Drama TV Melayu yang diminati era 80-an dan awal 90-an.

Sekarang ni kalau kita tengok dah macam-macam rancangan serta program TV berbahasa melayu di kaca TV. Kalau drama tu dah berlambak-lambak. Ada sesetengah tu aku tengok dah terlalu ke-ala-ala drama latin laa pulak. Baik dari segi gaya hidup yang dipaparkan hingga ke pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon dah macam bukan orang melayu beragama Islam. Walaubagaimanapun ada juga rancangan-rancangan dan juga drama-drama yang berkualiti. Emm.. bagaimana pulak pada zaman dulu-dulu eak.. di era 80-an dan juga awal 90-an. Apa agaknya rancangan berbahasa melayu yang popular masa tu. Aku cuba senaraikan mana-mana yang aku masih ingat.

1. OPAH

Yang hidup era 80-an dan 90-an tentunya akan ingat siri TV ni. Kisah keluarga memang ramai peminat cuma masa ramai pelakon dah bertukar tu yang nampak kurang menyengat sikit. Pergolakkan yang dipaparkan tidakla macam drama-drama sekarang ni sebab ianya masih dalam suasana kekeluargaan. Ini dua rangkap daripada lagu tema cerita nih..
Dia seorang tua
Pengasih dan penyayang
Tak pernah hidup duka
Bersama keluarganya
Ini kisah anaknya
Empat orang semuanya
Seorang tiada punya
Yang tidak pernah berkeluarga

2. Naik Tangga Turun Tangga

Cerita ni ditayangkan kat TV3 jadi aku tak berapa tengok sangat sebab tak dapat TV3 kat umah aku masa tu. Time tuh manalaa ada Astro ke hapa semua. Apapun aku tahu jugak yang cerita ni tak kurang popularnya yang mana dilakonkan oleh Rubiah Suparman dan Abu Bakar Omar. Ikutkan.. aku dah sedikit lupa pasal cerita ni tetapi bila buat survey tanya orang lama-lama baru aku teringat.

3. Rumah Kedai

Aku suka gak ngan citer nih, cerita sebelum buka puasa...!! Tapi tak selalu dapat tengok. Kadang-kadang jee TV3 dapat kat rumah. Itupun setelah aku naikkan ‘areal TV ‘ sama tinggi ngan pokok kelapa. Aku percaya cerita ni masih seronok untuk untuk ditonton kalau ditayangkan balik. Terfikir jugak kenapa drama-drama yang begini kurang dihasilkan sekarang.

4. Seiring Jalan

Tak silap aku cerita ni masa aku sekolah rendah. Kisah 3 remaja yang mengembara naik basikal. Dalam setiap episod ada sahaja misteri dan permasalahan yang dirungkai pada setiap tempat yang mereka singgah. Tapi cerita ni satu musim je ditayangkan.

5. Wajah Sutinah

Cerita ni selalu jadi bualan kat sekolah. Kira seram jugaklah. Bagaimana cerita dia aku memang dah lupa sangat. Pelakon pun aku tak ingat. Ada sesiapa yang ingat boleh bagitaulah. Disebabkan cerita ni ada rasa takut gak nak ke tution.

6. PJ Holding

Ni kira dallas versi Malaysia laa kononnya. Aku tak tengok sangat tapi rata-rata orang lama kata mereka suka tengok cerita ni. Yang aku ingat pelakonnya Azmil Mustafa, Mellisa Saila dan Osman Zailani. Kalau silap betulkan keh.

7. Seorang tua dikaki gunung

Pelakon utamanya Tamam Idris. Cerita ni diadaptasikan dari novel Azizi Abdullah. Mungkin tak sehebat novelnya tetapi tetap menarik untuk ditonton. Sedih ceritanya tak percaya cuba dapatkan novelnya. Aku rasa masih lagi terjual di pasaran kerana ini merupakan satu naskhah hebat tulisan Azizi Abdullah.

8. Hanbali seorang Jeneral

Aku tak miss tengok cerita nih. Kisah jeneral pencen lakonan Eman Manan. Ending dia si Jeneral pencen ni kena masuk hutan jugak. Disiarkan dalm slot drama swasta rasanya.

9. Siapa Bunuh Alice

Lawak betul cerita ni. Sampai pelakon sendiri tak tahu siapa bunuh Alice. Entah betul entah tidak. Kat sekolah sibuk meneka-neka. Last-last.. aku sendiri dah lupa siapa yang bunuh Alice.. ahhahaha..

10. Anjang Aki

Mengisahkan seorang ayah yang menyesal kerana menghalau anaknya yang ditangkap basah. Lakonan Ismail Hutson….

11. Hikayat Hang Setia

Kalau tak silap Param jadi hero. Lagu ini dinyanyikan oleh SM Salim?
"al-kesah,
satu cherita,
kononnya bermula,
di sebuah desa,
rakyatnya,
berbilang bangsa,
hidup aman dan sentosa
hantu jembalangan...
byk berkeliaran....."
dia choba nak menghasut,
perpaduan rakyat,
rupanya macam hantu,
perangai macaaaam setan,
dalam hikayat hang setiaaaaaaaaaaaaa"

12. Pendekar Kundur

Lakonan Eman Manan dan Tiara Jacquelina. Permulaan era pendekar kat TV. Lepas tu muncullah Keris Hitam bersepuh emas, tok janggut, tuah Jebat dan macam-macam lagilaa. Semua macam nak jadi Pendekar datang sekolah. Hampeh tul!

13. Keris Hitam Bersepuh Emas

Mengisahkan 7 pendekar muda yg syahid. 7 pendekar yg menguasai 7 gerak silat dan 7 jenis senjata yg berlainan. Bitara diarahkan mencari anak-anak murid gurunya untuk menentang Portugis di Melaka. Bermulalah pengembaraan..Dibintangi oleh Eman Manan, Ebby Yus.. ditaja oleh rokok Perillys

7 PENDEKAR;
- BITARA (KERIS HITAM BERSEPUH EMAS)
- SANG GUNA (TONGKAT)
- SALI (TEKPI)
- ADI JAYA (GOLOK)
- AGAM (PISAU)
-JEMPOL(PANAH)
- HANG PERKASA (RANTAI)

14. Hati Waja

Drama Hati Waja dibintangi oleh Rusdi Ramli! Faizal Hussein! Fuh best! Mengenai seni bela diri dan pengkhianatan Faizal Hussein yang membunuh gurunya sebaliknya Rusdi Ramli yang dituduh membunuh semasa pertandingan seni bela diri.

Alamak kalau aku kumpulkan semua cerita-cerita ni banyak lagi sebenarnya. Drama-drama Yusuf Haslam macam remang-remang kota raya, Debu-debu kotaraya dan Harimau Rimba. Harimau Rimba tu meletup masa cerita Nam:Tour of Duty ditayangkan kat TV2. Pastu Tok Perak, Slot Spektra, Identiti, Gado-Gado, 2+1, Jangan Ketawa, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Baba dan Nyonya fuh banyaklah.. Drama melayu sekarang banyak nak tonjolkan dunia korporat tapi macam keparat je aku tengok. Tak habis-habis dendam mendendam, bunuh-membunuh dan simpan perempuan. Dah semakin terkeluar dari kehidupan masyarakat melayu beragama Islam.huh.. (Diedit dari Blog Nuaeman)

Tolong bantu ADMIN ingat balik tajuk-tajuk cerita Melayu dulu dan kisah2nya.... hehe

11 comments:

Anonymous said...

ape kate kite gmntak tv 3 n rtm main balik crite2 tu?aku pun nk jgk tgk crite opah ngtn rumah kdai tu mmg crtie lme ni x bosan nk tgk

Anonymous said...

sesapa tau tak mana nak download filem Hati Waja lakonan Rusdi Ramli tu...aku dok cari lama dah tu...

Anonymous said...

oshin.. rin hanikoma...

Harimau Malaya said...

yeahh..drama seiring jalan mengisahkan 3 orang sahabat mengembara naik basikal "racing". Salah seorang pelakonnya ada berlakon dalam Filem "Roda-roda"..yang mengisahkan sekumpulan anak yatim naik basikal BMX , lepas sekolah ambil upah bersih kandang lembu..bos kandang lembu naik kereta mini warna merah..( lakonan allahyarham zami ismail)..perghh, masa ni teman pun paksa ayah teman gi kedai basikal..belikan basikal BMX yang sangat terkenal bagi yang membesar era 80an..

bmpower said...

Terbaaikkkk.... seiring sejalan tu laa aku dok cari tajuknya... akhirnya.. beli bmx pun sbb nak tiru 3 skwan tu.. bab siapa bunuh alice tu, seingat aku ending dia xtau pun sapa bunuh alice.. satu lg 'Harimau Rimba'... dlm utube pun xd .. chet!.. cite askar paling best time tu..

azmir said...

betul kata admin..sekarang drama keparat.. jalan cite yg sama.. anak org kaya yang manje..berfoya2..lepas tu ada sorang gadis cairkan hati ank lelaki kaya tu..tiada kualiti langsung

Unknown said...

drama tv1 pun best2 jugak masa tu..kul 7pm..paling best drama jaguh kampung dan berarak memori jingga..memang kenangan la...satu lg yg aku masih dok cari cd xjumpa2...tajuk roda-roda..yg budak2 main basikal bmx tu..

wrazwan said...

bentayan...musang si guntang...ninja....

wrazwan said...

bentayan...musang si guntang...ninja....

ted manoff said...

Perghhhh..semua cherita tuu aku dh tgk..tq admin..dh lama sgt jln crita pun lupa..siapa baca entry nii tahun 2018..komen sikit..dah tua dah korang..hahaha..

Anonymous said...

Nak main blk mcm mana dah reput kena mkn anai2 dah apa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget