lagu-lagu 80 an yg slalu main kat tv..

sape masih ingat lagu2 yang selalu main kat TV awal 90an dulu?
rindu betul nak dengar lagu2 lama main balik kat TV tapi dah tak sesuai lagi sbb peredaran arus masa.

1. AIDS
~'AIDS membawa bencana...
AIDS tak kenal mangsa...
membawa derita sengsara siapa saja yang menghidapnya...
jauhi dari gejala dadah dan perhubungan jenis rambang...
AIDS menjadi punca durjana...
AIDS mengancam manusia...'

2. AIDS & aedes (dikir barat)
~' A.I.D.S merbahaya...
aedes pula mengancam manusia...
sekian dulu nyanyian kami...
terima kasih sekalung budi...'

3. lagu dadah (tak ingat tajuk) - suka lagu ni sebab ada gambar org terima ijazah macam best je... sebab tu study betul2 sampai masuk u semata2 nak genggam ijazah, pakai jubah & hood)
~'marilah kita bersatu...
perangi dadah durjana...
hargailah dirimu selalu...
jangan hidup menderita...
sejak kecil kita dilahirkan...
kita dibelai penuh kasih sayang...
ayah ibu tetap mendoakan...
agar kita mencapai kejayaan...'

4. lagu dera nyanyi ramai2 (sedih tengok video clip ni)
~'merenungi tubuh yang tak bermaya...
dan mengusapi wajah penuh luka...
malang yang menimpanya...
kini menghantui kita...
apalah dosa hingga kau didera...'

5. SENYUM
~'senyum seindah suria yang membawa cahaya...
senyumlah dari hati duniamu berseri...
senyum umpama titian dalam kehidupan...
kau tersenyum ku tersenyum...
kemesraan menguntum...'

6. MEREKA YANG REBAH (kempen anti dadah) - kalau sape perasan, lirik dia ada dalam buku teks bahasa malaysia darjah 3 1991.
~'lihatlah sekeliling kita...
betapa saban hari pasti ada saja...
harapan serta bunga bangsa yang rebah...
untukkan sedikit masa emasmu...
kerana mereka memerlukanmu...'

7. KUALITI TERAS KEJAYAAN
~'apa saja yang susah...
akan menjadi mudah...
sekiranya semua...
bersatu berusaha...'

8. SAYA ANAK MALAYSIA

9. WAWASAN 2020

10. ...DAN BANYAK LAGI LAGU2 PATRIOTIK 80AN & 90AN

10 comments:

Mask said...

AsSalam,
Ada simpanan tak lagu kempen anti dadah tahun 80an..yang antara liriknya " berikan daku secebis dari rasa cinta mu..."...(Tajuk tak ingat lak)
tq

mzakzue said...

Video ada tak..

haykarlz said...

Lagu supertramp give a little bit...pelakon Allayarham Mokhtar Dahari

galaksi said...

Lagu kempen anti dadah tu best..sapa2 ada lagu tu lagi pls share

Unknown said...

Ya saya pun cari lagu anti dadah tu

slipar jipun80 said...

Iringi daku bersama mu,dengan senyum dan mesra mu..berikan daku secebis kasih hidup ini..

slipar jipun80 said...

Iringi daku bersama mu,dengan senyum dan mesra mu..berikan daku secebis kasih hidup ini..

Unknown said...

...ini masa kita bersama, bimbinglah daku..ku perlu kasihmuuu... SEDIH SY DENGAR LAGU DAN LIRIKNYA..MENITIK AIRMATA JANTAN SY..APA YER TAJUK LAGU ANTIDADAH NI? SAPA TAU?

ringgo said...

Nak lagu dadah tu mintak le kat RTM

ringgo said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget