VIRUS ADENO VIRUS MAUT 2011



Virus Adeno – Pelatih Pulapol ketiga meninggal dunia




Ini merupakan satu lagi berita sedih, terutama pada keluarga mangsa….

Berita tentang kematian mangsa ketiga akibat daripada Jangkitan Virus Adeno, Mangsa Mohamed Siman, 23, merupakan pelatih ketiga di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Adeno di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam tadi, Pelatih Konstabel yang berasal dari Bagan Datoh Perak ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL sejak 3 Mac dan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan rapi HKL pada pukul 11.30 malam tadi, ianya disebabkan kegagalan organ dalaman beliau yang dikataka gagal berfungsi.

Takziah kepada Keluarga mangsa…

Mungkin ada yang mengaangap kes yang berpunca daripada Virus Adeno ni adalah kes terpencil dan risiko untuk menjadi mangsanya adalah rendah, tapi siapa tahu dan siapa dapat menduga kemungkinan tersebut..

Lebih Malang lagi bila ramai yang langsung tidak tahu akan kewujudan dan bahaya Virus Adeno ini, apatah lagi simpton serangan, punca, dan cara bagi mengelakan nya.


Apakah Virus Adeno / Selsema Burung

Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.

Namun sebenarnya Virus “adenovirus” mempuyai berpuluh puluh jenis dan dikelaskan mengikut nombor. Kejadian ini berlaku adalah kerana mutasi yang berlaku pada vairus tersebut dan mereka telah membezakan virus virus tersebut daripada Adenovirus yang lain, dan daripada Mutasi tersebut maka terhasilah berbagai jenis adenovirus yang setiap jenis menyerang organ organ yang berlaianan pada badan mangsanya.

Biasanya adenovirus ni boleh dikawal dan tidak merbahaya, dan biasanya hanya menyerang Bayi atau kanak kanak kerana sistem pertahanan badan mereka yang lemah, dan biasanya akan sembuh dalam masa dua atau tiga minggu.

TetAPI orang dewasa juga berisiko untuk mendapat jangkitan adenovirus terutamanya mereka yang mengidap diebetes yang tidak terkawal, mereka yang sedang menalani kemoterapi, radioterapi, pesakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan hemodalylisi, atau yang menjalani rawatan steroid.

DaN hasil mutasi terbaru Adenovirus ialah bila terhasilnya subtype terbaru iaitu Adenovirus 14 yang nampaknya mampu menyerang orang muda yang sihat, ianya mula dilapurkan pada 16 Dis 2007, dan Virus ini jugalah yang menyerang pelatih PULAPO baru baru ni.

Sumber Rujukan : Dr Zubaidi Hj Ahmad



Tanda tanda Jangkitan ADENOVIRUS / Selsema burung

Jangkitan Adenovirus biasanya menyebabkan penyakit membabitkan sistem pernafasan, namun ia juga boleh menyebabkan cirit birit, jangkitan selaput mata, jangkitan usus dan ruam serta masalah pernafasan akut (ARD).

Pengamal perubatan, Dr S Thiru, berkata Adenovirus yang tersebar melalui rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan, memerlukan rawatan serta penjagaan rapi.

“Virus mula agresif bila antibodi rendah dan lemah. Biasanya, ia tidak bertindak balas kepada antibiotik kecuali ada gabungan jangkitan virus dan bakteria,” kata doktor sukarelawan itu yang pernah mengikuti misi kemanusiaan di beberapa negara dunia ketiga dan membangun, termasuk Palestin dan Pakistan.

Dr Thiru berkata, antara simpton awal jangkitan Adenovirus ialah demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru


Cara Hindari ADENOVIRUS / Selsema Burung

Cara terbaik ialah menjaga kebersihan diri, iaitu sentiasa mencuci tangan dengan pembasmi kuman, memakai penutup hidung dan mulut, banyakan minum air putih, elakan keluar rumah jika tiada keperluan ( untuk kawasan yang mempuyai jangkitan).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget