Makanan Yang Akan Membuatkan Anda Tidur Lena


Korang rasa ape rahsia untuk mendapatkan tidur 7 – 8 jam yang nyenyak? korang perlu pergi ke dapur dan menikmati satu atau dua dari senarai makanan di bawah ini. Makanan ini akan merelakskan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon untuk membantu anda tidur iaitu serotonin dan melatonin.


Pisang


Pisang adalah seperti ubat tidur . Selain mengandungi melatonin dan serotonin dalam jumlah kecil, pisang juga mengandungi magnesium, bahan yang dapat meregangkan otot


Teh Chamomile (Teh bunga )


Teh Chamomile mempunyai efek penenang yang dapat menurunkan stress fizikal mahupun mental, membuat teh ini sebagai minuman yang sesuai untuk diambil sebelum tidur.

Susu panas


Bukan, ini bukan mitos, segelas susu panas sebelum tidur dapat membantu tidur anda. Susu mengandungi tryptophan, iaitu asam amino yang mempunyai efek sedatif dan kalsium yang membantu otak untuk menggunakan tryptophan.


Madu


Tambahkan madu sedikit di dalam susu atau teh anda. Gula dapat meningkatkan tenaga, tetapi dalam jumlah yang sedikit, gula dapat memberitahu otak anda untuk menurunkan prestasi orexin. Neurotransmiter yang berhubungan dengan kesedaran anda.


Kentang


Sedikit kentang rebus atau kentang panggang di malam hari tidak akan menaikkan berat badan anda. Kentang membersihkan asam yang dapat mengganggu prestasi tryptophan di dalam tubuh.


Oatmeal


Oatmeal sebelum tidur adalah cara terpantas untuk tidur, kerana oatmeal merangsang produksi melatonin di dalam tubuh pada malam hari.


Kacang Almond


Almond adalah kacang yang baik bagi kesihatan jantung. Tetapi almond juga dapat membantu tidur anda kerana mengandungi tryptophan dan magnesium
Flaxseed


Flaxseed kaya akan asam omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Pengambilan flaxseed ketika anda sedang mengalami stress atau depresi berat. Tidur anda akan lebih nyenyak
Roti Gandum


Sepotong roti gandum dan teh akan merangsang insulin di dalam tubuh anda, yang berguna untuk membantu prestasi tryptophan untuk bereaksi di otak. Dimana tryptophan akan diubah menjadi serotonin yang memberi tahu otak ada untuk tidur







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget