AES ,SPEED TRAP & SAMAN EKOR
1. Terima kasihla kat kerajaan yang melanjutkan tempoh pembayaran saman tertunggak aritu. Aku tau sure ramai yg xsempat bayar saman tu kan. Org Malaysia ni kan suke buat kerja dihujung waktu. Bagi mereka2 yang berpandangan negatif sure mencemuh sebagai satu keputusan yang tidak konsisten yang bermasalah. Samala macam episod kenaikan harga minyak. Ingatkan hanya 1 filem. Rupenya ada lagi sekuel nya. Walauapepon xperlula korang merungut.sekurang2nya kerajaan da bagi peluang terakhir utk korg selesaikan saman tu kan. Isu saman ekor ni tak pernah habis. Baru2 ni membe aku lalu higway UTARA-SELATAN nk ke Melaka pun da kene saman. Bertambahla koleksi saman dia. Siap merungut kat kantin tempat keje pasal isu ni.
2. Walaupun begitu, saman ekor akan terus menjadi kontroversi kerana ramai yang tidak berpuas hati terhadap kaedah dan hukumannya. Kerajaan perlu mencari jalan meredakan dan mengurangkan kemarahan pemandu kenderaan di Malaysia raya ni terhadap saman ekor ini atau ia akan menjadi satu bebanan politik yang besar kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.
3. Biasanya saman ekor ni membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju. Seolah-olah memandu melebihi had laju merupakan faktor utama kemalangan maut di negara ini. Mana taknya, Malaysia ni ramai sgt Maykel Shumaker. Padahalnya 70% kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal yang jarang sekali kita dengar disaman kerana memandu laju. Siap men 'cilok' lagi.
4. Aku tak kata tak salah kalau korang melanggar had laju yang ditetapkan. Peraturan tetap peraturan.Tapi ade je warga Malaysia ni ckp, "kalau taknak kitorang pandu laju,buatla kereta yg hanya 100 cc je" .Giler macam siput. Apa yang ramai orang harapkan ialah kerajaan mempunyai mekanisme saman yang lebih rasional dan mencerminkan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya bukannya mengutip pendapatan negara ngan saman2 ekor.
5. Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah kat Bernama baru-baru ini, antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandu dalam keadaan menggelabah sampai makan jalan pemandu lain, berhenti secara mengejut, folow rapat dan langgar lampu isyarat. Sementara penunggang motosikal pula menunggang dengan berlagak sebagai hero hindustan. Dengan kata lain, punca utama kemalangan di negara kita yang aman ni ialah sikap pengguna yang cuai, xda moral dan tak bertanggung jawab.
6. Tapi malangnya yang paling banyak berhadapan ngan saman ekor ialah mereka2 yang memandu melebihi had laju. Ini berlaku kerana ia mudah dikesan dan disaman. Ini menimbulkan persepsi rakyat bahawa saman ekor yang dibuat bukan untuk mengurangkan kemalangan tetapi menambah kantung dan tabung ayam kerajaan.
7. Justeru itu, aku harap kerajaan kaji semula pelaksanaan saman ekor ini jika niat sebenar ialah untuk mengurangkan kemalangan bukannya mencari keuntungan. Aku tengok saman pun naik harga tapi kemalangan still bertambah2 je setiap tahun.
8. Kaedah kompaun saman melebihi had laju juga harus berstruktur bukannya secara pukul rata RM 300 tanpa mengambi kira jumlah kelajuan sebenar. Contohnya diorang yang terlebih setakat 10-30 KM/J dari had laju dibenarkan xpatutla menerima hukuman kompaun setaraf dengan mereka yang memandu 200 KM/J. Risiko dan impak kemalngan pon berbeza, so,afsal kompaunnya sama je?
9. Penguatkuasa yg berkuasa pon patutla faham faktor pemandu ialah manusia bukannya robot atau mesin. Aku percaya majoriti pemandu termasuk sebahagian besar menteri, penggubal polisi dan penguatkuasa undang-undang pon pernah memandu melebihi had laju sama ada kerana mahu memotong atau pun tidak perasan had laju di kawasan tersebut. Aku berani jamin, org dikalangan diorg ni lagi banyak buat salah di jalanraya. Tapi oleh kerana diorang ni 'ORG BESAR' , 'KERETA BESAR' maka tidak disaman. Tapi ni bukan bermakna kita suka suki memandu secara cuai dan secara sewenang-wenangnya (reckless) sehingga boleh menyebabkan kemalangan atau hilang kawalan ke atas kenderaan.
12. Masalah saman had laju ini akan bertambah parah apabila Automated Enforcement System (A.E.S) diperkenalkan. AES baik jika ia bertujuan sebagai pencegahan dan pemantauan bagi membolehkan pemandu Malaysia ni memandu dengan berhemah dan mengelak kemalangan.
13. Namun kalau stakat untuk menyaman mereka yang memandu melebihi had laju tanpa mengira masa, suasana dan keadaan ia hanya akan menyebabkan lebih ramai orang disaman dan menimbulkan konflik berterusan antara orang ramai dan kerajaan. Betul tak?
14. Aku difahamkan pemasangan dan penyelenggaraan AES ini dilakukan oleh syarikat swasta. Sebahagian bayaran kompaun akan disalurkan kepada syarikat ini sebagai bayaran penyelenggaraan sistem.
15. Kerjasama camni bukan je merbahaya kepada politik BN malah aku rasa sangat tidak beretika. Adalah tidak wajar sama sekali kerajaan menswastakan perkhidmatan keselamatan kerajaan berasaskan kepada perkongsian keuntungan atas kesalahan yang dilakukan oleh orang ramai.
16. Kalau benda ni benar, ini bermakna survival syarikat terbabit bergantung kepada jumlah kesalahan jalan raya yang berjaya mereka kesan. Sebagai kumpulan kapitalis yang berasaskan kepada keuntungan, apakah takkan ade masalah dan penipuan nanti terutamanya apabila mereka cuba meningkatkan keuntungan mereka?
17. Jika kerajaan benar-benar memerlukan AES ini maka kosnya kenela ditanggung terus oleh kerajaan bukannya bergantung kepada jumlah saman dan sebagainya yang boleh dimanipulasi sampai menindas pengguna jalan raya a.k.a menindas rakyat
18. Jika cadangan kaedah AES berasaskan perkongsian keuntungan ini dilaksanakan, ianya pasti akan menjadi bebanan politik kepada Barisan Nasional kerana rakyat melihat sebahagian saman yang dibayar kepada mereka akan masuk ke kantung poket syarikat tertentu. Persepsi syarikat kroni pasti akan ditimbulkan dan menjadi isu politik pada masa akan datang. Cukuplah dengan masalah isu syarikat tol dalam bandar yang sampai sekarang menjadi beban politik kepada BN.
19. So aku harap kerajaan tak ambil mudah persepsi dan kemarahan rakyat terhadap saman ekor, kenaikan kos sara hidup, kenaikan kadar pinjaman asas dan kenaikan cukai perkhidmatan kerana ia membabitkan perut rakyat. kitorang perlu menegakkan hak kami. Jadi sebagai seorang 'bapa' mithali, die kenela mendengar luahan hati 'anak2nya'..jangan makan kenyang perut sendiri je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment