KEMATIAN TRAGIK

SETIAP insan yang hidup di dunia ini akan mati juga akhirnya. Namun agak memilukan bagi mereka yang masih hidup sekiranya melihat suatu kematian tragik. Kali ini kami paparkan lima kematian paling tragik yang pernah mendapat perhatian masyarakat dunia.

TERLEBIH DOS VIAGRA MEMBUNUH DIKTATOR



Pada tahun 1998, diktator Nigeria Sani Abacha. mati di kediamannya di Abuja kerana serangan jantung. Melalui pemeriksaan, kematiannya disebabkan kerana pengambilan Viagra dalam jumlah besar sebagai permulaan untuk pesta seks.

JOCKEY KUDA MATI TETAPI TERUS MELURU DAN MENANG

Pada tahun 1953 Frank Hayes, seorang joki, mengalami serangan jantung ketika memacu kudanya dalam satu perlumbaan. Kudanya, Sweet Kiss, meluru laju untuk menyelesaikan perlumbaan itu, membuat satu-satunya joki yang telah mati untuk memenangi perlumbaan.

DIBUNUH DAN DIMAKAN OLEH RAKAN SEKELAS

Pada tahun 1981, seorang wanita Belanda berusia 25 tahun yang belajar di Paris. Renee Hartevelt, dibunuh dan dimakan oleh seorang rakan sekelas, Issei Sagawa, ketika dia mengundangnya untuk makan malam.



Pembunuh dinyatakan tidak layak untuk diadili dan diekstradisi kembali ke Jepun, dimana dia dibebaskan dari tahanan dalam masa lima belas bulan.

PUTERA MAHKOTA NEPAL BUNUH KELUARGA DIRAJA

Pada 1 Jun 2001, Putera Mahkota Dipendra dari Nepal, berasa marah kerana pengaturan perkahwinan (dan mungkin mabuk). dilaporkan mengamuk ketika makan malam dan membunuh hampir semua keluarga diraja, termasuk ayahnya yang merupakan seorang raja. Namun sesuai dengan kebiasaan dan tradisi Raja, Dipendra, menjadi raja selama tiga hari sebelum mangkat pada tanggal 4 Jun. Dia digantikan oleh bapa saudaranya yang terselamat dari pembunuhan misteri tanpa cedera.

DIPENGGAL OLEH KIPAS HELIKOPTER

Pada tahun 1982, Vic Morrow, iaitu seorang pelakon, dipenggal oleh kipas helikopter ketika pembuatan filem Twilight Zone: The Movie' dan mati ketika itu juga bersama dengan dua aktor anak Myca Dinh Le dan Renee
Shin-Yi Chen.

AHLI POLITIK MENEMBAK DIRINYA SENDIRI KETIKA TEMURAMAH TV



Pada tahun 1987, R. Budd Dwyer. seorang ahli politik Parti Republikan, membunuh diri ketika berasa dalam temuramah yang disiarkan dalam TV. Menghadapi potensi hukuman 55 tahun penjara atas tuduhan terlibat dalam konspirasi. Dwyer menembak dirinya sendiri di kepala dengan pistol.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget