3 Organisasi Terbesar Yang Berkeinginan Menguasai Dunia



Munculnya suatu penguasa dunia yang baru mungkin boleh menjadi ancaman bagi dunia. Suatu bentuk dunia baru dalam satu penguasa menjadi ancaman tersendiri sekaligus perwujudan dari Bible yang telah mengatakan bahawa akan munculnya satu penguasa tunggal dunia yang akan menjadi tanda-tanda akhir zaman. Dalam artikel saya kali ini, saya akan menjelaskan tentang 3 kumpulan atau organisasi yang mempunyai peluang untuk menjadikan dunia dalam genggaman mereka.



1. Rothschild

Organisasi yang bernama Rothschild ini adalah organisasi rahsia yang dimiliki Jerman dan dituntut mempunyai agen-agen yang berperanan dalam sektor-sektor vital dunia. Saya pertama kali mengenal istilah ini ketika sedang mencari tentang Holocaust dan Hitler. Ada teori konspirasi yang mengatakan bahawa Hitler tidak mati membunuh diri dalam bunker seperti yang selama ini diberitahu dalam sejarah, tetapi ia berjaya melarikan diri ke Argentina dengan sebuah kapal perang, dan bahkan disembunyikan dengan selamat oleh para pengikut Rothschild di Argentina. Beberapa bukti menunjukkan foto-foto (walaupun sebahagian wajahnya tertutup kain) yang diduga adalah foto Hitler ketika meninggal dunia pada usia 90-an di Argentina.



Nah! Kita kembali pada penjelasan mengenai Rothschild. Organisasi ini mendakwa bahawa mereka sudah menguasai sektor-sektor vital untuk jangka waktu yang cukup lama.
Ketika saya melakukan siasatan dengan Google juga, saya menemukan banyak sumber-sumber yang mengkaitkan Rothschild dengan Yahudi, tapi saya sepenuhnya tidak percaya bahawa organisasi Rothschild ini adalah milik Yahudi, meskipun para pengikut Rothschild mengaku bahawa mereka adalah suku Yahudi asli, tapi sejarah yang mereka bantah terlalu kukuh .


Kenyataannya mereka adalah orang Khazar. Mereka datang dari sebuah negara yang disebut Khazaria, yang terletak di antara Laut Hitam dan Laut Kaspia yang sekarang dimiliki oleh Georgia. Alasan mengapa keturunan Khazar mendakwa mereka sebagai orang Yahudi adalah kerana pada tahun 740 Masihi, atas perintah dari raja mereka (King Moon), rakyat Khazaria harus memeluk kepercayaan Yahudi, tetapi tentu saja itu tidak mengubah gen mereka dari Mongolia Asia (Turki) menjadi orang Yahudi .

Beberapa fakta yang menarik mengenai Rothschild adalah:

Saat ini hanya 6 negara di dunia yang bank sentralnya tidak terpengaruh rangkaian Rothschild. Mereka adalah Iran, Iraq, Korea Utara, Sudan, Cuba, dan Libya.

Bank Pusat Eropah ditubuhkan di Frankfurt yang merupakan kota kelahiran Rothschild.
 
 
2. Opus Dei


Mereka merupakan kekuatan terhebat Vatican yang sentiasa melindungi Vatican dari kekuatan musuh manapun. Saya menganggap kumpulan ini sebagai saingan berat dari kumpulan Pertubuhan Freemason. Opus Dei secara harfiah dapat diartikan sebagai 'Pekerjaan Tuhan'.


Menjelang tahun 1946, Opus Dei memperluaskan jaringannya ke Itali, Portugal dan Inggeris. Pada tahun 1982, kumpulan ini telah mengukuhkan kekuatannya yang begitu berjaya sehingga Paus Yohanes Paulus II mengangkat kumpulan ini sebagai agen peribadi dari Vatican. Di kalangan awam pun tersebar khabar angin tentang pengaruh Opus Dei yang tidak semestinya, yang digunakan atas nama papal. Ketika Escriva (pengasas Opus Dei pada tahun 1028) diangkat menjadi santo pada tahun 2002, secara tidak langsung tindakan Paus telah mengesahkan khabar angin tersebut.


Ketika Dan Brown memberikan prasangkanya mengenai 'pengikut Katolik yang sangat taat' ini, mata dunia hanya menganggapnya sebagai bumbu dalam novel fiksyen dari Dan Brown. 'Fakta' yang menjadi pengantar novel Dan Brown menjadi sangat menarik perhatian akan laporan-laporan tentang 'cuci-otak, kekerasan dan amalan berbahaya yang disebut mereka sebagai' penafian badani ', sekaligus memperhatikan kegiatan terakhir merka yang membina Markas Besar mereka di Lexington Avenue, New York. Markas itu berada nun jauh dari tempat kelompok masyarakat sederhana ini dibentuk oleh Escriva di Madrid pada tahun 1028, saat ia menjadi imam Katolik yang sederhana. Jika anda sudah pernah menyaksikan versi filem dari Da Vinci Code, anda mungkin masih ingat seorang albino yang kelihatan galak dan terlihat seperti haus darah. Nah! Mereka inilah yang merupakan pengikut dari pertubuhan Opus Dei. Opus Dei saat ini mendakwa telah mempunyai lebih dari 85.000 anggota.

Amalan-amalan Opus Dei yang tertutup sering menimbulkan bayak spekulasi dari awam. Salah satu amalan ritual mereka yang membuat orang tercengang adalah seperti 'Minit Kepahlawanan' pada saat bangun tidur. Para ahli diminta untuk melompat dari katil, berlutut mencium lantai dan mengucapkan "serviam" yang diartikan sebagai "saya akan melayani". Selanjutnya adalah cara penafian badani mereka seperti tidur di lantai, mandi air sejuk dan tidak menyantap hidangan penutup saat makan malam.

Cara penafian badani yang melampau yang lain adalah dengan menggunakan alat-alat penyeksaan diri seperti menggunakan cambuk yang dipukulkan ke bahagian punggung atau pantat mereka sekali seminggu. Alat popular yang lain yang mereka gunakan adalah apa yang dinamakan Cilice.


Cilice adalah sebuah rantai berpaku yang yang dikenakan disekeliling paha bahagian atas selama dua jam setiap hari sehingga meninggalkan lubang-lubang kecil dalam daging.Bagi yang sudah menyaksikan filem Da Vinci Code, saya rasa sudah mulai teringat akan gambaran yang dilukiskan dalam filem itu.

Salah satu amalan penyelamatan 'wajah Vatican' yang dilakukan Opus Dei antara lain ketika pada November 1975. Saat itu Amerika Syarikat sudah melegalkan aborsi sejak 3 tahun sebelumnya. Kota Vatican mulai menyiapkan sejumlah rencana dengan menghantar beberapa wakil Opus Dei yang berpengaruh ke Rumah Putih (perlu dicatat bahawa Opus Dei mempunyai ahli-ahli yang duduk dalam sektor vital di berbagai negara di dunia, seperti Ruth Kelly yang duduk dalam menteri dalam pemerintahan Inggeris) untuk melakukan lobi guna membalikkan trend aborsi ini dan menyuarakan Pro Kehidupan. Hasilnya, enam hari kemudian dokumen-dokumen penting NSM 200 (National Security Memorandum atau Memorandum Keselamatan Nasional) yang telah diterima Presiden Ford yang mengandungi hasil-hasil kajian yang memakan anggaran yang besar terhadap konsekuensi-konsekuensi dari kelebihan penduduk akhirnya dikebumikan.


Lihat betapa mudahnya Vatican mengendalikan dunia dari balik tembok-temboknya dengan bantuan Opus Dei.


3. Freemason



Freemasonry adalah organisasi Yahudi Antarabangsa, sekaligus merupakan gerakan rahasia paling besar dan palling berpengaruh di seluruh dunia. Freemasonry terdiri dari dua kata yang di satukan. Free ertinya bebas atau merdeka, sedangkan Mason adalah juru bangun atau pembangun.


Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple.

Tentang Bait Salomo ini sendiri banyak sumber yang mendefinisikan berlainan. Salah satu tafsir yang paling popular adalah, bahawa Bait Salomo berada di tanah yang kini di atasnya berdiri Masjid Il Aqsa.

Mereka meyakini, tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Sulaiman membangun Bait Suci di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babylon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Tahun 533 SM, bangunan ini didirikan kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilonia. Atas kebebasannya itulah, ia membangun kembali Bait Suci Salomo.
Nah! Banyak sumber Freemason menjelaskan bahawa sejarah penubuhan gerakan ini berakar jauh dan boleh dikesan hingga ke masa Ordo Knight of Templar saat perang Salib di Jerusalem, Palestin. Saat Paus Urban II pada tahun 1095, usai Konsili Clermont menyeru Perang Suci atau Crusade dan memobilisasi kaum Kristian di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Yerusalem kembali dari kekuasaan Turki.


Nah! Setelah mereka menguasai tanah Palestin, pasukan Salib yang terdiri dari banyak unsur mula mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam ordo-ordo tertentu. Para ahli aliran ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara tentera di dalam biara tersebut. Dan satu dari sekian ordo yang sangat mencuat namanya adalah Ordo Knight of Templar.
Knight of Templar juga disebut sebagai tentera miskin Pengikut Yesus Kristus dan Bait Salomo. Disebut miskin kerana tergambar dari logo yang mereka gunakan, seperti dua tentera yang menunggang seekor keldai. Untuk menunjukkan bahawa mereka miskin, sampai-sampai satu keldai harus dinaiki dua orang tentera Knight of Templar. Bahkan tercatat, mereka dipaksa untuk makan tiga kali saja dalam semingu. Sedangkan nama Bait Salomo mereka pakai kerana mereka menjadikan markas mereka yang dipercayai sebagai halaman runtuhnya Bait Salomo atau Solomon Temple. Tapi sesungguhnya, pemilihan markas di bukit ini bukan sebuah kebetulan yang bersifat geografi semata-mata, kerana para pengasas aliran Knight of Templar sesunguhnya punya Cirta-cita sendiri untuk mengembalikan kejayaan dan berdirinya Bait Salomo sebagai tempat suci kaum Yahudi atau tempatnya kaum Mason. Sepanjang bisa terlacak, pengasas aliran ini adalah dua ksatria Perancis, iaitu Hugh de Pavens dan God Frey de St Omer. Spekulasi dari kalangan sejarawan mengatakan, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh dan cita-cita para pendiri Ordo Knigh of Templar. Para perwira tinggi Kristian tersebut, sesungguhnya proses convertion yang mereka lakukan hanyalah cara untuk menyelamatkan diri, dan sesungguhnya mereka masih berpegang teguh pada doktrin-doktrin Yahudi, terutama Kabbalah.


Meski mereka menamakan diri sebagai tentera miskin, sesunguhnya mereka tidak miskin-miskin amat. Atau sekurang-kurangnya, masa yang miskin itu hanya mereka rasakan di awal-awal berdirinya Knight of Templars. Dalam masa yang singkat mereka mampu menjadi sangat kaya raya dengan jalan melakukan kawalan penuh terhadap peziarah Eropah yang datang ke Palestiana. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda putra para bangsawan Eropah yang tentu saja akan melengkapkan anak mereka dengan perbekalan dana yang seolah tak pernah kering jumlahnya. Mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan pertama pada abad pertengahan.

Saat itu banyak orang-orang Eropah yang ingin pindah atau sekurang-kurangnya berziarah ke Palestin. Dan tentu saja perjalanan yang jauh dari Eropah memerlukan bekalan yang tidak sedikit. Ada yang membawa seluruh harta mereka dalam perjalanan, tapi kerana tentera Salib disepanjang perjalanan hidup dalam keadaan yang sangat mengenaskan dan mereka sangat tergiur oleh harta kekayaan, tidak jarang terjadi rompakan bahkan saling bunuh antar orang Kristian disepanjang perjalanan menuju Palestin. Lalu ditemukan cara, para peziarah tidak perlu membawa harta mereka dalam perjalanan. Mereka hanya perlu menitipkannya pada sebuah wakil Templar di Eropah, mencatat dan menghitung nilainya dan mereka berangkat ke Palestin berbekal nota nilai harta yang nantinya akan ditukarkan dengan nilai wang yang sama di Palestin. Gerakan ini banyak didominasi oleh Ordo Knight of Templar yang membuat mereka sangat kaya raya kerana mendapat keuntungan daripada sistem bunga yang mereka kembangkan. Dan inilah embrio atau cikal bakal perbankan yang kita kenal sekarang.


Markas Knight of Templar di Perancis menjadi rumah penghimpunan harta terbesar di Eropah. Lambat laun mereka menjadi bankir bagi para Paus dan Raja. Bagaimana tidak cepat kaya, setiap tahunyya King Henry II of England mendonasikan wang untuk menanggung kos hidup 15.000 tentera Knight of Templar dan juga Knight Hospitaler selama mereka berperang dalam Perang Salib pada tahun 1170. Untuk menggambarkan betapa besarnya institusi perbankan yang dijalankan Templar, pada saat itu organisasi ini mempunyai 7,000 pegawai lebih hanya untuk menguruskan masalah kewangan. Mereka juga mempunyai tak kurang dari 870 istana, istana, dan rumah-rumah para bangsawan yang terbentang dari London hingga Baitulmuqaddis.

Nah! Kerana aliran ini sangat berkuasa, lambat laun mereka mulai menampakkan ciri asalnya, yakni sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan mendatangkan roh-roh untuk berkomunikasi. Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Firaun.

Mengetahui hal ini, Raja Perancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan seruan untuk menangkap dan membubarkan ordo Knight of Templar kerana dituduh telah melakukan bidaah. Dalam perkembangannya, Paus Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini dengan mengeluarkan kembali vonis penyiasatan. Terjadi banyak penangkapan dan soal siasat, dan beberapa pimpinan Order Knight of Templar yang bergelar Grand Master (penyebutan ini masih digunakan sebagai peringkat tertinggi dalam gerakan Freemasonry sampai sekarang) menjadi korban.
Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan penangkapan Jacques de Molay. Dan setelah melalui penyeksaan demi penyeksaan, de Molay mengakui segala ritual bidah yang dilakukan oleh Ordo Templar. Pada tahun 1312, Order Knight of Templar dilarang dan dibubarkan. Dan atas perintah Gereja dan Raja, dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Order Templar. Jacques de Molay sendiri divonis sebagai Heretic (bid'ah) atau kafir dan dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan napasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahawa Raja Philip dan Paus Clement harus mengikutinya, mati, dalam masa satu tahun. Dan sejarah mencatat, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, disusuli Paus Clement sebulan selepas Raja Philip.


Setelah itu berlaku kemusnahan besar-besaran, sekali lagi ke atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan kes Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tak hanya terjadi di Palestin, tetapi juga berlaku di Eropah. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Sampai akhirnya mereka berjaya melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgahsana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Scotland menjadi salah satu yang menentukan dalam perkembangan gerakan Freemason.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget