereta api laju ke arah utara terpaksa dihentikan.
Rakaman televisyen turut menunjukkan bot, kereta dan trak terapung di atas air selepas tsunami kecil melanda bandar Kamaichi yang terletak di utara Jepun.
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, kerajaan telah mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat.

“Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan besar di bahagian utara Jepun. Kerajaan akan menjalankan semua usaha yang perlu bagi memastikan keselamatan rakyat dan meminimumkan kerosakan,” katanya pada satu sidang media khas.
Agensi berita Kyodo melaporkan, beberapa kebakaran turut berlaku di bandar Sendai, yang menyaksikan ombak besar menghanyutkan kenderaan di landasan lapangan terbang.
Di wilayah Wakayama, 20,000 penduduk diarahkan berpindah selepas amaran tsunami dikeluarkan dan beberapa gegaran susulan melanda.

Menurut wartawan Reuters, Mariko Katsumura, penumpang kereta api bawah tanah menjerit dan memegang tangan penumpang lain. Gegaran yang terlalu kuat membuatkan mereka sukar untuk berdiri.
Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini mengesahkan gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Pasaran saham Tokyo turut mengalami kerugian selepas gempa bumi itu diumumkan. Menurut bank pusat, mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kewangan kembali stabil. – Agensi





video

video


TOKYO: Sebuah kereta api yang membawa penumpang masih gagal dikesan selepas hilang ketika gempa bumi melanda timur laut Jepun, semalam.
Menurut sumber, kereta api itu melalui kawasan pantai Jepun apabila ia gagal dikesan.

Memetik sumber polis, agensi berita Kyodo melaporkan, kereta api penumpang itu dikendalikan Syarikat East Japan Railway.
Ketika kejadian, kereta api itu berada berhampiran stesen Nobiru di landasan menghubungkan Sendai dengan Ishinomaki.

Sementara itu, polis Jepun berkata, pihak berkuasa menemui 200 hingga 300 mayat di kawasan pantai timur laut negara itu selepas kawasan berkenaan dilanda tsunami, semalam.

Sumber berkata, kebanyakan mayat itu ditemui di Sendai, bandar utama paling hampir dengan pusat gempa bumi petang semalam.
Gempa sekuat 8.9 magnitud itu mencetuskan tsunami sehingga 10 meter, diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam.

Kebanyakan gegaran susulan itu sekuat lebih 6.0 magnitud.

Berpuluh-puluh bandar dan perkampungan di sepanjang 2,100 kilometer di timur negara itu turut merasai gegaran berkenaan.

Kesan gempa turut dirasai di Tokyo yang terletak beratus-ratus kilometer dari pusat gegaran.

Sebelum ini, polis mengesahkan sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan 56 lagi hilang.

Bagaimanapun, jumlah sebenar korban dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa apabila kerja-kerja mengesan dan menyelamat dilaksanakan sepenuhnya. - AP

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

AES ,SPEED TRAP & SAMAN EKOR



1. Terima kasihla kat kerajaan yang melanjutkan tempoh pembayaran saman tertunggak aritu. Aku tau sure ramai yg xsempat bayar saman tu kan. Org Malaysia ni kan suke buat kerja dihujung waktu. Bagi mereka2 yang berpandangan negatif sure mencemuh sebagai satu keputusan yang tidak konsisten yang bermasalah. Samala macam episod kenaikan harga minyak. Ingatkan hanya 1 filem. Rupenya ada lagi sekuel nya. Walauapepon xperlula korang merungut.sekurang2nya kerajaan da bagi peluang terakhir utk korg selesaikan saman tu kan. Isu saman ekor ni tak pernah habis. Baru2 ni membe aku lalu higway UTARA-SELATAN nk ke Melaka pun da kene saman. Bertambahla koleksi saman dia. Siap merungut kat kantin tempat keje pasal isu ni.

2. Walaupun begitu, saman ekor akan terus menjadi kontroversi kerana ramai yang tidak berpuas hati terhadap kaedah dan hukumannya. Kerajaan perlu mencari jalan meredakan dan mengurangkan kemarahan pemandu kenderaan di Malaysia raya ni terhadap saman ekor ini atau ia akan menjadi satu bebanan politik yang besar kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

3. Biasanya saman ekor ni membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju. Seolah-olah memandu melebihi had laju merupakan faktor utama kemalangan maut di negara ini. Mana taknya, Malaysia ni ramai sgt Maykel Shumaker. Padahalnya 70% kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal yang jarang sekali kita dengar disaman kerana memandu laju. Siap men 'cilok' lagi.

4. Aku tak kata tak salah kalau korang melanggar had laju yang ditetapkan. Peraturan tetap peraturan.Tapi ade je warga Malaysia ni ckp, "kalau taknak kitorang pandu laju,buatla kereta yg hanya 100 cc je" .Giler macam siput. Apa yang ramai orang harapkan ialah kerajaan mempunyai mekanisme saman yang lebih rasional dan mencerminkan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya bukannya mengutip pendapatan negara ngan saman2 ekor.

5. Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah kat Bernama baru-baru ini, antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandu dalam keadaan menggelabah sampai makan jalan pemandu lain, berhenti secara mengejut, folow rapat dan langgar lampu isyarat. Sementara penunggang motosikal pula menunggang dengan berlagak sebagai hero hindustan. Dengan kata lain, punca utama kemalangan di negara kita yang aman ni ialah sikap pengguna yang cuai, xda moral dan tak bertanggung jawab.

6. Tapi malangnya yang paling banyak berhadapan ngan saman ekor ialah mereka2 yang memandu melebihi had laju. Ini berlaku kerana ia mudah dikesan dan disaman. Ini menimbulkan persepsi rakyat bahawa saman ekor yang dibuat bukan untuk mengurangkan kemalangan tetapi menambah kantung dan tabung ayam kerajaan.

7. Justeru itu, aku harap kerajaan kaji semula pelaksanaan saman ekor ini jika niat sebenar ialah untuk mengurangkan kemalangan bukannya mencari keuntungan. Aku tengok saman pun naik harga tapi kemalangan still bertambah2 je setiap tahun.

8. Kaedah kompaun saman melebihi had laju juga harus berstruktur bukannya secara pukul rata RM 300 tanpa mengambi kira jumlah kelajuan sebenar. Contohnya diorang yang terlebih setakat 10-30 KM/J dari had laju dibenarkan xpatutla menerima hukuman kompaun setaraf dengan mereka yang memandu 200 KM/J. Risiko dan impak kemalngan pon berbeza, so,afsal kompaunnya sama je?

9. Penguatkuasa yg berkuasa pon patutla faham faktor pemandu ialah manusia bukannya robot atau mesin. Aku percaya majoriti pemandu termasuk sebahagian besar menteri, penggubal polisi dan penguatkuasa undang-undang pon pernah memandu melebihi had laju sama ada kerana mahu memotong atau pun tidak perasan had laju di kawasan tersebut. Aku berani jamin, org dikalangan diorg ni lagi banyak buat salah di jalanraya. Tapi oleh kerana diorang ni 'ORG BESAR' , 'KERETA BESAR' maka tidak disaman. Tapi ni bukan bermakna kita suka suki memandu secara cuai dan secara sewenang-wenangnya (reckless) sehingga boleh menyebabkan kemalangan atau hilang kawalan ke atas kenderaan.

12. Masalah saman had laju ini akan bertambah parah apabila Automated Enforcement System (A.E.S) diperkenalkan. AES baik jika ia bertujuan sebagai pencegahan dan pemantauan bagi membolehkan pemandu Malaysia ni memandu dengan berhemah dan mengelak kemalangan.

13. Namun kalau stakat untuk menyaman mereka yang memandu melebihi had laju tanpa mengira masa, suasana dan keadaan ia hanya akan menyebabkan lebih ramai orang disaman dan menimbulkan konflik berterusan antara orang ramai dan kerajaan. Betul tak?

14. Aku difahamkan pemasangan dan penyelenggaraan AES ini dilakukan oleh syarikat swasta. Sebahagian bayaran kompaun akan disalurkan kepada syarikat ini sebagai bayaran penyelenggaraan sistem.

15. Kerjasama camni bukan je merbahaya kepada politik BN malah aku rasa sangat tidak beretika. Adalah tidak wajar sama sekali kerajaan menswastakan perkhidmatan keselamatan kerajaan berasaskan kepada perkongsian keuntungan atas kesalahan yang dilakukan oleh orang ramai.

16. Kalau benda ni benar, ini bermakna survival syarikat terbabit bergantung kepada jumlah kesalahan jalan raya yang berjaya mereka kesan. Sebagai kumpulan kapitalis yang berasaskan kepada keuntungan, apakah takkan ade masalah dan penipuan nanti terutamanya apabila mereka cuba meningkatkan keuntungan mereka?

17. Jika kerajaan benar-benar memerlukan AES ini maka kosnya kenela ditanggung terus oleh kerajaan bukannya bergantung kepada jumlah saman dan sebagainya yang boleh dimanipulasi sampai menindas pengguna jalan raya a.k.a menindas rakyat

18. Jika cadangan kaedah AES berasaskan perkongsian keuntungan ini dilaksanakan, ianya pasti akan menjadi bebanan politik kepada Barisan Nasional kerana rakyat melihat sebahagian saman yang dibayar kepada mereka akan masuk ke kantung poket syarikat tertentu. Persepsi syarikat kroni pasti akan ditimbulkan dan menjadi isu politik pada masa akan datang. Cukuplah dengan masalah isu syarikat tol dalam bandar yang sampai sekarang menjadi beban politik kepada BN.

19. So aku harap kerajaan tak ambil mudah persepsi dan kemarahan rakyat terhadap saman ekor, kenaikan kos sara hidup, kenaikan kadar pinjaman asas dan kenaikan cukai perkhidmatan kerana ia membabitkan perut rakyat. kitorang perlu menegakkan hak kami. Jadi sebagai seorang 'bapa' mithali, die kenela mendengar luahan hati 'anak2nya'..jangan makan kenyang perut sendiri je.

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

KEBANGKITAN ATAU KEMUSNAHAN MESIR?

APABILA disebut tentang Mesir, salah satu tamadun paling lama di dunia, umum mungkin akan mengenang monumen-monumen popular seperti piramid Giza dan Sphinx, universiti Islam paling lama dan terkenal, Universiti Al-Azhar, bandar bersejarah Memphis dan banyak lagi.

Mesir juga selama ini mempunyai nama baik sebagai sebuah negara yang aman dan stabil daripada semua aspek, termasuk politik. Tetapi siapa sangka, negara contoh seperti Mesir itu sebenarnya menyembunyikan imej sebenar apabila isi huninya tidak berpuas hati dengan kepimpinan negara itu.

Ia kini mempunyai wajah yang berbeza. Imej Mesir sekarang bukan sahaja dicela dengan demonstrasi jalanan dan darurat, malah telah mengakibatkan pelbagai jenis perhubungan telekomunikasi tersekat serta pelbagai sumber mendedahkan bahawa ibu negara Mesir, Kaherah berada dalam keadaan membahayakan.

Kesemua hiruk-pikuk yang wujud ini bukanlah terhadap sesuatu organisasi, parti politik atau tanda protes terhadap sesuatu negara. Ia sebenanrnya merupakan serangan secara langsung oleh penduduk-penduduk Mesir yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan presiden mereka, Hosni Mubarak.

Memegang tonggak kepimpinan nombor satu negara itu sejak 30 tahun yang lalu adalah satu tempoh yang sangat lama. Hosni, 82, terlalu kukuh atau berdegil dengan mengekalkan kuasa yang dipegang sejak tahun 1981 berikutan pembunuhan presiden sebelum itu, Anwar Sadat.

Anwar Sadat yang mati dibunuh dalam satu acara perbarisan tentera memperingati Israel Arab, telah diganti oleh Hosni yang ketika itu berkhidmat dalam Tentera Udara Mesir dan Naib Presiden pada tahun 1975 di bawah Anwar.

Produk tentera udara


Hosni dilahirkan pada 4 Mei 1928 di Kafr-El-Meselha selepas tamat sekolah tinggi dan menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949.

Pada tahun berikutnya, Hosni menyertai Akademi Tentera Udara Mesir dan akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan dan di tugaskan dalam skuadron pengebom.

Selepas itu, Hosni diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow dan sebaik menyempurnakan latihannya itu, Hosni menjadi pegawai Tentera Udara Mesir dan diberi mandat berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila menjadi Komander Tentera Udara.

Beliau kemudian mengahwini wanita kacukan berdarah Barat, Suzanne dan mempunyai dua orang anak lelaki, Alaa dan Gamal Hosni Mubarak. Media melaporkan Alaa dan Gamal dipercayai sejak sekian lama dipersiapkan sebagai pengganti Hosni kelak.

Hosni mempunyai personaliti tersendiri apabila sering diibaratkan sebagai pemimpin Arab yang berkawan rapat dengan kuasa besar Barat, Washington selama berdekad-dekad tahun.

Ekoran keakraban itu, beliau juga pernah beberapa kali menjadi sasaran pembunuhan kumpulan tertentu yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.Namun, selepas 30 tahun memegang tampuk kuasa Mesir, 25 Januari lalu menjadi tarikh keramat rakyat Mesir bangun menentang Hosni.

Bermula dengan puluhan ribu, demonstrasi di seluruh negara dengan pusat utamanya terletak di Dataran Tahriri bertukar ngeri apabila limpahan penunjuk perasaan melonjakkan sehingga angka lebih 300,000.

Ia dikatakan bakal bertambah satu juta orang sebagaimana yang diumumkan sejak awal. Yang pasti, demonstrasi itu kini bertukar rusuhan berdarah apabila pertembungan berlaku antara penyokong Hosni dan anti-Hosni.

Pada hari kelapan dilaporkan seramai 300 nyawa terkorban manakala 3,000 lain tercedera.

“Perubahan kuasa akan dilakukan secara aman.” Demikian kenyataan Hosni merujuk kepada hari-hari awal demonstrasi yang sebenarnya tidak membawa apa-apa erti.

HOSNI tetap berdegil untuk meneruskan karier politiknya sehingga pilihan raya pada bulan September 2011, walaupun diminta meninggalkan jawatan itu segera oleh rakyat dan sekutunya sendiri, Amerika Syarikat.

Berita-berita melaporkan ketegangan yang berpusat di ibu kota Mesir, Kaherah telah berkembang ke beberapa tempat di luar Kaherah dan ia semakin membahayakan orang awam termasuk lebih 14,000 warga Malaysia yang berada di sana.

Walaupun sebelum ini Hosni yang pernah dirujuk sebagai firaun moden Mesir, berjaya menyelamatkan diri daripada enam percubaan bunuh, namun, kebangkitan rakyat mungkin akan menjatuhkannya.

Kebangkitan rakyat bukan sekadar melampaui sejarah silam terhadap ketidakpuasan yang ditunjukkan terhadap Hosni selama ini malah, menyebabkan dua sekutu kuatnya juga membuat langkah menjauhkan diri daripadanya.

Pada 31 Januari, tenteranya mengumumkan tidak akan mencederakan peserta demonstrasi aman dan pada 1 Februari, Presiden Amerika, Barrack Obama menghantar maklumat melalui dutanya meminta Hosni supaya tidak menunggu pilihan raya.

Bagaimanapun Hosni tetap nekad dengan keputusannya untuk menamatkan penggal pemerintahan sehingga September ini.

“Saya akan berkhidmat ke arah bulan-bulan terakhir ini untuk membolehkan peralihan kuasa secara aman (dapat diadakan).

“Ini tanah air saya... saya tinggal di sini, saya berjuang bagi negara ini dan saya mempertahankan negara ini, kedaulatan dan kepentingan negara ini.

“Di bumi ini, saya akan mati. Sejarah akan menilai saya dan kita semua,” ungkap Hosni.

Rapat dengan Israel



Hosni, presiden paling lama di Mesir sejak sistem beraja digulingkan pada tahun 1950-an.

Dia juga satu-satunya pemimpin Arab yang terus mengekalkan kedamaian dengan Israel dan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dilihat pernah bertindak menahan dan memenjara pengkritik, menghapuskan parti pembangkang serta mengatur pilihan raya.

Di sebalik ketidakhirauan orang awam, kemarahan terhadap pemimpin ini terus berkembang selari dengan keadaan ekonomi yang semakin lumpuh.

Penunjuk perasaan menggunakan kemudahan Internet secara optimum untuk menjalan dan merancang demonstrasi. Mereka juga mendapat motivasi daripada pergerakan yang dilakukan di Tunisia, yang dilakukan sebulan sebelum berjaya mengguling tampuk pemerintahan 23 tahun pemerintah autokratik, Zine El-Abidine Ben Ali.


KRONOLOGI KERAJAAN TUNISIA

PADA 7 November 1987 Presiden Tunisia yang pertama, Habib Bourguiba digulingkan oleh Perdana Menteri yang baru dilantik, Jeneral Zine el Abidine Ben Ali yang mengambil alih kuasa.

Pada bulan Januari 2011 - setelah 23 tahun berkuasa, Presiden Ben Ali digulingkan oleh rakyat yang membantah pengangguran begitu meningkat di kalangan rakyat, rasuah dan kenaikan harga pelbagai barang keperluan rakyat.

Walhal pada beberapa peringkat perjuangan menuntut kemerdekaan dari penjajahan Perancis, Bourguiba pernah diberi gelaran al-mujhid al-akhbar (pejuang utama).

Namun, beliau juga dianggap terpengaruh dengan tradisi sekular setelah menuntut di sekolah bahasa Perancis dan melanjutkan pelajaran undang-undang dan sains politik di Paris, serta berkahwin wanita Perancis.

Mendapat perhatian ialah pendiriannya tidak menggalakkan amalan puasa bulan Ramadan sedangkan hampir seluruh rakyat Tunisia beragama Islam (Sunni). Beliau lebih condong kepada liberalisme Barat daripada nasionalisme Arab.

Lalu ada yang memanggilnya Ataturk Afrika Utama, iaitu mengambil nama Kamal Ataturk yang memandu Turki kejurusan sekularisme dan mengenepikan agama.

Kesihatannya terganggu dan ia menjadi lemah setelah umurnya meningkat. Ketika digulingkan Tunisia menghadapi keadaan perang saudara. Rusuhan-rusuhan berlaku di jalan-jalan raya setelah harga bahan-bahan makanan meningkat hingga 80 peratus dan kian ramai rakyat menganggur hingga 25 peratus. Di samping itu hubungan dengan lain-lain negara Afrika merosot.

Diwaktu itu juga beliau diperiksa oleh sebilangan pakar-pakar kesihatan yang kemudian memutuskan bahawa beliau tidak begitu bermaya lagi menyandang jawatan presiden.

Tunisia mencapai kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1956 dan Perancis pada tahun 1956 dan diistiharkan menjadi republik setelah Borguiba menggulingkan Bey of Tunisia dan ia menjadi presiden. Pada tahun 1975 beliau dilantik menjadi presiden seumur hidup!

Poligami

Dalam sejarah silam Tunisia pernah ditakluk oleh Carthage, Rome, Arab, Turki (Kerajaan Uthmaniah).

Menurut laporan Wikipedia pula Tunisia satu-satunya negeri Arab setelah merdeka yang melarang poligami. Ia antara undang-undang yang diajukan oleh Borguiba.

Dalam pada itu perkembangan Tunisia menetapkan Islam sebagai agama rasmi dan seseorang presiden mesti beragama Islam.

Di samping itu Tunisia menghadkan pakaian tudung di pejabat-pejabat kerajaan dan tidak menggalakanya di jalan raya atau khalayak umum.

Tunisia terdiri dari 99 peratus warga Islam dan cuma 0.25 peratus Kristian dan kurang dari itu beragama Yahudi.

Menurut laporan-laporan terbaru, pihak polis Tunisia telah menangkap ketua pasukan pengawal peribadi bekas Presiden Ben Ali dan sebilangan rakan-rakannya.

Menjadi sasaran ialah syarikat-syarikat yang dimiliki oleh keluarga Ben Ali, terutama milik isterinya, Laila Trabelsi, termasuk bank dan syarikat-syarikat jualan kereta.

Ben Ali, 74 tahun dan keluarga telah mendapat perlindungan di Arab Saudi. Menurut laporan awal, kerajaan Perancis tidak menerima pendaratan kapal terbang yang membawanya ke negara Perancis.

Sementara itu Perdana Menteri Tunisia, Mohamed Ghannauchi telah membentuk kerajaan bersama pihak pembangkang untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan pilihan raya mahu diadakan dalam masa 60 hari.

Sementara penyelesaian muktamad dan pilihan raya itu speaker Parlimen, Fouad Mobizza dilantik sebagai presiden sementara.

Menjadi masalah ialah tentangan terhadap parti-parti pro Ben Ali menyertai kerajaan campuran. Juga timbul pertanyaan ialah kenapa parti-parti Islam tidak diundang.

Menjadi pertanyaan utama ialah kenapa presiden pertama dan presiden kedua Tunisia digulingkan. Ben Ali berkuasa selama 23 tahun manakala Borguiba (1903-2000) menjadi presiden dari 1957-1987.

Betapa nasib negara dan rakyat dan apa pelajaran diperolehi dari segala yang telah berlaku serta pelajaran bagi negara-negara lain dengan masalah-masalah seumpama.
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

FACEBOOK PUNCA CERAI

LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.
Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook. Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu. Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian.

Kini, peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.

Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook. Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka.

“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya.

Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir. - ikhsan The Sun & harian metro.



So,untuk entri ini aku akan share keburukan dan kebaikan laman sosial kepada pengguna internet , bukan aku nk menidakkan kebaikan menggunakan sgala laman sosial ni, aku sengaja nak ceritakan keburukan supaya boleh kita jadikan pengajaran semua..


Keburukan laman sosial



1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Ramai dah pengguna laman2 sosial ni yg leka hingga tlupa tanggungjawab masing2. si isteri yg lupa masak,basuh kain, lupa belai suami., si suami balik2 lupa si isteri dan anak2,student2 termasuk pelajar sekolah rendah pun lupa tanggungjawab sebagai pelajar, pekerja2 yg leka sampai lupa siapkan tugasan yang diberi..ni lah laman SO-SIAL!
2. Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..sampaikan masalah jadi masalah berangkai..contohnya , si isteri sepatutnya memasak,teman suami,jaga anak2.tetapi kerana terlalu obses dan tidak boleh berenggang ngan laman2 sosial ni, maka terjadilah pergaduhan, masalah rumahtangga..akibat paling teruk..bercerai...ni lah laman SO-SIAL!

3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.ni lah laman SO-SIAL!

4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.ni lah laman SO-SIAL!

5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. tidak kira pengguna lelaki atau wanita. malah ada yg dirogol oleh rakan yang hanya dikenali dalam laman sosial ni. ni lah laman SO-SIAL!

Benda- benda yang tak patut diletakkan di page/laman sosial

1. Gambar-gambar yang agak peribadi. Antara contohnya ialah gambar yang agak seksi dan boleh menganggu perasaan orang lain. Gambar-gambar ini boleh dimanipulasikan oleh pihak yang bertanggungjawab dan digunakan untuk kegiatan yang tidak elok.


2. Berkongsi pendapat yang terlalu peribadi. Sebagai contoh, mengkritik boss, rakan sepejabat, rakan sekuliah dan sebagainya. Di negara luar terdapat kes dimana pekerja dipecat akibat mengutuk boss sendiri di laman facebook. Di negara kita juga berlaku kes polis dan saman akibat meluahkan sesuatu di laman sosial. Laman sosial tersebut bukanlah milik kita. Walaupun menggunakan kata nama dan kata laluan sendiri namun pihak berkaitan berhak untuk menyelongkar maklumat peribadi sekiranya berlaku kejadian buruk. Berfikirlah dahulu sebelum menulis sesuatu dalam laman sosial kerana jika tersalah kata anda akan menanggung aib yang teruk. Banyak contoh yang berlaku dalam negara kita akibat menulis tanpa berfikir kesannya.

3. Berkongsi maklumat peribadi secara terbuka. Sebagai contoh, alamat rumah, no telefon, no kad pengenalan. Ini perlu dielakkan kerana ramai yang boleh menggunakan ia untuk melakukan jenayah.

4. Berkongsi lokasi secara terbuka. Kadangkala ia boleh mengundang jenayah dengan memberitahu lokasi di mana anda berada. Samada penjenayah melakukan jenayah di lokasi anda ataupun di tempat yang anda tiada (rumah, pejabat,).

5. Berkongsi maklumat pendapatan /kekayaan. Kadangkala ada yang memberitahu pendapatan yang dimiliki secara terbuka. Selain mengundang jenayah mungkin anda akan dikejar oleh pihak-pihak berkaitan (LHDN, SPRM).

6. Berkongsi berita yang tidak sahih. Banyak berlaku sehingga menjadi fitnah. Ianya boleh memporak perandakan organisasi atau negara. Jadi elakkan berkongsi berita yang belum tentu benar selagi tiada pengesahan dari sumber tepat.
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget