Fakta dan Mitos tentang telefon bimbit

Telefon bimbit dapat membunuh pengguna sekiranya ia digunakan di stesen-stesen minyak. Sebenarnya belum pernah lagi terjadi alat ini dapat mencetuskan bunga api atau kebakaran. Ini kerana kebanyakan telefon bimbit menggunakan 3.6 volt tenaga, kurang daripada apa yang digunakan oleh radio walkman ( 9 volt). Walaubagaimanapun berhati-hatilah jika anda menggunakan telefon bimbit dengan bateri Lithium Ion.


Telefon bimbit dapat menyebabkan kanser dan tumor serta mngurangkan daya ingatan. Tiada bukti yang menunjukkan ini terjadi. Telefon bimbit menggunakan transmisi RF atau Radio Frequency yang paling rendah dan tidak mungkin dapat menyebabkan kanser. Malah ini disahkan oleh Journal of American Medical Association dan New England Journal of Medicine.


Telefon bimbit dapat menyebabkan pening kepala. Ini mungkin ada benarnya kerana kerapkali melekapkan telefon bimbit ke telinga dan berbual-bual panjang, sudah tentulah akan mendatangkan stress, tetapi tiada bukti sahih yang menunjukkan penggunaannya yang kerap dapat menyebabkan pening kepala.


Telefon bimbit dapat mencetuskan sistem amaran kebakaran. Tiada bukti yang mengesahkan fenomena ini.


Jangka hayat bateri alkali telefon bimbit boleh dipanjangkan jika diletakkan dalam peti sejuk. Tidak dinafikan ia membantu mengekalkan kuasa mengecas hanya sedikit sahaja kerana jika dibiarkan terdedah kepada suhu yang panas, kuasanya akan berkurang sebanyak 2% setahun. Begitu juga dengan bateri NiMH dan NiCD.


Mengecas bateri secara pantas (quick-charging) dapat mengurangkan jangka hayat bateri. Ini tidak benar. Sebenarnya bateri NiMH akan menjadi bertambah lemah jika dibiarkan pada pengecas sepanjang malam, akibat terlebih cas.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget