Telefon bimbit dapat membunuh pengguna sekiranya ia digunakan di stesen-stesen minyak. Sebenarnya belum pernah lagi terjadi alat ini dapat mencetuskan bunga api atau kebakaran. Ini kerana kebanyakan telefon bimbit menggunakan 3.6 volt tenaga, kurang daripada apa yang digunakan oleh radio walkman ( 9 volt). Walaubagaimanapun berhati-hatilah jika anda menggunakan telefon bimbit dengan bateri Lithium Ion.
Telefon bimbit dapat menyebabkan kanser dan tumor serta mngurangkan daya ingatan. Tiada bukti yang menunjukkan ini terjadi. Telefon bimbit menggunakan transmisi RF atau Radio Frequency yang paling rendah dan tidak mungkin dapat menyebabkan kanser. Malah ini disahkan oleh Journal of American Medical Association dan New England Journal of Medicine.
Telefon bimbit dapat menyebabkan pening kepala. Ini mungkin ada benarnya kerana kerapkali melekapkan telefon bimbit ke telinga dan berbual-bual panjang, sudah tentulah akan mendatangkan stress, tetapi tiada bukti sahih yang menunjukkan penggunaannya yang kerap dapat menyebabkan pening kepala.
Telefon bimbit dapat mencetuskan sistem amaran kebakaran. Tiada bukti yang mengesahkan fenomena ini.
Jangka hayat bateri alkali telefon bimbit boleh dipanjangkan jika diletakkan dalam peti sejuk. Tidak dinafikan ia membantu mengekalkan kuasa mengecas hanya sedikit sahaja kerana jika dibiarkan terdedah kepada suhu yang panas, kuasanya akan berkurang sebanyak 2% setahun. Begitu juga dengan bateri NiMH dan NiCD.
Mengecas bateri secara pantas (quick-charging) dapat mengurangkan jangka hayat bateri. Ini tidak benar. Sebenarnya bateri NiMH akan menjadi bertambah lemah jika dibiarkan pada pengecas sepanjang malam, akibat terlebih cas.
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
85 Fakta menarik
1. Dalam satu titis air, mengandungi 50 juta bakteria
2. Jumlah bakteria yang ada dalam satu mulut manusia adalah lebih banyak daripada jumlah manusia di muka bumi ini.
3. Dengan menaikkan kaki perlahan-lahan dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir selut.
4. Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau
5. Memakan saderi membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri
6. Lobster dapat hidup selama 100 tahun
7. Gula-gula getah tidak dijual di Disney Land
8. Mengunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis
9. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan
10. Nama Artic (kutub utara) bermaksud beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara
11. Kod Telefon Internasional untuk Antartica adalah 672.
12. Bom pertama sekutu dijatuhkan di Berlin pada perang dunia ke II. Membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.
13. Rata-rata hujan jatuh dengan kecepatan 7 batu sejam
14. Leonardo Da Vinci memerlukan masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa. Lukisan itu tidak ditandai dan di beri tarikh. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang persis sama dan menurut laporan x-ray, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.
15. Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox
16. Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filem agar kita dapat melihat semua gerakannya.
17. Satu kilo dari berat badan kita mengandung 7000 kalori
18. Darah sama pekat dengan air laut
19. Air laut di lautan Atlantik lebih masin dari pada di lautan Pasifik
20. Topeng tokoh Michael Myers di film horor ‘Helloween’ sebenarnya adalah topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih - mereka kekurangan modal.
21. Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.
22. 1 bayi lahir setiap 7 saat
23. Satu dari 14 wanita Amerika berambut perang asli. Lelaki pula hanya satu dari 17
24. The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun.
25. Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat
26. Di Amerika, seseorang dikenalpasti menderita AIDS tiap 10 minit. Di Afrika, seseorang meninggal karena AIDS setiap 10 minit
27. Sampai usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernapas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh melakukannya
28. Alasan kenapa di iklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam itu akan kelihatan seperti sedang tersenyum
29. Seiap tahun bulan menjauh 3.82cm dari bumi
30. Saat kita bertahan hidup dan tidak ada bahan makanan, kasut adalah makanan terbaik untuk dimakan karena mengandungi cukup gizi untuk hidup buat sementara waktu.
31. Dalam satu titis air, mengandungi 50 juta bakteria
32. Jumlah bakteria yang ada dalam satu mulut manusia adalah lebih banyak daripada jumlah manusia di muka bumi ini.
33. Dengan menaikkan kaki perlahan-lahan dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir selut.
34. Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau
35. Memakan saderi membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri
36. Lobster dapat hidup selama 100 tahun
37. Gula-gula getah tidak dijual di Disney Land
38. Mengunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis
39. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan
40. Nama Artic (kutub utara) bermaksud beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara
41. Jika kita berdiri di dasar perigi, kita boleh melihat bintang walaupun di siang hari
42. Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.
43. Kebanyakan manusia lebih menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada ruang tertutup (claustrophobia) .
44. Teknik mengacau terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W
45. Adegan band yang terus bermain muzik saat Titanic tenggelam adalah kisah nyata
46. Buku Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling banyak dicuri dari perpustakaan
47. 35% dari orang yang mencari jodoh melalui internet, sudah menikah
48. Coca-Cola dulu berwarna hijau
49. Secara fizikal, babi tidak boleh mendongak ke langit
50. Semua beruang kutub kidal
51. Jika anda menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit anda akan dapat merasakan kesannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.
51. India mempunyai Undang-undang hak untuk lembu
52. Jika anda bersin terlalu kuat, anda dapat meretakkan tulang rusuk. Jika anda cuba menahan bersin, anda boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah, dan akan menyebabkan kematian. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya.
53. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip
54. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud
55. Kanak-kanak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32.
56. Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya
57. Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan “Solarmax”.
58. Ada 318,979,564,000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.
59. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi
60. Harimau adalah yang terbesar dalam keluarga kucing
61. Nombor “172? boleh didapati di wang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah Lincoln Memorial.
62. Pohon kelapa membunuh 150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada ikan yu
63. Pada poster film ‘Pretty Woman’ Julia Robets terlalu pendek untuk jadi sejajar dengan Richard Gere. Maka mereka menggunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia.
64. Tiga monyet bijak punya nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).
65. Daerah kutub kehilangan matahari selama 186 hari dalam setahun
66. Orang German cuba untuk meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta
67. Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter
68. Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
69. Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.
70. Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.
71. Tanda ’save’ pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik
72. Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).
73. Unta punya 3 kelopak mata.
74. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru
75. Seseorang itu masih di dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal
76. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip. kita boleh berkedip 5 kali dalam sedetik
77. Coklat dapat membunuh anjing, kerana ianya mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya
78. Tanpa dicampur air liur di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan
79. Kuku di jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki
80. 13% orang di dunia adalah kidal
81. Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan
82. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya
83. Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya merupakan kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata
84. Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri
85. Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat.

4 Monumen Berbentuk Tangan Yang Menakjubkan
Ada banyak monumen berbentuk tangan di seluruh dunia ini, kebanyakan semua monumen tersebut seperti hendak menggapai langit di atasnya seolah-olah ingin lepas dari kehidupan di bawah tanah. Beberapa bahkan tampak menyeramkan, ini adalah 4 monumen berbentuk tangan yang terbaik dari seluruh dunia
1. Mano del Desertio
Monumen setinggi 11 meter ini bernama Mano del Desertio yang dapat ditemukan terbenam dalam pasir di padang pasir Atacama, Chile. Monumen ini sudah ada sejak tahun 1992 dan terbuat dari kombinasi besi dan semen, tangan raksasa ini di desain dan dibangun oleh pemahat dari chile bernama Mario Irarrazabal, orang yang juga membuat Monumen 'The Drowned' yang akan dibahas setelah ini.
2. The Drowned
Monumen ini juga didesain oleh Mario Irarrazabal pada tahun 1982, dibangun untuk memperingatkan orang-orang tentang bahaya tenggelam di Punta del Este, Uruguay, dan saya yakin monumen ini pasti akan membuat orang-orang menjauhi air .
3. Sebuah Monumen Tangan di Antah Berantah Saskatoon
Monumen ini sulit dicari informasi detailnya, yang pasti anda dapat menemukannya di suatu tempat di Saskatoon, Canada, dekat universitas setempat. Pembuat monumen ini juga tidak diketahui, yang jelas monumen ini sungguh mengerikan .
4. Hand of Harmony
Monumen ini adalah salah satu dari monumen di pantai Homigot di Korea Utara, meskipun negara komunis ini terkenal sangat tertutup akan tetapi monumen ini cukup terkenal. Terbuat dari perunggu dan granite pada tahun 1999 dan merupakan simbol "perjuangan dan semangat dari semua warga Korea untuk mengejar hidup yang lebih baik".
source: http://c3ndhol.blogspot.com/2010/12/4-patung-tangan-raksasa-menyeramkan.html

GEMPAKcorner: CINEMA PALING KECIK!
Sol Cinema, sebuah projek yang didana oleh media seni amal Undercurrents , adalah panggung wayang terkecil di dunia bertenaga suria. Terbuat dari caravan yang di ubah suai seperti teater menggunakan empat bateri besar lithium-ion yang dimenggunakan dua dua panel suria 120W. Teater filem tersebut dapat menampung 8 orang dewasa atau 12 anak-anak untuk pengalaman yang unik.
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
CITA-CITA KITA....
Darjah 1 seingat aku mcm nak jadi Ninja Turtle sebab selalu bergaduh ngan kawan2
Darjah 3 aku nak jadi Cikgu.
Darjah 5 Mak aku suruh jadi Doktor. aku rase semua org pun mcm nk jadi doktor kan.
Darjah 6 nak jadi pemain bola bcoz macam cool dan ramai awek
Tingkatan 1 tak dpt bayang lagi nak jadi ape
Ting 3 pikir nak masuk form 4 je dulu, coz after PMR nak further form 4 masuk kelas ALIRAN SAINS
Ting 4 nak jadi saintis pulak coz aku suke mengkaji2
Ting 5 aku tgk macam susah jek nk jadi doktor n saintis tu..coz result exam pon xla gempak sgt
last2 skang keje kat company swasta jek..trasa nk masuk government tapi interview susah sgt nak dpt....hahaaha
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
0
comments
Friday, February 4, 2011
al kisah dulu dulu
SAPE- SAPE YG LAHIR TAHUN 80 AN!!!!!???????
Seingat aku kita membesar dgn tengok cite HE-man, Transformers, Thundercats, Casper, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban dan Suria Perkasa (Baja) Hitam~TENDANGAN PADU MAUUUTTTT~ trademark suria perkasa hitam bile nk kalahkan sang penjahat.
Korang ingat tak,dulu time sekolah rendah hatta sejak tadika lg, mesti ade sesi check dan mencabut gigi. siap ade check book lagi. selalunye kan, misi tu masuk kelas dgn list dentist appointment. Sorang2 kene panggil. sape yg takut cabut gigi sure berdebar2 je tunggu turn.Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. Yg slalu org takut time injection tu. ade yg nk mleleh air mata tp thn jela coz nk tunjuk terer dan tnjuk kuat dpn kawan2 len.
Ade 1 benda ni sure korang igt...program susu skolah dan RMT aka Rancangan Makanan Tambahan. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb.mane yang kurang mampu tu ade yg dapat free jek.seingat aku gak susu coklat je ade kan..
Pastu korang ingat x,cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan.nak lagi sakit terbalikkn tapak tangan,baru cikgu pukul.. kan ? time tu xda pun mak bapak marah atau saman cikgu kalau rotan kite kan. Kite yg buat salah, so kenela tanggung.
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. Time tu kalau bawak duit belanja singgit da kire kaya gile dah.
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.kite dulu pakai walkman jek kalau nak dengar lagu..
Kite pegi kedai runcit, beli Chekedis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. makan free la katekan
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa.tp selalunye buat aktiviti sendiri la.cikgu plak lepak je kat kantin..
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police Sentry', main kejar2, men nyorok2.
Pastu kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen.memang layan kan. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! aiskrim PONG la tu..
pastu ade satu game ni,lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik.pe lagi lastik la kawan2,then berperangla beramai2.
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...Korang ingat tak dulu2 mesti ade dentist dtg sekolah check gigi kan.Penajanya sure lah COLGATE..(PROMOTE SKETTTT) Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi longkang dgn classmates semua kat seblah...
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
lagu-lagu 80 an yg slalu main kat tv..
sape masih ingat lagu2 yang selalu main kat TV awal 90an dulu?
rindu betul nak dengar lagu2 lama main balik kat TV tapi dah tak sesuai lagi sbb peredaran arus masa.
1. AIDS
~'AIDS membawa bencana...
AIDS tak kenal mangsa...
membawa derita sengsara siapa saja yang menghidapnya...
jauhi dari gejala dadah dan perhubungan jenis rambang...
AIDS menjadi punca durjana...
AIDS mengancam manusia...'
2. AIDS & aedes (dikir barat)
~' A.I.D.S merbahaya...
aedes pula mengancam manusia...
sekian dulu nyanyian kami...
terima kasih sekalung budi...'
3. lagu dadah (tak ingat tajuk) - suka lagu ni sebab ada gambar org terima ijazah macam best je... sebab tu study betul2 sampai masuk u semata2 nak genggam ijazah, pakai jubah & hood)
~'marilah kita bersatu...
perangi dadah durjana...
hargailah dirimu selalu...
jangan hidup menderita...
sejak kecil kita dilahirkan...
kita dibelai penuh kasih sayang...
ayah ibu tetap mendoakan...
agar kita mencapai kejayaan...'
4. lagu dera nyanyi ramai2 (sedih tengok video clip ni)
~'merenungi tubuh yang tak bermaya...
dan mengusapi wajah penuh luka...
malang yang menimpanya...
kini menghantui kita...
apalah dosa hingga kau didera...'
5. SENYUM
~'senyum seindah suria yang membawa cahaya...
senyumlah dari hati duniamu berseri...
senyum umpama titian dalam kehidupan...
kau tersenyum ku tersenyum...
kemesraan menguntum...'
6. MEREKA YANG REBAH (kempen anti dadah) - kalau sape perasan, lirik dia ada dalam buku teks bahasa malaysia darjah 3 1991.
~'lihatlah sekeliling kita...
betapa saban hari pasti ada saja...
harapan serta bunga bangsa yang rebah...
untukkan sedikit masa emasmu...
kerana mereka memerlukanmu...'
7. KUALITI TERAS KEJAYAAN
~'apa saja yang susah...
akan menjadi mudah...
sekiranya semua...
bersatu berusaha...'
8. SAYA ANAK MALAYSIA
9. WAWASAN 2020
10. ...DAN BANYAK LAGI LAGU2 PATRIOTIK 80AN & 90AN
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
Budak Dulu... Budak Sekarang...alahai....
Budak dulu kalau org tua sedang bercakap, cuma dengar dan tak menyampuk.Sbb kalau menyampuk sure kene bedil sbijik.
Budak sekarang kalau org tua sedang bercakap, siap boleh sampuk dan ambil alih perbualan dengan selamber jek.
Budak dulu kalau pergi sekolah boleh pergi sendiri. antara jalan kaki atau naik basikal je. Budak sekarang kena hantar dan ambil.paling best sekarang ramai yg da guna motorsikal dan kereta pergi sekolah.fuh dahsyat..
Budak dulu kalau hari raya habis satu kampung dia pergi beraya.sampai kampung sebelah tak kenal pun bedal je masuk beraya. Budak sekarang kat umah sebelah pun tak mau pegi beraya, asyik tgk tv.katanya bukan best pun pegi beraya
Budak dulu kalau kena pukul ngan cikgu takut nak bagitau mak bapak, nanti kena tambah lagi. Budak sekarang Cikgu pulak takut nak pukul.kang kene saman ngan mak bapak..sape salah?
Budak dulu kalau petang2 turun main ramai2. Budak sekarang main game PS2, PS3 dan macam2 lagi
Budak dulu nak makan KFC pun susah.makan ayam goreng masakan ibunda je. Budak sekarang naik muak makan KFC.
Budak dulu kalau sedara mara datang rumah kena pegi kenal tetamu. Budak sekarang lari masuk bilik tak nak kenal tetamu
Budak dulu kalau suruh buat kerja, rajinnn. Budak sekarang kalau bagi upah atau laung 15 kali baru nak wat kerja.
Budak dulu memang terer panjat pokok, berenang, menyelam, main sembunyi2... budak sekarang??
Budak dulu kenal semua budak2 kat kg / taman...... budak sekarang??
jadi mana yang lebih baik???
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
Drama TV Melayu yang diminati era 80-an dan awal 90-an.
Sekarang ni kalau kita tengok dah macam-macam rancangan serta program TV berbahasa melayu di kaca TV. Kalau drama tu dah berlambak-lambak. Ada sesetengah tu aku tengok dah terlalu ke-ala-ala drama latin laa pulak. Baik dari segi gaya hidup yang dipaparkan hingga ke pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon dah macam bukan orang melayu beragama Islam. Walaubagaimanapun ada juga rancangan-rancangan dan juga drama-drama yang berkualiti. Emm.. bagaimana pulak pada zaman dulu-dulu eak.. di era 80-an dan juga awal 90-an. Apa agaknya rancangan berbahasa melayu yang popular masa tu. Aku cuba senaraikan mana-mana yang aku masih ingat.
1. OPAH
Yang hidup era 80-an dan 90-an tentunya akan ingat siri TV ni. Kisah keluarga memang ramai peminat cuma masa ramai pelakon dah bertukar tu yang nampak kurang menyengat sikit. Pergolakkan yang dipaparkan tidakla macam drama-drama sekarang ni sebab ianya masih dalam suasana kekeluargaan. Ini dua rangkap daripada lagu tema cerita nih..
Dia seorang tua
Pengasih dan penyayang
Tak pernah hidup duka
Bersama keluarganya
Ini kisah anaknya
Empat orang semuanya
Seorang tiada punya
Yang tidak pernah berkeluarga
2. Naik Tangga Turun Tangga
Cerita ni ditayangkan kat TV3 jadi aku tak berapa tengok sangat sebab tak dapat TV3 kat umah aku masa tu. Time tuh manalaa ada Astro ke hapa semua. Apapun aku tahu jugak yang cerita ni tak kurang popularnya yang mana dilakonkan oleh Rubiah Suparman dan Abu Bakar Omar. Ikutkan.. aku dah sedikit lupa pasal cerita ni tetapi bila buat survey tanya orang lama-lama baru aku teringat.
3. Rumah Kedai
Aku suka gak ngan citer nih, cerita sebelum buka puasa...!! Tapi tak selalu dapat tengok. Kadang-kadang jee TV3 dapat kat rumah. Itupun setelah aku naikkan ‘areal TV ‘ sama tinggi ngan pokok kelapa. Aku percaya cerita ni masih seronok untuk untuk ditonton kalau ditayangkan balik. Terfikir jugak kenapa drama-drama yang begini kurang dihasilkan sekarang.
4. Seiring Jalan
Tak silap aku cerita ni masa aku sekolah rendah. Kisah 3 remaja yang mengembara naik basikal. Dalam setiap episod ada sahaja misteri dan permasalahan yang dirungkai pada setiap tempat yang mereka singgah. Tapi cerita ni satu musim je ditayangkan.
5. Wajah Sutinah
Cerita ni selalu jadi bualan kat sekolah. Kira seram jugaklah. Bagaimana cerita dia aku memang dah lupa sangat. Pelakon pun aku tak ingat. Ada sesiapa yang ingat boleh bagitaulah. Disebabkan cerita ni ada rasa takut gak nak ke tution.
6. PJ Holding
Ni kira dallas versi Malaysia laa kononnya. Aku tak tengok sangat tapi rata-rata orang lama kata mereka suka tengok cerita ni. Yang aku ingat pelakonnya Azmil Mustafa, Mellisa Saila dan Osman Zailani. Kalau silap betulkan keh.
7. Seorang tua dikaki gunung
Pelakon utamanya Tamam Idris. Cerita ni diadaptasikan dari novel Azizi Abdullah. Mungkin tak sehebat novelnya tetapi tetap menarik untuk ditonton. Sedih ceritanya tak percaya cuba dapatkan novelnya. Aku rasa masih lagi terjual di pasaran kerana ini merupakan satu naskhah hebat tulisan Azizi Abdullah.
8. Hanbali seorang Jeneral
Aku tak miss tengok cerita nih. Kisah jeneral pencen lakonan Eman Manan. Ending dia si Jeneral pencen ni kena masuk hutan jugak. Disiarkan dalm slot drama swasta rasanya.
9. Siapa Bunuh Alice
Lawak betul cerita ni. Sampai pelakon sendiri tak tahu siapa bunuh Alice. Entah betul entah tidak. Kat sekolah sibuk meneka-neka. Last-last.. aku sendiri dah lupa siapa yang bunuh Alice.. ahhahaha..
10. Anjang Aki
Mengisahkan seorang ayah yang menyesal kerana menghalau anaknya yang ditangkap basah. Lakonan Ismail Hutson….
11. Hikayat Hang Setia
Kalau tak silap Param jadi hero. Lagu ini dinyanyikan oleh SM Salim?
"al-kesah,
satu cherita,
kononnya bermula,
di sebuah desa,
rakyatnya,
berbilang bangsa,
hidup aman dan sentosa
hantu jembalangan...
byk berkeliaran....."
dia choba nak menghasut,
perpaduan rakyat,
rupanya macam hantu,
perangai macaaaam setan,
dalam hikayat hang setiaaaaaaaaaaaaa"
12. Pendekar Kundur
Lakonan Eman Manan dan Tiara Jacquelina. Permulaan era pendekar kat TV. Lepas tu muncullah Keris Hitam bersepuh emas, tok janggut, tuah Jebat dan macam-macam lagilaa. Semua macam nak jadi Pendekar datang sekolah. Hampeh tul!
13. Keris Hitam Bersepuh Emas
Mengisahkan 7 pendekar muda yg syahid. 7 pendekar yg menguasai 7 gerak silat dan 7 jenis senjata yg berlainan. Bitara diarahkan mencari anak-anak murid gurunya untuk menentang Portugis di Melaka. Bermulalah pengembaraan..Dibintangi oleh Eman Manan, Ebby Yus.. ditaja oleh rokok Perillys
7 PENDEKAR;
- BITARA (KERIS HITAM BERSEPUH EMAS)
- SANG GUNA (TONGKAT)
- SALI (TEKPI)
- ADI JAYA (GOLOK)
- AGAM (PISAU)
-JEMPOL(PANAH)
- HANG PERKASA (RANTAI)
14. Hati Waja
Drama Hati Waja dibintangi oleh Rusdi Ramli! Faizal Hussein! Fuh best! Mengenai seni bela diri dan pengkhianatan Faizal Hussein yang membunuh gurunya sebaliknya Rusdi Ramli yang dituduh membunuh semasa pertandingan seni bela diri.
Alamak kalau aku kumpulkan semua cerita-cerita ni banyak lagi sebenarnya. Drama-drama Yusuf Haslam macam remang-remang kota raya, Debu-debu kotaraya dan Harimau Rimba. Harimau Rimba tu meletup masa cerita Nam:Tour of Duty ditayangkan kat TV2. Pastu Tok Perak, Slot Spektra, Identiti, Gado-Gado, 2+1, Jangan Ketawa, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Baba dan Nyonya fuh banyaklah.. Drama melayu sekarang banyak nak tonjolkan dunia korporat tapi macam keparat je aku tengok. Tak habis-habis dendam mendendam, bunuh-membunuh dan simpan perempuan. Dah semakin terkeluar dari kehidupan masyarakat melayu beragama Islam.huh.. (Diedit dari Blog Nuaeman)
Tolong bantu ADMIN ingat balik tajuk-tajuk cerita Melayu dulu dan kisah2nya.... hehe
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
BEBERAPA HUKUM HAKAM BERDASARKAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid). Muzakarah telah memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi agama. Muzakarah menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.
Keterangan/Hujah:
1.Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki.
2.Majoriti ulama' bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki. Maksud menyerupai ini termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
3.Apa yang berlaku pada hari ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan ikutan yang membuta tuli yang akan mengancam golongan remaja Islam di seluruh dunia.
4.Gejala pengkid ini telah lama menular di negara-negara barat dan perlakuan hubungan sesama jenis adalah akibat dari gejala ini yang seolah-olah menjadi fenomena biasa.
5.Walaupun hukum Islam jelas melarang perlakuan wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita, tetapi kebanyakkan umat Islam tidak memandang serius larang tersebut.
6.Isu pengkid juga berkaitrapat dengan kedudukan hiburan yang melampau dan pergaulan bebas di kalangan remaja
Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1.Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
2.Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
3.Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit. Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci Al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas.
Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1.Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
2.Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

12 Bentuk Penipuan Popular Di Malaysia.
12 Bentuk Penipuan Popular Di Malaysia Tahun 2006
(SUMBER : Metro Ahad 4 Mac 2007)
Kuala Lumpur : Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis taktik paling popular yang digunakan golongan penjenayah kolar putih. Dengan jumlah kerugian membabitkan RM16.5 juta sepanjang tahun lalu, Timbalan Pengarah II (JSJK) Bukit Aman, Datuk Abdul Razak Ab Ghani, menyifatkan kes jenayah penipuan di Negara ini membimbangkan, manakala taktik penipuan semakin licik dan canggih.
"Saya ber pendapat sikap tamak masyarakat menjadi punca utama gejala penipuan terancang sukar dibenteras sepenuhnya,Biarpun tahap pendidikan rakyat kita membanggakan, namun kerana wang
mereka mudah gelap mata hingga ramai ditipu dengan air liur sahaja.,"katanya.
Dua belas taktik penipuan paling popular sepanjang 2006 adalah seperti berikut:
____________ _________ _________ __
1)Taktik: Jual beli tanah
Jumlah kes: 79
Jumlah kerugian: RM4.6 juta
Modus operandi:
Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya
berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh.Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.
2) Taktik: Bomoh buang sial
Jumlah kes:120
Jumlah kerugian:RM2. 8 juta
Modus operandi:
Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan
berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.
3) Taktik:Jual beli kereta
Jumlah kes:71
Jumlah kerugian:RM2. 1 juta
Modus operandi:
Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank.
Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan
bayaran atau menerima saman lalu lintas.Selepas melakukan pemeriksaan,mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.
4) Taktik: Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Jumlah kes: 45
Jumlah kerugian: RM1.6 juta
Modus operandi:
Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang.Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000.Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan.Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri.Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.
5) Taktik: Menang hadiah utama loteri
Jumlah kes:135
Jumlah kerugian:RM1. 3 juta
Modus operandi:
Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama loteri enam digit. Anggota sindiket,termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000.Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000.Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila
mendapati tiket loteri diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.
6) Taktik: Beli barang runcit dengan cek palsu
Jumlah kes:63
Jumlah kerugian:RM1. 3 juta
Modus operandi:
Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat yang harus ditibuhkan.Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku,manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.
7) Taktik: Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Jumlah kes:106
Jumlah kerugian:RM782, 510
Modus operandi:
Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit,kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun,penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.
8)Taktik: Menang peraduan Akademi Fantasia
Jumlah kes:330
Jumlah kerugian:RM700, 000
Modus operandi:
Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan AF4 sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu.Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan.Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat.
9)Taktik:Gores dan menang
Jumlah kes:53
Jumlah kerugian:RM281, 334
Modus operandi:
Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam.Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai.Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu.Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.
10) Taktik:Tawaran pakej haji dan umrah
Jumlah kes:13
Jumlah kerugian: RM264,000
Modus operandi:
Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat.Namun, selepas mangsa membuat bayaran,pakej ditawarkan didapati tidak wujud.Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia
memulakan perjalanan.
11)Taktik: Tawaran bantuan kebajikan dan rumah kos rendah
Jumlah kes:45
Jumlah kerugian:RM178, 000
Modus operandi:
Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus. Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran,kononnya deposit pembelian rumah.Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untukkeluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.
12)Taktik:Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau
Jumlah kes:6
Jumlah kerugian:RM161, 000
Modus operandi:
Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun,diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh
_____________________________________________________________________________
HAAAAA...BRINGAT2LAH WAHAI TEMAN2...APA YG DINYATAKAN DIATAS HNY 12 BENTUK PENIPUAN JE..TAHUN 2006 PULAK TU..SKANG YG DA MASUK TAHUN 2011 NI PULAK CEMANE?? MESTI BERTAMBAH KAN..

Kerja Di 7 Eleven & Hukumnya
SOALAN:
Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ?
JAWAPAN :
Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.
Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-
عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له
"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"
Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-
وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها
Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)
Dan juga sebuah lagi hadith
عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ
Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)
Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.
Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal
Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.
Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan pekerja Islam.
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Hukum Jual Tudung Kepada Remaja Tak Sempurna Tutup Aurat
Sumber Oleh
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Soalan
a'kum uzar....saya betul-betul hendak tahu. Harap uzar dapat huraikan sedikit secara ringkas. Bulan Ramadhan ni saya ada niat nak jual tudung kepala tapi apa hukumnya kita jual tudung yang ramai wanita-wanita dan remaja-remaja sekarang yang memakai tudung bawal contohnya, kain tudung bidang 45, kalau dipakai pasti akan nampak leher dan telinga (sebab mungkin nipis sikit cuma tidaklah terlalu nipis), kadang-kadang dada pun tak ditutup...harap sangat ustaz dapat jawab..hukum asal jual kan harus?.
Jawapan
Menjual tudung yang sempurna bukaannya, elok tebalnya dan saiznya namun kemudian pembeli menggunakannya secara tidak sempurna dan membuka aurat, jelas hukumnya bukan ditanggung oleh penjual. Ia adalah tanggungjawab pembeli sendiri.
Malah terdapat juga pembeli yang membeli tudung nipis untuk dipakai bersama tudung lain agar ia menjadi tebal. Ini juga sukar ditentukan kecuali jika si pembeli sememangnya sudah terlihat cara pemakaiannya semasa membeli. Takala itu sebahagian ulama berfatwa adalah haram menjual pakaian yang tidak menutup aurat kepada pembel yang kita sudah ketahui dengan jelas akan menggunakan di khalayak ramai, sebahagian ulama lain mengatakannya makruh.
Perbincangan para ulama dalam hal ini boleh dilihat semasa perbahasan tentang hukum menjual anggur kepada pembeli yang sudah diketahui akan menggunakan anggur itu untuk pembuatan arak.
Ulama yang menyatakannya sebagai harus tetapi makruh adalah Imam Abu Hanifah dan sebahagian ulama mazhab Shafie. Mereka berpandangan adalah makruh menjual anggur kepada pembuat arak dan menjual senjata kepada golongan yang berperang dengan umat Islam kerana keyakinan sahaja belum tentu akan terlaksana. Ini adalah berdasarkan kaedah/formula fiqh: ‘Seseorang itu dihukum berdasarkan niatnya'.[1]
Dr Ramadhan Hafiz Abd Rahman menyebut ulama mazhab Syafie berpandangan demikian hasil kefahaman mereka dari apa yang disebutkan oleh Imam As-Syafie berikut:-
أكره بيع العصير ممن يعصر الخمر
Ertinya : "Aku benci penjualan anggur kepada mereka yang memerah untuk dijadikan arak"
Dalam erti kata lain, penjual tersebut menjual anggur serta mematuhi segala syarat-syarat jual beli Islam. Apa yang akan dilakukan selanjutnya oleh pembeli adalah di luar bidang urusan penjual.
Namun sekiranya penjual itu ketika berlakunya aqad jual-beli berniat jahat untuk menjual dengan tujuan menyumbang kepada kerosakan dan kejahatan yang akan dilakukan oleh pihak pembeli, maka niatnya adalah haram atau maksiat tetapi aqad tersebut tetap sah. Contohnya barang yang dijual dan disembunyikan kecacatan (‘aib) barangan tersebut, di mana hukum ke atas aqad tersebut adalah satu perkara dan kesan daripada aqad tersebut adalah perkara yang lain.
Al-Shirazi mengatakan: "Makruh (yukrah) menjual anggur untuk dibuat arak, kurma untuk dibuat arak (al nabiz) dan menjual senjata kepada golongan yang memusuhi Allah. Ini adalah kerana penjualan tersebut dianggap membantu ke arah maksiat. Sekiranya dijual kepada golongan tersebut, jual beli tersebut dianggap sah, kerana bukanlah penjual yang menghasilkan arak, dan bukanlah dia memerangi Allah dengan senjatanya.
Kesimpulannya, sekiranya anda bersangka agak kuat bahawa pembeli tidak akan menggunakannya untuk menutup auratnya dengan baik, maka jualan itu menjadi makruh

Subscribe to:
Posts (Atom)