KEBANGKITAN ATAU KEMUSNAHAN MESIR?

APABILA disebut tentang Mesir, salah satu tamadun paling lama di dunia, umum mungkin akan mengenang monumen-monumen popular seperti piramid Giza dan Sphinx, universiti Islam paling lama dan terkenal, Universiti Al-Azhar, bandar bersejarah Memphis dan banyak lagi.

Mesir juga selama ini mempunyai nama baik sebagai sebuah negara yang aman dan stabil daripada semua aspek, termasuk politik. Tetapi siapa sangka, negara contoh seperti Mesir itu sebenarnya menyembunyikan imej sebenar apabila isi huninya tidak berpuas hati dengan kepimpinan negara itu.

Ia kini mempunyai wajah yang berbeza. Imej Mesir sekarang bukan sahaja dicela dengan demonstrasi jalanan dan darurat, malah telah mengakibatkan pelbagai jenis perhubungan telekomunikasi tersekat serta pelbagai sumber mendedahkan bahawa ibu negara Mesir, Kaherah berada dalam keadaan membahayakan.

Kesemua hiruk-pikuk yang wujud ini bukanlah terhadap sesuatu organisasi, parti politik atau tanda protes terhadap sesuatu negara. Ia sebenanrnya merupakan serangan secara langsung oleh penduduk-penduduk Mesir yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan presiden mereka, Hosni Mubarak.

Memegang tonggak kepimpinan nombor satu negara itu sejak 30 tahun yang lalu adalah satu tempoh yang sangat lama. Hosni, 82, terlalu kukuh atau berdegil dengan mengekalkan kuasa yang dipegang sejak tahun 1981 berikutan pembunuhan presiden sebelum itu, Anwar Sadat.

Anwar Sadat yang mati dibunuh dalam satu acara perbarisan tentera memperingati Israel Arab, telah diganti oleh Hosni yang ketika itu berkhidmat dalam Tentera Udara Mesir dan Naib Presiden pada tahun 1975 di bawah Anwar.

Produk tentera udara


Hosni dilahirkan pada 4 Mei 1928 di Kafr-El-Meselha selepas tamat sekolah tinggi dan menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949.

Pada tahun berikutnya, Hosni menyertai Akademi Tentera Udara Mesir dan akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan dan di tugaskan dalam skuadron pengebom.

Selepas itu, Hosni diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow dan sebaik menyempurnakan latihannya itu, Hosni menjadi pegawai Tentera Udara Mesir dan diberi mandat berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila menjadi Komander Tentera Udara.

Beliau kemudian mengahwini wanita kacukan berdarah Barat, Suzanne dan mempunyai dua orang anak lelaki, Alaa dan Gamal Hosni Mubarak. Media melaporkan Alaa dan Gamal dipercayai sejak sekian lama dipersiapkan sebagai pengganti Hosni kelak.

Hosni mempunyai personaliti tersendiri apabila sering diibaratkan sebagai pemimpin Arab yang berkawan rapat dengan kuasa besar Barat, Washington selama berdekad-dekad tahun.

Ekoran keakraban itu, beliau juga pernah beberapa kali menjadi sasaran pembunuhan kumpulan tertentu yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.Namun, selepas 30 tahun memegang tampuk kuasa Mesir, 25 Januari lalu menjadi tarikh keramat rakyat Mesir bangun menentang Hosni.

Bermula dengan puluhan ribu, demonstrasi di seluruh negara dengan pusat utamanya terletak di Dataran Tahriri bertukar ngeri apabila limpahan penunjuk perasaan melonjakkan sehingga angka lebih 300,000.

Ia dikatakan bakal bertambah satu juta orang sebagaimana yang diumumkan sejak awal. Yang pasti, demonstrasi itu kini bertukar rusuhan berdarah apabila pertembungan berlaku antara penyokong Hosni dan anti-Hosni.

Pada hari kelapan dilaporkan seramai 300 nyawa terkorban manakala 3,000 lain tercedera.

“Perubahan kuasa akan dilakukan secara aman.” Demikian kenyataan Hosni merujuk kepada hari-hari awal demonstrasi yang sebenarnya tidak membawa apa-apa erti.

HOSNI tetap berdegil untuk meneruskan karier politiknya sehingga pilihan raya pada bulan September 2011, walaupun diminta meninggalkan jawatan itu segera oleh rakyat dan sekutunya sendiri, Amerika Syarikat.

Berita-berita melaporkan ketegangan yang berpusat di ibu kota Mesir, Kaherah telah berkembang ke beberapa tempat di luar Kaherah dan ia semakin membahayakan orang awam termasuk lebih 14,000 warga Malaysia yang berada di sana.

Walaupun sebelum ini Hosni yang pernah dirujuk sebagai firaun moden Mesir, berjaya menyelamatkan diri daripada enam percubaan bunuh, namun, kebangkitan rakyat mungkin akan menjatuhkannya.

Kebangkitan rakyat bukan sekadar melampaui sejarah silam terhadap ketidakpuasan yang ditunjukkan terhadap Hosni selama ini malah, menyebabkan dua sekutu kuatnya juga membuat langkah menjauhkan diri daripadanya.

Pada 31 Januari, tenteranya mengumumkan tidak akan mencederakan peserta demonstrasi aman dan pada 1 Februari, Presiden Amerika, Barrack Obama menghantar maklumat melalui dutanya meminta Hosni supaya tidak menunggu pilihan raya.

Bagaimanapun Hosni tetap nekad dengan keputusannya untuk menamatkan penggal pemerintahan sehingga September ini.

“Saya akan berkhidmat ke arah bulan-bulan terakhir ini untuk membolehkan peralihan kuasa secara aman (dapat diadakan).

“Ini tanah air saya... saya tinggal di sini, saya berjuang bagi negara ini dan saya mempertahankan negara ini, kedaulatan dan kepentingan negara ini.

“Di bumi ini, saya akan mati. Sejarah akan menilai saya dan kita semua,” ungkap Hosni.

Rapat dengan Israel



Hosni, presiden paling lama di Mesir sejak sistem beraja digulingkan pada tahun 1950-an.

Dia juga satu-satunya pemimpin Arab yang terus mengekalkan kedamaian dengan Israel dan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dilihat pernah bertindak menahan dan memenjara pengkritik, menghapuskan parti pembangkang serta mengatur pilihan raya.

Di sebalik ketidakhirauan orang awam, kemarahan terhadap pemimpin ini terus berkembang selari dengan keadaan ekonomi yang semakin lumpuh.

Penunjuk perasaan menggunakan kemudahan Internet secara optimum untuk menjalan dan merancang demonstrasi. Mereka juga mendapat motivasi daripada pergerakan yang dilakukan di Tunisia, yang dilakukan sebulan sebelum berjaya mengguling tampuk pemerintahan 23 tahun pemerintah autokratik, Zine El-Abidine Ben Ali.


KRONOLOGI KERAJAAN TUNISIA

PADA 7 November 1987 Presiden Tunisia yang pertama, Habib Bourguiba digulingkan oleh Perdana Menteri yang baru dilantik, Jeneral Zine el Abidine Ben Ali yang mengambil alih kuasa.

Pada bulan Januari 2011 - setelah 23 tahun berkuasa, Presiden Ben Ali digulingkan oleh rakyat yang membantah pengangguran begitu meningkat di kalangan rakyat, rasuah dan kenaikan harga pelbagai barang keperluan rakyat.

Walhal pada beberapa peringkat perjuangan menuntut kemerdekaan dari penjajahan Perancis, Bourguiba pernah diberi gelaran al-mujhid al-akhbar (pejuang utama).

Namun, beliau juga dianggap terpengaruh dengan tradisi sekular setelah menuntut di sekolah bahasa Perancis dan melanjutkan pelajaran undang-undang dan sains politik di Paris, serta berkahwin wanita Perancis.

Mendapat perhatian ialah pendiriannya tidak menggalakkan amalan puasa bulan Ramadan sedangkan hampir seluruh rakyat Tunisia beragama Islam (Sunni). Beliau lebih condong kepada liberalisme Barat daripada nasionalisme Arab.

Lalu ada yang memanggilnya Ataturk Afrika Utama, iaitu mengambil nama Kamal Ataturk yang memandu Turki kejurusan sekularisme dan mengenepikan agama.

Kesihatannya terganggu dan ia menjadi lemah setelah umurnya meningkat. Ketika digulingkan Tunisia menghadapi keadaan perang saudara. Rusuhan-rusuhan berlaku di jalan-jalan raya setelah harga bahan-bahan makanan meningkat hingga 80 peratus dan kian ramai rakyat menganggur hingga 25 peratus. Di samping itu hubungan dengan lain-lain negara Afrika merosot.

Diwaktu itu juga beliau diperiksa oleh sebilangan pakar-pakar kesihatan yang kemudian memutuskan bahawa beliau tidak begitu bermaya lagi menyandang jawatan presiden.

Tunisia mencapai kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1956 dan Perancis pada tahun 1956 dan diistiharkan menjadi republik setelah Borguiba menggulingkan Bey of Tunisia dan ia menjadi presiden. Pada tahun 1975 beliau dilantik menjadi presiden seumur hidup!

Poligami

Dalam sejarah silam Tunisia pernah ditakluk oleh Carthage, Rome, Arab, Turki (Kerajaan Uthmaniah).

Menurut laporan Wikipedia pula Tunisia satu-satunya negeri Arab setelah merdeka yang melarang poligami. Ia antara undang-undang yang diajukan oleh Borguiba.

Dalam pada itu perkembangan Tunisia menetapkan Islam sebagai agama rasmi dan seseorang presiden mesti beragama Islam.

Di samping itu Tunisia menghadkan pakaian tudung di pejabat-pejabat kerajaan dan tidak menggalakanya di jalan raya atau khalayak umum.

Tunisia terdiri dari 99 peratus warga Islam dan cuma 0.25 peratus Kristian dan kurang dari itu beragama Yahudi.

Menurut laporan-laporan terbaru, pihak polis Tunisia telah menangkap ketua pasukan pengawal peribadi bekas Presiden Ben Ali dan sebilangan rakan-rakannya.

Menjadi sasaran ialah syarikat-syarikat yang dimiliki oleh keluarga Ben Ali, terutama milik isterinya, Laila Trabelsi, termasuk bank dan syarikat-syarikat jualan kereta.

Ben Ali, 74 tahun dan keluarga telah mendapat perlindungan di Arab Saudi. Menurut laporan awal, kerajaan Perancis tidak menerima pendaratan kapal terbang yang membawanya ke negara Perancis.

Sementara itu Perdana Menteri Tunisia, Mohamed Ghannauchi telah membentuk kerajaan bersama pihak pembangkang untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan pilihan raya mahu diadakan dalam masa 60 hari.

Sementara penyelesaian muktamad dan pilihan raya itu speaker Parlimen, Fouad Mobizza dilantik sebagai presiden sementara.

Menjadi masalah ialah tentangan terhadap parti-parti pro Ben Ali menyertai kerajaan campuran. Juga timbul pertanyaan ialah kenapa parti-parti Islam tidak diundang.

Menjadi pertanyaan utama ialah kenapa presiden pertama dan presiden kedua Tunisia digulingkan. Ben Ali berkuasa selama 23 tahun manakala Borguiba (1903-2000) menjadi presiden dari 1957-1987.

Betapa nasib negara dan rakyat dan apa pelajaran diperolehi dari segala yang telah berlaku serta pelajaran bagi negara-negara lain dengan masalah-masalah seumpama.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget