NOSTALGIA TOKONANG DEN..



EDEN ingat laie maso den kocik2 dulu...den kono rotan sobab poket sluar skola agama den slalu yo koyak..sobab apo..sobab dlm kocek ponuh ngan guli2 menang tournament guli kat blakang kelas. omak den bising coz slalu je guli den masuk dlm mesen basuh..hahahaha..bile pk2 balik, nostalgia gak..zaman kocik2 memang syok..main je kojonye...1st priority dlm palo otak nak main yo...study no 2 dah...yg bestnye mcm2 permainan ado...bukan stakat guli yo..gasing, lastik, rounders, golek pemadam, bola kotak dan mcm2 lagi permainan klasik kitorg layan..x macam bebudak skang, game yg diorg tau play station, computer games,psp dll. bayangle kalau da hobi memancing pon skang da ade scara virtual..x sihat btl hobi bdk2 skang..(da letih nk wat loghat nogoi sombilan)...

Tapi dlm bnyak2 games aku men dulu,aku tringt lagi kitorang men rounders kat sblah kelas ngan fitri,ebol, jemik n beberapa yg lain.dahle dpn tu lak ade sbijik umah usang gle.main punye main, kayu rounders tu terbang dpn muke aku. ape lg,berdarahla gak muke aku..aku pon xingat da sape yg baling kayu tu.dahle kayu yg bucu tajam tuh (amik kat kaki meja). Huh...ustazah trus anta aku balik..

Tapi ni x ganas lagi, ade plak satu time tuh, kitorg men nyorok2 time rehat..dlm kol 4 pm kot.aku blh lak nyorok kat celah2 meja2 kayu n kerusi2 yg da rosak kat blakang kelas. ntah cemane, aku ngan selambe badaknye pijak paku yang tercacak kat slh satu meja tu. so, tembusla paku tu kat tapak kaki aku. dgn hikmat kuasa mikrofon ke 8, aku pon menjeritla sakit..aku x ingt ustaz mane yg dtg, tlg cabutkn paku tu dari kaki aku..tp best,dpt balik cpt ke rumah.yg xbestnye, smpai umah terus kene sembur ngn bapak gua.
HAHAHAHA...nila noltalgia tekonang yg aku ingat smpai skang..aku memang nakal..walau sebenanya aku sgt comel dan baik hati (angkat bakul sndri..heh heh)..papepn dlm masa sama, aku tringt smua kwn2 skolah rendah aku dulu..manela korg skang ek..jemik,ebol,sepol,dayah,nafisa,fitri,hasanah,huzairi....

adios

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

RAKAN RAKANKU DAH KAWEN...


Ini bkn nasihat mahupun pesanan... sume sekadar sembang petang, so xlayak pun nk bertazkirah di sini...
pertama-tamanya diucapkan tahniah kpd sume rakan2 ku kerana sudah hampir berjaya menghilangkan status teruna dan dara :P mendirikan rumah tangga... smoga korang sume berbahagia ke anak cucu, dimurahkan rezeki dan mendapat keredhaan Illahi...

kemaafan dipohon andai tubuh bdnku x dapat hadir kerana tidak kurang 8 orang yg akan berkahwin bln 6 ni... so andai xdpt hadir, hopefully masih bole dtg walaupun stelah abis majlis (korang blanja kt STARBUKS SBULAN, xde hal la tuan ku nk dtg...)

kepada yg hantar kad melalui posmen mahupun hanya tag di facebuk, mekasih diucapkan... aku phm, mayb korang nk kurangkan bajet print kad or xsmpat nk pos....

walaupun aku trasa makin lama aku semakin tua,kerana sahabatku smua da berumah xkesahla bertangga atau x..sbnanye dlm atitringin je nakkawen cpat..ongkosnyela bro....hehe..sbar ye wahai bakal isteriku tersayang..SH NUR..

so, kepada SYUKRI MARTIUS, NAJWA HANIS, APIT BOLEH BELAH, ANUM, PET KAMALAZNOR, ANIS AFIFAH....AKU NK UCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KORANG SMUA..

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

MAN UNITED NEW KIT 2010/2011???

AKU TERDENGAR CERITA...
ni lah baju man united yg aku tak pastibile announce kat public. katanya nila kits untuk man united untuk musim depan.disponsor oleh AON..INSURANCE BROKER KAT US. Korang semua tgk2 lah..terutama kat Man United fans mcm aku nih..CUN KAH KIT BARU TEAM KESANYANGAN RAMAI NIH??? TENGOK JELA SENDIRI..



KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

TALQIN KITA..


Bismilla hir rahma nir rahim.

Mahasuci Allah yang bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Allah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Allah yang menjadikan lubang kubur, sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan hancur dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang Maha besar dan mempunyai kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah swt.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang kamu bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Allah menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah kamu berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu bersusah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah swt, sebagaimana kamu juga.

Apabila mereka menyoal kamu dengan berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan dan iktikad kamu? Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar dan janganlah bergopoh-gapah, hendaklah kamu jawab dengan tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu menjawab : Allah Taala Tuhanku, Nabi Muhammad saw nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup sehingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang berada di dalam alam Barzakh, sehingga sampai ke satu masa yang dijanjikan kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar dan akan diadili di Mahkamah Allah Rabbul Jalil.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati itu adalahbenar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan berlaku,Kami ucapkan selamat tinggal dan selamat berpisah, kami menyerahkan kamu kepada Allah swt. Semoga Allah swt akan memberi kesejahteraan dan keselamatanNya kepada kamu.

Semoga Allah jualah yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa, mudah-mudahan Allah swt menaruh kasihan belas kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Allah akan memberi keampunan dan memaafkan kepada kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah, Ya Tuhan, Aku merayu dan bermohon kepada Mu supaya AKU tidak disiksa dengan kemegahan penghulu kami Nabi Muhammad SAW.

Subha na rabbika rabbil izati amma ya sifun wasalamun alal mursalin walham dulillahi rabbil alamin.

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lAtEsT CoMmEnT

Get widget here

GO BACK HOME...click here

dOwNlOaD MoViE,SoFtWaRe,trAiLer mOvIe TerKiNI DiSiNi!!

pOLLoWeRs gUa


ShoutMix chat widget