FACEBOOK PUNCA CERAI

LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.
Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook. Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu. Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian.

Kini, peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.

Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook. Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka.

“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya.

Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir. - ikhsan The Sun & harian metro.



So,untuk entri ini aku akan share keburukan dan kebaikan laman sosial kepada pengguna internet , bukan aku nk menidakkan kebaikan menggunakan sgala laman sosial ni, aku sengaja nak ceritakan keburukan supaya boleh kita jadikan pengajaran semua..


Keburukan laman sosial



1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Ramai dah pengguna laman2 sosial ni yg leka hingga tlupa tanggungjawab masing2. si isteri yg lupa masak,basuh kain, lupa belai suami., si suami balik2 lupa si isteri dan anak2,student2 termasuk pelajar sekolah rendah pun lupa tanggungjawab sebagai pelajar, pekerja2 yg leka sampai lupa siapkan tugasan yang diberi..ni lah laman SO-SIAL!
2. Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..sampaikan masalah jadi masalah berangkai..contohnya , si isteri sepatutnya memasak,teman suami,jaga anak2.tetapi kerana terlalu obses dan tidak boleh berenggang ngan laman2 sosial ni, maka terjadilah pergaduhan, masalah rumahtangga..akibat paling teruk..bercerai...ni lah laman SO-SIAL!

3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.ni lah laman SO-SIAL!

4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.ni lah laman SO-SIAL!

5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. tidak kira pengguna lelaki atau wanita. malah ada yg dirogol oleh rakan yang hanya dikenali dalam laman sosial ni. ni lah laman SO-SIAL!

Benda- benda yang tak patut diletakkan di page/laman sosial

1. Gambar-gambar yang agak peribadi. Antara contohnya ialah gambar yang agak seksi dan boleh menganggu perasaan orang lain. Gambar-gambar ini boleh dimanipulasikan oleh pihak yang bertanggungjawab dan digunakan untuk kegiatan yang tidak elok.


2. Berkongsi pendapat yang terlalu peribadi. Sebagai contoh, mengkritik boss, rakan sepejabat, rakan sekuliah dan sebagainya. Di negara luar terdapat kes dimana pekerja dipecat akibat mengutuk boss sendiri di laman facebook. Di negara kita juga berlaku kes polis dan saman akibat meluahkan sesuatu di laman sosial. Laman sosial tersebut bukanlah milik kita. Walaupun menggunakan kata nama dan kata laluan sendiri namun pihak berkaitan berhak untuk menyelongkar maklumat peribadi sekiranya berlaku kejadian buruk. Berfikirlah dahulu sebelum menulis sesuatu dalam laman sosial kerana jika tersalah kata anda akan menanggung aib yang teruk. Banyak contoh yang berlaku dalam negara kita akibat menulis tanpa berfikir kesannya.

3. Berkongsi maklumat peribadi secara terbuka. Sebagai contoh, alamat rumah, no telefon, no kad pengenalan. Ini perlu dielakkan kerana ramai yang boleh menggunakan ia untuk melakukan jenayah.

4. Berkongsi lokasi secara terbuka. Kadangkala ia boleh mengundang jenayah dengan memberitahu lokasi di mana anda berada. Samada penjenayah melakukan jenayah di lokasi anda ataupun di tempat yang anda tiada (rumah, pejabat,).

5. Berkongsi maklumat pendapatan /kekayaan. Kadangkala ada yang memberitahu pendapatan yang dimiliki secara terbuka. Selain mengundang jenayah mungkin anda akan dikejar oleh pihak-pihak berkaitan (LHDN, SPRM).

6. Berkongsi berita yang tidak sahih. Banyak berlaku sehingga menjadi fitnah. Ianya boleh memporak perandakan organisasi atau negara. Jadi elakkan berkongsi berita yang belum tentu benar selagi tiada pengesahan dari sumber tepat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget