Showing posts with label insaf. Show all posts
Showing posts with label insaf. Show all posts

Cacing 3kg Dalam Perut Kanak-Kanak



Cacing 3kg Dalam Perut Kanak-Kanak

Cerita nie berlaku tahun lepas (27/4/10),kejadian nie boleh dikatakan heboh satu indonesia.seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 10 tahun mengadu kepada ayahnya bahawa beliau tidak boleh membuang air besar selama 4 hari.Pada ketika itu perut kanak-kanak ini susah kelihatan besar dan kembung,dengan segara ibubapanya menghantar kanak-kanak itu ke hospital.Doctor mensyaki dalam perut kanak itu mempunyai cacing gelang,setelah di timbang hampir 3 kg cacing didalam perut kanak tersebut

Macam mana nak bukti ke ? kalau nak

Jom Baca Lagi

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

Al-Quran & Formula Matematik.

Juzuk Al-Quran Guna Formula Matematik... (",)

As-Salam...

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg aku nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala... Sharing is caring, he3...


KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

Peristiwa Berdarah di Kampung Memali, Baling.

Siapa yang tidak pernah baca atau mengetahui perihal kejadian@rentetan Memali bolehlah terus membaca artikel ini. . Apa-apa pun korang layan dulu kejadian ini yer.





Di bawah ini diperturunkan perjalanan peristiwa berdarah untuk kajian dan renungan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan,khususnya umat Islam Melayu di bumi Malaysia yang dicintai ini.
Lebih kurang jam 1935 (18.11.85) bertempat di Kem Polis Hutan,Sungai Petani,Kedah. Seramai 3,600 anggota polis terdiri daripada PAsukan Simpanan Khas (FRU),Penang;Pasukan Polis Hutan (PPH),Polis Biasa dan Komando 69 telah bersedia untuk menerima arahan daripada seorang pegawai atasan dari Bukit Aman,KL dengan dibantu oleh beberapa orang pegawai rendah dari Bukit Aman,Kedah/Perlis dan Pulau Pinang.

Jam 1945 pegawai atasan dari Bukit Aman memberikan taklimatnya bahawa mereka dikhendaki membuat serangan mengejut pada sebuah perkhemahan Komunis yang berada di aerah Baling bersempadan dengan Thailand.Jam 2045, dibilik Pemerintah PPH SP,berlaku perbalahan diantara beliau dengan pegawai atasan Bukit Aman yang ditugaskan mengikut gerakan itu.Perbalahan ni berkaitan dengan pembohongan yang ditaklimatkan kepada anggota gerakan dan Pemerintah PPH berkenaan tidak bersetuju gerakan itu dilancarkan serangan ala perang kerana beliau mengenali Ustaz Ibrahim Libya sebagai Ulamak dan ramai anggota2 di bawahnya berguru dan mengunjungi Ustaz Ibrahim.Keadaan menjadi kelam-kabut dan masalah ini tidak dapat diatasi.


Pegawai atasan dari Bukit Aman menghubungi Timbalan Ketua Polis Negara tetapi gagal,lalu menghubungi Dato' Musa Hitam selaku Menteri Dalam Negeri pada masa itu.Pemerintah PPH, SP diminta bercakap dengan Dato' Musa. Pemerintah PPH SP kelihatan tunduk dan pegawaiatasan dari Bukit Aman pula tersenyum sinis.Fahamlah semuanya bahawa Dato' Musa merestui serangan itu walaupun Pemerintah PPH SPmenjelaskan bahawa orang yang hendak diserang itu seorang Ulamak,Guru Agama dan Pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan orang yang telah dikenali umum di dalam bidang keilmuan Islamnya.

Jam 2045 malam itu juga satu jamuan diadakan di kawasan lapang kem PPH SP dan cuma arak sahaja yang dihidangkan pada seluruh anggota gerakan malam itu. Ada juga beberapa orang anggota PPH yang tidak mengambil minuman itu.

DINYATAKAN: Bahawa kebanyakkan mereka yang menganggotai gerakan ini ialah yang bukan Islam.Gerakan rahsia ni dinamakan sendiri oleh Dato'Musa sebagai gerakan 'HAPUS'.

Jam 2128 satu panggilan telah diterima oleh Pegawai Pemerintah Gerakan Hapus melalui "wireless" ari Ibu Pejabat Polis Daerah Baling yang menyatakan bahawwa 10 orang komando PPH yang telah berjaya memasuki Memali pada hari tu dan pulang memberikan laporan lengkap mengenai kedudukan Madrasah,pondok dan taman asuhan (TASKI) seryta rumah Ustaz Ibrahim iaitu kawasan yang hendak diserang itu.

Jam 2247 malam yang sama.Anggota gerakan mulai keluar berperingkat-peringkat dibawah seliaan 8 org pegawai pemerintah unit memasuki Daerah Baling dgn 2 buah kereta perisai.Pemerintah PPH SP kelihatan sugul ketika itu.Sementara itu di Kampung Memali, lebih kurang pada jam 2100 Ustaz Ibrahim sedang memberi kuliahnya kepada anak2 muridnya seramai dalam lengkongan 50 org sehinggalah pada jam 2345 malam.Ada yang tidur di rumah Ustaz Ibrahim dan separuhnya pulang kerumah masing2.
Layan kejadian Memali di Youtube
Pada jam 0001 (19.11.85) pegawai atasan dari Bukit Aman menerima maklumat yang jelas dan memberi taklimat terakhir sebelum melancarkan operasi HAPUS kepada 8 orang pemerintah unit.Sementara itu, Pemerintah PPH SP masih menyatakan bantahanya terhadapserangan yang dirancangkan itu. Beliau memberi pandangan supaya kepungan dibuat sehingga Ustaz Ibrahim menyerah diri.Cadangan ni disokong oleh beberapa orang pegawaii rendah dari Alor Setar,walaupun menurut mereka ianya mungkin memakan masa sehingga 3 bulan.Pegawai atasan dari B.Aman dengan sokongan beberapa org pegawai lain dibawahnya termasuk anggota Ketua Polis Daerah Baling berpendapat sekiranya taktik mengepung diambil dan diketuai oleh anggota2 tentera yang berkawal di sekitar sempadan Malaysia-Thailand serta beberapa tempat di Baling dan Sik,tindakan akan diambil ke atas mereka.Dipercayai bahawa ramai anggota tentera menjadi anak murid Ustaz Ibrahim.

Suasana sekali lagi tegang dan pemerintah gerakan HAPUS terus menelefon ke KL meminta pandangan Dato' Musa .Dato' Musa tidak dapat dihubungi krn berada di sebuah hotel.Sementara itu,Timbalan Menteri Dalam Negeri, Radzi Syeikh Ahmad tlh pun dilaporkan berada di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang untuk mengikuti perkembangan yang berlaku.Apabila mengetahui gerakan HAPUS mengalami kebuntuan ,Dato' Musa tlh mengeluarkan arahan supaya "Menghapuskan petualang2 di Memali biarpun melibatkan seluruh Kedah".

SUASANA di Kmpg. Memali:Seorg penuggang motorsikal memberhentikan motorsikalnya dihadapan pintu gerbang rumah Ustaz Ibrahim.Penuggang motorsikal tersebut meminta izin masuk ke rumah Ustaz Ibrahim.Penunggang motorsikal tersebut meminta izin masuk ke rumah Ustaz Ibrahim dan dia seperti di dalam kecemasan menyatakan bahawa pihak polis yang beribu2 jumlahnya sudah berada di Pekan Baling.Ustaz Ibrahim berserta dgn 39 org anak2 muridnya turun ke perigi berwuduk dan kemudiannya bersembahyang sunat (Hajat) dan membaca Yassin.Ustaz Ibrahim menasihatkan ksemua anak2 muridnya beredar krn beliau sanggup menghadapi kemungkinan secara berseorangan.Sebaliknya,tidak seorg pun beredar dan mereka mahu menghadapikeadaan genting itu bersama2.Laungan takbir "Allahuakbar"kedengaran memecah keheningan malam dari Kampung Memali.

Di Ibu pejabat Polis Daerah Baling, anggota2 polis yang kebanyakkan mabuk telah hilang pertimbangan dan tidak sabar2 lagi utnuk menyerang Kampung Memali.Kampung yang pasti akan kekal namaya didalam tinta sejarah perjuanganUmat Islam hingga ke akhir zaman.Jam 0100 (18.11.85) semua anggota gerak HAPUS yang lengkap bersenjata parang tekah mengepung Kampung Memali. Di dalam masa yang sama laporan menyatakan bahawa Dato' Musa berkemungkinan belum pulang dari hotel yang diinapnya dan beliau hanya menerima laporan dari timbalannya.Secara amnya kebanyakkkan anggota polis tidak mengetahui secara benar dan tepat tujuan operasi pada awal pagi itu dan tidak mengetahui secara tepat siapakahyang hendak diserang.Tanda2 keraguan dan kesangsian terhadap operasi itu jelas kelihatan di wajah mereka.

Jam 0300 Kmpg. Memali sudah begitu kemas dikepung oleh pasukan polis.Polis biasa dikerah mengawal jalan keluar masuk ke kmpg. itu shj. FRU diarah berkawal di kaw. utara,PPh di arah selatan dan Komando 69 menanti dari arah belakang rumah utk menggempur Ustaz Ibrahim dan anak2 muridnya.Jam 0336 pegawai atasan Bukit Aman menggunakan pembesar suara dari atas trak polis di hadapan rumah Ustaz Ibrahim dan melaungkan supaya Ustaz Ibrahim menyerah diri. Pegawai polis itu memberi amaran sekiranya Ustaz Ibrahim enggan menyerah diri,tindakan menyerang akan diambil ke atasnya. Walau bagaimanapun Ustaz Ibrahim tidak menurut arahan berkenaan.Takbir "ALLAHUAKBAR" sekali lagi memecah kesunyian dingin Kampung Memali.
Ustaz Ibrahim Libya
Jam 0400 sekumpulan lelaki,wanita dan kanak2 dianggarkan seramai 30 orang telah muncul dari sudut arah utara sehingga mengejutkan anggota FRU dan Komando 69.Mereka sebenarnya bertujuan utk masuk ke dlm kawasan rumah Ustaz Ibrahim.Komando 69 PPH melepaskan tembakan beberapa kalitetapi tidak kena sasaran dan kumpulan itu berundur ke arah hutan.Tetapi sebentar kemudian apa yang diketahui seorang pegawai atas,seorang pegawai rendah dan seorang konstabel dari pasukan FRU telah terkena sasaran peluru sesat Komando 69 PPH.Suasana kelam-kabut sedikit bagi pihak polis.Pemerintah gerakan menghubungi setiap ketua unit diarahkan berkumpul utk berbincang bagi mengatasi setiap masalah itu.Penyusunan gerakan itu dilakukan semula.Beberapa org pegawai polis dari Alor Setar menyatakan bahawa gerakan itu tidak wajar diteruskan krn akibatnya akan besar dan Allah tlh membalas kejahatan mereka dgn matinya 3 org anggota polis dgn senjata mereka sendiri.Pemerintah gerakan HAPUS tidak mengendahkan pandangan dan nasihat itu.

Jam 0521 kedengaran azan bergema dari dlm rumah .Ketika itu kelihatan anggota polis yang beragama Islam di dalam keresahan dan mereka mula memahami bahawa sasaran mereka bukanlah sebuah perkhemahan komunis seperti yang ditaklimatkan kepada mereka,tetapi sebaliknya sebuah rumah oranh Islam yang sangat taakan arahan Tuhannya.Beberapa orang anggota PPh SP mengesahkan telahan mereka.Perbincangan ketua2 unit gerakan terus berjalan dan keadaan kepungan itu mulai kelam-kabut akibat daripada beberapa org anggota polis muda yang berkeadaan mabuk.Dari rumah Ustaz Ibrahim kedengaran beliau sedang membaca Quran dan sudah pasti beliau bersama pengikutnya sedang bersembahyang Subuh.Ketika itu juga pemerintah gerakan mengisytiharkan supaya serangan dibuat tetapi disanggah oleh ketua2 unit yang meminta tindakan seperti itu dibuat setelah selesai sembahyang Subuh.Apabila sembahyang Subuh selesai pada jam 0559 anggota2 polis memperkemaskan lagi kepungan mereka.Ketika itu dipercayai kumpulan yang berundur ke hutan tadi muncul semula dari rusuk kanan arah selatan dan bertembung dengan anggota PPH.Mereka bertakbir melaungkan "ALLAHUAKBAR" bertalu2 dan tercetuslah peperangan secara berhadapan diantara mereka.PPH yang berhadapan dengan kump. itu yg kebanyakkannya beragama Islam mulai berundur dan bertahan.Melihat keadaan ini pemerintah gerakan menjadi serba salah krn rancangan awalnya ialah menghapuskan Ustaz Ibrahim dan orang2 di dalam rumahnya sebelum hari siang.

Jam 1105 (19.11.85) Komando PPH tlh diarah menyerbu ke dlm rumah Ustaz Ibrahim.Jam 1136 Komando PPH 69 tlh berjaya memasuki rumah Ustaz Ibrahim lalu ditentang oleh orang2 Ustaz Ibrahim dengan senjata tajam.Beberapa org tlh menyerbu utk menyerang anggota polis di luiar rumah.Laungan takbir kedengaran bertalu2 dan ada diantara mereka tidak bersenjata ditembak bertubi2 oleh polis sehingga rtebah beberapa org daripada mereka.Ustaz Ibrahim tlh diserang oleh seorg Komando PPH dan beliau sempat membunuh komando itu,tetapi Ustaz Ibrahim kemudiannya tewas akibat muntahan peluru drpd seorg lagi anggota komando yg berada di tempat itu.Ustaz Ibrahim rebah dan kepalanya diletakkan di atas ribaan isterinya.Beliau bertanya kpd isterinya,"Saya rebah ini kena apa?"Jawab isterinya,"tuan tlh terkena tembakan senjata api drpd polis yang diarah oleh pengikut2 Abu Jahal."Tetapi saya tidak sakit!" Sampuk Ustaz Ibrahim.Beliaukemudiannya menambah, "Alhamdulillah krn Allah menjadikan saya SYAHID".Ustaz Ibrahim terus menyebutkalimah ALLAHUAKBAR berkali2 sambil kedua2 belah genggaman tanganya dienggam erat tanda keazaman utk terus berjuang.Sementara itu sepupu beliau yg luka parah di kaki akibat tembakan tlh diarahkan oleh beliau beredar segera meninggalkan rumahnya.

Jam 1213 serangan pun selesai.Mana yg ditangkap diikat dan dimasukkan ke dlm guni.Begitu juga dgn mayat2 anak murid Ustaz Ibrahim yg berjumlah 13 org dilonggokan sambil menyebut "Pergi jahanam Islam!".Sementara itu wanita dan kanak2 dikurung di dlm trak FRU dgn dikawal oleh anjing2.Jam 1305 pemerintah gerakan melaporkan ke Pulau Pinang dan kemudiannya melaporkan ke KL kpd Dato' Musa.Atas arahan Dato' Musa semua penduk Memali ditangkap atas tujuan utk melindungi apa yg sebenarnya berlaku.Jam 1500 segala usaha menangkap dan mengangkut dgn menggunakan dua buah helikopter tentera selesai dilaksanakan termasuk mayat2 dan mereka yg tercedera ke hospital (Alor Setar dan S.Petani).


Jam 1530 sejumlah hampir 30 org berpakaian tentera (celoreng) dgn senjata lengkap tlh sampai ke kawasan rumah Ustaz Ibrahim. Mereka di dalam keadaan berang dan bersedia utk bertempur.Pemerintah gerakan HAPUS ditemui oleh seorang ketua kumpulan itu dan mereka kelihatan bertengkar.Semua anggota polis bersedia menghadapi kemungkinan yg mungkin timbul.Tetapi ketua kumpulan itu akhirnya berundur ke dalam kumpulannya serta memberi amaran "HAri ini hari awak,awak boleh membuat apa sahaja,hari lain awak ingat,kami akan tentang awak-kita sama-sama bersenjata."

Peristiwa (lebih tepat disebut trajedi) Memali sudah lebih 15 tahun berlalu.Tetapi ia tetap menjadi ingatan segar dan terus akan kekal di dalam lembaran sejarah perjuangan Islam di Malaysia.Istilah SYAHID yg dianugerahkan oleh Allah kpd pejuang2 agamaNya yg gugur di medan perjuangan dipandang sepi dan kosong oleh pemimpin2 Nasionalisma,Sekularisma yang sebenarnya Jahil ttg Islam.Maka timbullah istilah2 spt 'ulamak/lebai celup', ' eksterimis', 'pelampau agama', 'mati katak', 'ulamak berfikiran sempit' dan 'ortodoks' dari lidah2 mereka.Tidak cukup dgn itu,para pejuang Islam dianggap penjenayah dan penderhaka yg tiada ampun maaf lagi buat mereka.

Seorang tahanan memali,Che Ramli bin Che Mid yg tidak tahu menulis dan membaca,memotong (menoreh) getah mencari rezeki sesuap nasi dituduh dan didakwa sebagai pakar bom.Seorang tahanan Memali yg lain memecah rekod tahanan ISA apabila ia ditangkap dan dikurung dalam usia yang masih muda iaitu baru 18 tahun. Seorang petani tua yang ditembak bersarang diperut dan dipinggangnya mati setelah beberapa hari sahaja selepas ia didapati tidak besalah dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar.Namanya dikenali sebagai Haji Abd. Rahman bin Jusuh.Seorang tahanan memali yang lain,setelah ditembak.dikurung,diseksa dan didera telah lumpuh kedua2 belah kakinya dan terpaksa diusung untuk kemana2.

Trajedi Memali juga tercatit di dalam sejarah dunia ini di mana datuk2 yg sudah uzur,nenek2 yang tidak berdaya, kanak2, wanita dan bayi ditangkap dan dikurung berbulan2 di lokap dan di dalam penjara.Habis semua harta benda dirampas, rumah2 ditinggalkan tidak berpenghuni, dinding rumah dicarik oleh peluru, anak ditinggalkan oleh bapa2 mereka dan para isteri dipisahkan dengan suami mereka.

Para anggota polis yg diberi gaji yang kecil dipergunakan dan diperbudak-budakan dgn semahu0mahunya oleh mereka.Gaji mereka yg dibayar dgn duit yg dikutip drpd rakyat digunakan pula utk membunuh rakyat.Malah mereka sanggup mengeringkan hati ahlil keluarga para polis, tentera dan seluruh anggota keselamatan dengan terang2 mengeluarkan fatwa bahawa keempat2 anggota polis yg maut di Memali sebagai "TIDAK MATI SYAHID".Apakah kita mahu nyawa anak2 kita didalm polis, di dalam tentera dan sebagainya mati percuma.Apatah lagi di dalam kes Memali, mereka digunakan dengan sewenag-wenangnya utk meragut nyawa seorg alim dan 13 org lagi anak2 muridnya.

Trajedi Memali belum selesai...

Ia menjadi titik permulaan yang dihadapannya terbentang medan perjuangan yang sangat luas dan terlalu jauh utk ditempoh oelh manusia yang lemah semangat,Iman dan daya juangnya.Mengapa trajedi yg meragut nyawqa umat Islam ini tidak diselesaikan secara adil di Mahkamah Terbuka.Panggil koroner yang melakukan post mortem keatas mayat harum para Syuhada, panggil ahli kimia utk mengesan peluru yang menembusi batang tubuh para Syuhada dan berikanlah peluang utk mereka ini membela diri mereka dan kebenaran sebelum terlambat.

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

update tsunami:lapangan terbang sendai

Gambar panorama dari dalam terminal penumpang lapangan terbang di Sendai, Jepun

Sekitar 1,200 orang terperangkap di dalam terminal penumpang Lapangan Terbang Sendai ketika gempa bumi dan tsunami yang dihasilkan melanda pada 11 mac. Mereka tetap terputus dari semua kenalan luar dan harus bertahan hidup sendiri selama lebih dari dua hari sampai bantuan tiba. Gambar panorama, dibuat pada tarikh 17 Mac menunjukkan kerosakan di sekitar lapangan terbang. (Masaki Furumaya / Sankei Shimbun / MSN Japan)


Mark Baker / AP

Komputer laptop rosak di lantai sebuah bangunan lapangan terbang di Lapangan Terbang Sendai, 19 Mac. Tentera AS telah diminta untuk membantu membersihkan lumpur dan mendapatkan lapangan terbang beroperasi penuh secepat mungkin.

Jiji Press / AFP - Getty Images
Ruangan radar di menara kawalan di lapangan terbang Sendai.

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

Breast cancer advertisment (18sx)

Kanser Payudara adalah penyakit moden yang kita semua perlu ambil berat skang nih..tak kira lelaki atau perempuan..aku nk show korang ads yg kreatif pasal breast cancer seluruh dunia..jgn tengok je k, amik peringatan sekali..











KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

MALANGNYA....

Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh di dalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telah berjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengan sirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba. Bedah siasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkan kebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatan penuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini.



Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutan berlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helikopter digunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari punca yang paling hampir. Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masa seminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300 kaki dari udara ke dalam api…… 20 Mac 1998.

MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?


Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.

Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper taktaula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan....... ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!

Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki... Dengan panggilan kecemasan, paramedik yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnye... (sekali lagi...) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah... Malang ditimpa eskalator... Akhbar Florida.

MERASAKAN ANDA LEBIH MALANG DARIPADA MEREKA DI ATAS?

Ingat! Mungkin ini lebih buruk...

1. Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat tumpahan minyak Exxon Valdez adalah sebanyak USD$80 000. Dalam satu majlis khas, dua daripada anjing laut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dan sorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, orang ramai ‘menonton thiller’.... Kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.

2. Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik.

“Suamiku terkena kejutan elektrik!!!”

Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuat atinye..) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakang pintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambil mendengar Walkman... patah dua tulang tangan.

3. Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerja penghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuah pusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzir tadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkan kedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendek tu..

AKHIR SEKALI...

4. Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yang cukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan dengan return to sender dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang di set meletup apabila dibuka.... menjadikan pengirimnya bercerai kepada kepingan-kepingan badan yang berasingan...

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

IKLAN ROKOK LAGI??

Asik2 iklan rokok..asik2 iklan rokok..tak abis2 iklan rokok..kadang2 aku pon jemu coz iklan macam2 tapi perokok stil belambak je pun..macam xda sape2 pon sedar bahaya merokok ni..ataupun diorang tau pe bahaya merokok tapi buat2 bodoh je..sebab pe? SEBAB BELUM KENE BETUL2 KAT DIRI,BADAN,FAMILY DIORANG LAGI!! okehlah, taknak merepek panjang..jom tengok kempen katakan taknak pada najis rokok nih..jom ushar~





KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

MASAK TELUR GUNA HANDPHONE!

Telefon Bimbit merupakan satu keperluan pada zaman kite skang, jadi setiap orang sure ade telefon bimbit.. Tapi korang tau tak selain kita boleh buat panggilan, sms, dan lain… kita boleh gunakan telefon bimbit untuk memasak! tidak kira lah model apa pun.. Lagi bagus kalau anda guna hanphone yang murah-murah cap ayam (hanpdhone tiruan) sebab kalau anda guna handphone tiruan kadar radiasi handphone lebih tinggi berbanding beli yang original, sebab yang original dia ada tapis sikit tahap radiasi dia, namun radiasi tetap ada jugak tak kira la ori ke tak.. yang penting boleh masak! Tapi bukanla masak ayam masak kicap tau..tapi memasak telur! Kat bawah aku bg 1 report macam ala2 experimen sains tingkatan 3 sekolah menengah . Jom ushar~


EXPERIMEN : MASAK TELUR GUNA HANDPHONE
OBJEKTIF: TELUR AKAN JADI MASAK (BKN SEPARUH MASAK)
HIPOTESIS: TELUR AKAN JADI TELUR REBUS YANG SEDAP UNTUK DIMAKAN NGAN      MEGI.
RADAS : 1) SEBIJIK TELUR AYAM (BUKAN TELUR ORANG)

                2) 2 BIJIK HANDPHONE CIKAI ,TIRUAN KELUARAN CHINA

KAEDAH:  TENGOK JELA GAMBAR KAT BAWAH .MALAS AKU NK TYPE PNJANG2.


PASTU KORANG AKTIFKAN MODE PANGGILAN SELAMA LEBIH KURANG 65 MINIT.




 KEPUTUSAN :

15 minit – tiada apa yang berlaku.

25 minit – telur mulai panas.

45 minit – telur telah panas.

65 minit – telur telah masak.

RUMUSAN :  Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
ini bermakna telefon bimbit mempunyai radiasi, radiasi ini akan bertambah kuat lagi bila anda melakukan panggilan atau menerima panggilan. oleh itu, lagi lama anda bergayut lagi tinggi potensi untuk dapat penyakit. Antara penyakit yang paling best disebabkan radiasi handphone ialah Kanser Otak..

Jadi kepada korang semua lagi2 kaki gayut, jangan la bergayut lama sangat, sayangi hotak anda. Tapi bagaimana pula bagi lelaki yang letak handphone kat dalam poket seluar. Kalau ada satu handphone je mungkin setengah masak. Tapi kalau Ada 2 handphone pulak, satu letak poket sebelah kanan satu lagi belah kiri.. memang masak la 'telur'. Kulit telur ayam yang keras pun boleh dapat effect radiasi apatah lagi kulit manusia yang nipis ni..



KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

KEMPEN BASUH TANGAN

TALK TO UR HAND BEBEH...mesti korang penah dgr words tu kan...skang u all try la talk slow2 ngan tangan korang utk same2 pahamkan iklan yg aku nk bg nih..kasi terbeliakkan tangan korang tu...penuh makna tersirat tuh..n pesanan penaja~ basuhlah tgn anda yg sentiasa kotor tuh~





KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget