KENDERAAN PELIK!!

selalunye kete nak lowed diorg potong2 spring, tukar sport spring, pakai adjustebel spring ..tapi gambar kat atas ni mmg lowed kaw2..kalau lalu kat bonggol apartment baiduri sblah uitm s.alam tu sure sangkut body punye..sigle rider bolehla kot..kalau bwk satu family sure kete xleh jalan punye coz sangkut body kat jalan.haha


pengajaran gbr kat atas ni adelah,kalau korg nak jimat duit amik lesen memandu, xdak fail mase wat exam bukit, tryla gune kete cmni dulu...kalau da pandai baru g register kat driving skool mane2..jimat duit..kan..


 adoyaiiiii....agak2 kalau kete cmni korang jumpe kete cmni kat highway sure korg tkejut punye kan..xpasal2 ade kete kejar kete ni or hon cakap die da langgar org coz org tu mlekat kat bumper depan kete.

Nilah namanya kereta inspector gadged.kalau rasa nk dok tingkat 8 umah flat snangla..terus masuk dalam umah je.
kalau modified kete korang camni..sure belambak kucing2 kejar kete korang..tikus besar tuh..stahun xabis makan!



Bukan kereta je pakai NGV. motorsikal ni pun pakai gak...nak buat cemane kan.minyak asyik naik harga jek.layannn...


makluman kepada sesiapa yg mempunyai paip2 atau tandas tersumbat , wirering elektrik ke, bolehlah menggunakan servis ini.tapi bile tengok macam org tengah buang air kat tandas bergerak plak kan...memg best siyot..buang air sambil tgk pemandangan sekeliling

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

FACEBOOK PUNCA CERAI

LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.
Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook. Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu. Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian.

Kini, peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.

Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook. Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka.

“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya.

Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir. - ikhsan The Sun & harian metro.



So,untuk entri ini aku akan share keburukan dan kebaikan laman sosial kepada pengguna internet , bukan aku nk menidakkan kebaikan menggunakan sgala laman sosial ni, aku sengaja nak ceritakan keburukan supaya boleh kita jadikan pengajaran semua..


Keburukan laman sosial



1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Ramai dah pengguna laman2 sosial ni yg leka hingga tlupa tanggungjawab masing2. si isteri yg lupa masak,basuh kain, lupa belai suami., si suami balik2 lupa si isteri dan anak2,student2 termasuk pelajar sekolah rendah pun lupa tanggungjawab sebagai pelajar, pekerja2 yg leka sampai lupa siapkan tugasan yang diberi..ni lah laman SO-SIAL!
2. Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..sampaikan masalah jadi masalah berangkai..contohnya , si isteri sepatutnya memasak,teman suami,jaga anak2.tetapi kerana terlalu obses dan tidak boleh berenggang ngan laman2 sosial ni, maka terjadilah pergaduhan, masalah rumahtangga..akibat paling teruk..bercerai...ni lah laman SO-SIAL!

3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.ni lah laman SO-SIAL!

4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.ni lah laman SO-SIAL!

5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. tidak kira pengguna lelaki atau wanita. malah ada yg dirogol oleh rakan yang hanya dikenali dalam laman sosial ni. ni lah laman SO-SIAL!

Benda- benda yang tak patut diletakkan di page/laman sosial

1. Gambar-gambar yang agak peribadi. Antara contohnya ialah gambar yang agak seksi dan boleh menganggu perasaan orang lain. Gambar-gambar ini boleh dimanipulasikan oleh pihak yang bertanggungjawab dan digunakan untuk kegiatan yang tidak elok.


2. Berkongsi pendapat yang terlalu peribadi. Sebagai contoh, mengkritik boss, rakan sepejabat, rakan sekuliah dan sebagainya. Di negara luar terdapat kes dimana pekerja dipecat akibat mengutuk boss sendiri di laman facebook. Di negara kita juga berlaku kes polis dan saman akibat meluahkan sesuatu di laman sosial. Laman sosial tersebut bukanlah milik kita. Walaupun menggunakan kata nama dan kata laluan sendiri namun pihak berkaitan berhak untuk menyelongkar maklumat peribadi sekiranya berlaku kejadian buruk. Berfikirlah dahulu sebelum menulis sesuatu dalam laman sosial kerana jika tersalah kata anda akan menanggung aib yang teruk. Banyak contoh yang berlaku dalam negara kita akibat menulis tanpa berfikir kesannya.

3. Berkongsi maklumat peribadi secara terbuka. Sebagai contoh, alamat rumah, no telefon, no kad pengenalan. Ini perlu dielakkan kerana ramai yang boleh menggunakan ia untuk melakukan jenayah.

4. Berkongsi lokasi secara terbuka. Kadangkala ia boleh mengundang jenayah dengan memberitahu lokasi di mana anda berada. Samada penjenayah melakukan jenayah di lokasi anda ataupun di tempat yang anda tiada (rumah, pejabat,).

5. Berkongsi maklumat pendapatan /kekayaan. Kadangkala ada yang memberitahu pendapatan yang dimiliki secara terbuka. Selain mengundang jenayah mungkin anda akan dikejar oleh pihak-pihak berkaitan (LHDN, SPRM).

6. Berkongsi berita yang tidak sahih. Banyak berlaku sehingga menjadi fitnah. Ianya boleh memporak perandakan organisasi atau negara. Jadi elakkan berkongsi berita yang belum tentu benar selagi tiada pengesahan dari sumber tepat.
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

Perkahwinan Ayu Raudhah Zaquan Adha

ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu aktres Rozita Che Wan, abang ipar mereka, aktor Mazlan Ahmad dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan.Ditemui selepas majlis berakhir, Ayu yang kelihatan sebak sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin hampir dua tahun itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

“Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah hampir dua tahun mempertahankan hubungan ini,” kata Ayu.Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, dia merasakan sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga dan tidak menyangka jodohnya adalah dengan seorang pemain bola sepak terkenal.

“Perasaan saya bercampur-baur sebaik selamat dinikahkan. Saya akan cuba menjadi isteri yang baik dan menghormati setiap keputusan suami walaupun kami berbeza umur tiga tahun,” tutur Ayu.

Sementara itu, Zaquan juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Ayu.

“Saya rasa debaran ketika akad nikah tadi lebih mendebarkan berbanding debaran sepakan bola ke gawang gol. Bagaimanapun, saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Selama dua tahun ini, dia seorang yang amat mengambil berat tentang kerja saya. Ayu sentiasa memberikan sokongan untuk saya meningkatkan mutu permainan dan terus berjaya demi memantapkan reputasi bola sepak negara di persada antarabangsa,” tutur Zaquan sambil mengukir senyuman manis.

Bercerita tentang percutian bulan madu, Ayu dan Zaquan belum menetapkan tarikhnya kerana sibuk dengan kerja masing-masing dan memilih sebuah pulau sebagai destinasi utama.Beralih kepada soal anak, Ayu tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.
Pada sebelah malamnya, kedua-duanya menjalani resepsi perkahwinan berkonsepkan alam fantasi dan mengenakan persalinan rekaan Rizman. Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan.
Selain itu, mereka turut menggunakan khidmat pereka Qudyn untuk malam berinai pada 20 Januari di rumah Ayu.
Sementara majlis menyambut menantu akan dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini. Pasangan pengantin akan mengenakan persalinan Calvin Thoo dengan bertemakan tradisional. – kredit Mstar Online




KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

SAGA FACELIFT (FL) BARU 2011

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir memperkenalkan Saga FL baru di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam, Rabu. Harga pasaran bagi model itu bermula dari RM37,998 iaitu antara RM1,000 dan RM1,300 berbanding model Saga sedia ada. - Foto THE STAR/MOHD SAHAR MISNI


SHAH ALAM: Kumpulan Proton Berhad (Proton) mensasarkan jualan bagi model baru Saga Facelift (FL) sebanyak 6,500 unit sebulan. Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, jualan model Saga adalah stabil sejak diperkenalkan pada tahun 2008 dan pengenalan versi baru ini dapat meningkatkanjualannya.



"Saga FL kekal berpatutan apabila kami dapat mengawal kosnya meskipun terdapat penambahan ciri dengan reka bentuk lebih bergaya. "Ini bertetapan dengan nilai berpatutan sebagai isu utama pengguna yang menjangkakan Saga adalah kereta paling murah," katanya pada sidang media selepas memperkenalkan model berkenaan di sini, Rabu.



Syed Zainal Abidin berkata, Saga FL dijangka dapat menarik perhatian generasi muda yang gemar sesuatu lebih bergaya dan trendi. Menurutnya, hari ini golongan itu tidak cenderung kepada Saga kerana persepsi mereka terhadap model itu yang disifatkan tradisional tanpa ciri tambahan.



"Bagaimanapun, Saga FL bakal menjadi ikon kepada legasi 25 tahun bagi model itu kekal sebagai pilihan masyarakat. "Saya percaya Saga FL dapat menjadi ikutan generasi muda dan semestinya sebagai kereta yang sesuai dengan harga berpatutan tepat pada masanya," katanya.



Saga FL baru terdiri daripada dua varian iaitu 1.3 Standard dan 1.3 Executive masing-masing boleh didapati dalam automatik dan manual transmisi. Harga pasaran bermula RM37,998 iaitu antara RM1,000 dan RM1,300 berbanding model Saga sedia ada. Sebanyak enam warna pilihan iaitu Tranquility Black, Solid White, Generatic Silver, Granite Grey termasuk dua warna baru iaitu Blue Rockdan Cafe Latte.



Orang ramai boleh membuat tempahan bagi Saga FL dengan bayaran sebanyak RM500 dan melihat model berkenaan dipamerkan di semua bilikpameran Proton seluruh negara bermula hari ini.

mahal sikit harganya daripada saga sebelum ni

biasalah dah top up sikit



1.3 Standard M/T RM36,998(saga) -----> RM37,998 (saga facelift)

1.3 Standard A/T RM39,998(saga) -----> RM40,998 (saga facelift)

1.3 Executive M/T RM39,498(saga) -----> RM40,698 (saga facelift)

1.3 Executive A/T RM41,998(saga) -----> RM43,298 (saga facelift)
 
p/s : pe lagi tunggu, aku tengok kete ni xdala beza sgt ngan saga BLM sebelum ni..cume bahagian depan tukar bodykit jek,tukar bumper sket,bonnet sket,fender sket, lampu sket...nk kata cun sgt tu tak la..bolehlaaa...papepn aku dgr harga kete nak naik coz harga bahan mentah utk sparepart nak naik..
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget