Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Bugatti 16 C Galibier concept yg cun



Apa yang terungkap sebagai klimaks dari upacara syarikat pada bulan September di pusat Bugatti di Molsheim, telah disajikan kepada pelanggan dan-pendapat pembuat di Dubai:dari Bugatti 16 C konsep Galibier - dirancang untuk menjadi yang paling eksklusif, elegan, dan kereta empat pintu terbaik di dunia. Di Hyatt Park  Hotel yg berprestij di Dubai ,Pengarah Jualan Creek Golf dan Yacht Club Bugatti , Marketing dan Customer Service, Alasdair Stewart, menekankan bahawa Galibier adalah salah satu daripada kajian beberapa konsep di mana syarikat sedang mempertimbangkan untuk masa depan marque Bugatti.


KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

PANASKAN ENJIN SEBELUM BERGERAK...hanya mitos??


Ramai yang mungkin tidak tahu. Setiap pagi rata-rata orang di Malaysia mesti akan memanaskan enjin kereta. Sekurang-kurangnya 5 ke 10 minit. Ada yang lagi power sampai 15 minit. Start enjin kereta dulu, lepas tuh masuk rumah balik besiap-siap, makan dan baru memulakan perjalanan.

Sebenarnya teknik memanaskan enjin iaitu membiarkan enjin dalam keadaan ‘idling’ adalah tidak berfaedah. Di sesetengah negara, memanaskan enjin ditegah sama sekali. Seperti contoh, Kanada, Jepun, United Kingdom dan Amerika telah mengadakan kempen bagi kes ini.

The Canadian Office of Energy Efficiency mengatakan bahawa memanaskan enjin adalah dengan memandunya bukan dengan membiarkannya. Oleh itu, cara yang paling efisyen adalah lepas menghidupkan enjin terus memandu untuk memanaskan enjin.

Kesannya ia menyebabkan pembakaran bahanapi menjadi tidak sempurna. Pembakaran yang tidak lengkap memberikan kesan yang tidak baik kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu menhilangkan minyak pelincir pada dinding silinder. Oleh itu, dinding silinder akan mengalami kehausan kerana minyak pelincir tiada di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga akan turun ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bercampur dengan minyak pelincir, sifat minyak pelincir berubah dan dan menjadi tidak efisyen.

Selain itu, palam pencucuh juga boleh mendapat masalah dengan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Apabila palam pencucuh tidak berada pada suhu sepatutnya ianya akan menjadi kotor. Kesan daripadanya adalah peningkatan penggunaan bahan api sebanyak 5%.
Kebiasaannya kenderaan akan mengeluarkan wap dari ekzos pada waktu pagi. Ia adalah wap air yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jika enjin dibiarkan dalam keadaan ‘idling’, enjin akan mengambil masa yang lama untuk panas. Wap air juga berada lama di dalam sistem ekzos yang mana akan mempercepatkan proses pengkaratan paip ekzos.

Kenderaan seakrang kebiasaanya mempunyai Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Tujuannya adalah untuk mengurangkan level toksik hasil pembakaran sebuah enjin. Tugas komponen ini adalah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengasingkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Dengan itu, pencemaran udara dapat dikurangkan.

Keburukan memanaskan enjin dengan membiarkan kenderaan dalam keadaan idling sudah kita tahu iaitu membazir bahan api sekaligus membazirkan wang ringgit dan mencemarkan alam sekitar. Sekarang kita lihat kebaikan memanaskan enjin pula. Ada yang mengatakan bahawa memanaskan enjin juga berfaedah. Antaranya ketika enjin dibiarkan lama, minyak pelincir akan mendap ke bahagian bawah enjin. Oleh itu adalah perlu untuk mengambil masa untuk memanaskannya agar minyak pelincir itu naik dan pergi ke setiap penjuru dalaman enjin.


Fakta di atas benar.
Tetapi kita harus tahu bahawa setiap enjin mempunyai pam minyak pelincir (oil pump). Pam minyak pelincir dikuasakan oleh crankshaft yang berpusing. Semakin laju crankshaft berpusing semakin cepat pam minyak pelincir berpusing dan menyebarkan minyak pelincir ke setiap penjuru bahagian dalaman enjin. Adakah dengan membiarkan kereta idling dapat memberikan kelajuan terhadap pusingan crankshaft??? Sudah tentu tidak. Idling kenderaan biasanya 1000rpm. So, dalam keadaan kenderaan bergerak crankshaft dapat berpusing dengan lebih banyak. Oleh itu buat apa kita memanaskan enjin dalam keaadan idle. Tidakkah lagi bagus kita terus memulakan perjalanan. Minyak jimat. Masa kita pun tidak terbuang dengan menunggu.



KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

KENDERAAN PELIK!!

selalunye kete nak lowed diorg potong2 spring, tukar sport spring, pakai adjustebel spring ..tapi gambar kat atas ni mmg lowed kaw2..kalau lalu kat bonggol apartment baiduri sblah uitm s.alam tu sure sangkut body punye..sigle rider bolehla kot..kalau bwk satu family sure kete xleh jalan punye coz sangkut body kat jalan.haha


pengajaran gbr kat atas ni adelah,kalau korg nak jimat duit amik lesen memandu, xdak fail mase wat exam bukit, tryla gune kete cmni dulu...kalau da pandai baru g register kat driving skool mane2..jimat duit..kan..


 adoyaiiiii....agak2 kalau kete cmni korang jumpe kete cmni kat highway sure korg tkejut punye kan..xpasal2 ade kete kejar kete ni or hon cakap die da langgar org coz org tu mlekat kat bumper depan kete.

Nilah namanya kereta inspector gadged.kalau rasa nk dok tingkat 8 umah flat snangla..terus masuk dalam umah je.
kalau modified kete korang camni..sure belambak kucing2 kejar kete korang..tikus besar tuh..stahun xabis makan!



Bukan kereta je pakai NGV. motorsikal ni pun pakai gak...nak buat cemane kan.minyak asyik naik harga jek.layannn...


makluman kepada sesiapa yg mempunyai paip2 atau tandas tersumbat , wirering elektrik ke, bolehlah menggunakan servis ini.tapi bile tengok macam org tengah buang air kat tandas bergerak plak kan...memg best siyot..buang air sambil tgk pemandangan sekeliling

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

SAGA FACELIFT (FL) BARU 2011

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir memperkenalkan Saga FL baru di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam, Rabu. Harga pasaran bagi model itu bermula dari RM37,998 iaitu antara RM1,000 dan RM1,300 berbanding model Saga sedia ada. - Foto THE STAR/MOHD SAHAR MISNI


SHAH ALAM: Kumpulan Proton Berhad (Proton) mensasarkan jualan bagi model baru Saga Facelift (FL) sebanyak 6,500 unit sebulan. Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, jualan model Saga adalah stabil sejak diperkenalkan pada tahun 2008 dan pengenalan versi baru ini dapat meningkatkanjualannya.



"Saga FL kekal berpatutan apabila kami dapat mengawal kosnya meskipun terdapat penambahan ciri dengan reka bentuk lebih bergaya. "Ini bertetapan dengan nilai berpatutan sebagai isu utama pengguna yang menjangkakan Saga adalah kereta paling murah," katanya pada sidang media selepas memperkenalkan model berkenaan di sini, Rabu.



Syed Zainal Abidin berkata, Saga FL dijangka dapat menarik perhatian generasi muda yang gemar sesuatu lebih bergaya dan trendi. Menurutnya, hari ini golongan itu tidak cenderung kepada Saga kerana persepsi mereka terhadap model itu yang disifatkan tradisional tanpa ciri tambahan.



"Bagaimanapun, Saga FL bakal menjadi ikon kepada legasi 25 tahun bagi model itu kekal sebagai pilihan masyarakat. "Saya percaya Saga FL dapat menjadi ikutan generasi muda dan semestinya sebagai kereta yang sesuai dengan harga berpatutan tepat pada masanya," katanya.



Saga FL baru terdiri daripada dua varian iaitu 1.3 Standard dan 1.3 Executive masing-masing boleh didapati dalam automatik dan manual transmisi. Harga pasaran bermula RM37,998 iaitu antara RM1,000 dan RM1,300 berbanding model Saga sedia ada. Sebanyak enam warna pilihan iaitu Tranquility Black, Solid White, Generatic Silver, Granite Grey termasuk dua warna baru iaitu Blue Rockdan Cafe Latte.



Orang ramai boleh membuat tempahan bagi Saga FL dengan bayaran sebanyak RM500 dan melihat model berkenaan dipamerkan di semua bilikpameran Proton seluruh negara bermula hari ini.

mahal sikit harganya daripada saga sebelum ni

biasalah dah top up sikit



1.3 Standard M/T RM36,998(saga) -----> RM37,998 (saga facelift)

1.3 Standard A/T RM39,998(saga) -----> RM40,998 (saga facelift)

1.3 Executive M/T RM39,498(saga) -----> RM40,698 (saga facelift)

1.3 Executive A/T RM41,998(saga) -----> RM43,298 (saga facelift)
 
p/s : pe lagi tunggu, aku tengok kete ni xdala beza sgt ngan saga BLM sebelum ni..cume bahagian depan tukar bodykit jek,tukar bumper sket,bonnet sket,fender sket, lampu sket...nk kata cun sgt tu tak la..bolehlaaa...papepn aku dgr harga kete nak naik coz harga bahan mentah utk sparepart nak naik..
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget